Bab 1

7.5K 287 13
                                    

  “SubhaanAllah!”

  “Wow!”

  “Great!”

   Pelbagai ungkapan yang keluar dari setiap bibir mereka yang baru sahaja tiba di Bukit Maya. Tipulah kalau mereka tidak terpukau dengan keunikannya. Mana tidaknya tidak akan ada seorang manusia pun boleh bayangkan, ada wujud tempat yang pelik, cantik dan menakjubkan seperti ini. Bukit yang sepertinya diatas awan. Setiap kaki yang melangkah ke sini, penuh debaran. Mereka sedang menuju ke satu tempat yang tidak akan wujud seorang manusia biasa yang tidak ada kuasa pelik macam mereka.

  Sesiapa yang ingin pergi ke Wonderful Academic ini akan, bukan akan tetapi mesti dan pasti menaiki Cabel Car yang berada di Pulau Langkawi. Bukan Cabel Car yang biasa itu tapi lebih tinggi di atas bukit yang dinamakan bukit Maya dan mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke Pulau Maya, pulau yang terletaknya Wonderful Academic. Pulau itu tidak wujud di peta Malaysia mahupun peta dunia, kerana dimensinya yang berbeza.

  “Sorry saya tidak sengaja, awak okay ke?” Terdengar suara seorang lelaki yang tidak sengaja melanggar Airis.

   Kenapa suara itu tersangatlah biasa didengari?

  Apabila Airis mengangkat kepalanya. Matanya dibulatkan sebulatnya. Bukan main terkejut dia dibuatnya dan dia sedikit menjerit dengan memanggil nama pemilik suara itu.

  “Zufar Zulfairy kau buat apa dekat sini?” Jeritnya dengan penuh keterujaan.

  “Airis kau pun pelajar Wonderful Academic? Kau pun ada kuasa pelik macam aku? Kenapa kau tak pernah bagitahu aku pun?” Bertalu-talu soalan yang dikeluarkan oleh Zufar. Hah Zufar memang kalut.

  “Kau ini pun Zufar kalau hendak bertanya itu, agak-agaklah banyak itu aku kena jawab, satu-satu boleh?” Gelak Airis kecil. Nampaknya ada genglah aku dekat sini nanti.

  “Maaflah aku terkejut sangat tadi, aku ingat aku terlanggar budak cun tadi tapi tengok-tengok kau, jiran sebelah rumah sahaja.”

  “Amboi kecewalah kiranya ini.” Kata Airis dengan memuncungkan mulutnya.

  Sememangnya dia agak rapat dengan Zufar, kawannya sejak zaman hingusan lagi. Dari berumur 5 tahun hinggalah sekarang sudah nak masuk umur 16 tahun, lama ke tidak? Mestilah lama. Zufar ini agak tinggi orangnya dalam 175cm. Kulitnya macam orang melayu tidaaklah gelap sangat dan tidaklah putih sangat, biasa-biasa sahaja.

  “Ya memang betul aku bakal pelajar Wonderful Academic, aku ada kuasa pelik yang boleh mengawal air. Macam mana aku nak bagitahu kau yang aku ini ada kuasa pelik? manalah aku tahu kau ini pun sama macam aku, aku takut kau pengsan pula tengok aku.” Jawab Airis dengan laju tanpa ada sebarang titik pun.

  Zufar tergelak kecil dengan jawapan yang Airis lontarkan. “Kau ini comel jugakan bila membebel macam nenek tua.” Sambil tangannya membentuk mulut dan menggerakkannya untuk memerli Airis.

  “Ahh biarlah. Kau tanya, aku jawablah. Nanti kau kempunan pula kalau aku tidak menjawabnya.” Balas Airis bersahaja.

  Mereka hanya bergurau sepanjang perjalanan ke Pulau Maya sambil menikmati keindahan dikiri dan kanan. Permandangan yang tidak pernah mereka bayangkan.

  Aku rasa hilang segala debaran yang aku rasakan dari mula aku mengertahui tentang semua ini, rasa semua ini hanya mimpi sahaja. Kalaulah ia hanya mimpi, tolonglah ya Allah kejutkan aku dari mimpi yang mengarut dan merepek ini, Airis mengomel dalam diam.

  “Perhatian kepada semua pelajar yang menaiki Cabel Car 4 sila turun sekarang juga, kita sudah tiba di Pulau Maya.” Suara itu mengejutkan Airis dari lamunannya. Debaran hatinya bertambah kencang, sekencang angin taufan.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now