Bab 39

2.6K 177 0
                                    

39
  Sinar cahaya bulan membuatkan dirinya terasa tenang dan perasaan marah yang bermaharajalela tadi semakin berkurang. Tenang rasanya! Sampai saat ini aku masih tidak faham kenapa dan mengapa dia sering memperlakukan aku macam ini. Dia selalu cakap yang dia anggap aku ini macam anak dia sendiri tapi setiap bait-bait manis yang keluar dari mulutnya itu umpama racun yang selalu menikam segenap hati aku sekarang. Dulu bukan main suruh aku percayakan dialah itulah , tapi sekarang… Ah menyakitkan hati betullah.
  Dia yang selalu menjadi pendengar setia tika aku dalam kesedihan, ditinggalkan keluarga tanpa sekalipun diberi khabar berita seperti kawan-kawan aku yang lain. Dan dia juga yang selalu memberi aku kata-kata semangat dan dorongan, melebihi yang sepatutnya aku dengari daripada seorang ibu yang melahirkan aku dan dia juga yang melindungi aku melebihi daripada seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya. Andai masa dapat di undur kembali antara dia dengan keluarga aku, mungkin aku akan pilih dia yang pertama, kerana dia pernah menjadi segalanya bagi aku.
  Ah! Tapi sekarang segalanya berubah setiap apa yang aku lakukan semuanya salah dan salah dimata dia. Apa punca dia marah betul dekat aku? Aku perasan perubahan dia sejak dua ke tiga tahun akhir-akhir ini. Aku senyum dekat dia, dia marah. Aku lepak rumah dia, dia marah. Aku nak kongsi cerita, dia marah. Aku buat hal, ah tak payah nak cakap lagilah macam mana marahnya dia dekat aku ini. Mula-mula dulu boleh aku terima, mungkin sebab memang aku ini nakal tapi lama-lama itu sudah lain sangat marahnya dekat aku, bukan seperti marahnya seorang ibu terhadap anaknya tapi marah seorang pembenci terhadap musuhnya.
  Syamia Rania masih lagi belum lekang matanya memerhati gelagat sahabatnya yang cuba meredakan kemarahan yang menguasai diri. Dia tahu saat ini sahabatnya benar-benar terluka dengan kata-kata yang keluar dari mulut insan yang sangat dia hargai.
  Farril Airil berhenti merenung cahaya bintang dan berdiri sambil merenggang-renggangkan tangannya.
  “Ril kau sudah okay ke?” Soal Rania mendapatkan kepastian.
  Airil mengangkat sebelah keningnya. “Soalan jenis apa itu Nia?”
  “Soalan cepumas keluar dari mulut aku yang comel ini.”
  “Ada orang perasan dirinya comey dekat sini.”
  “Memang aku comel, kau tidak perlu nak nafikanlah Airil.”
  Airil tersenyum pahit tika ini. Dia tahu Rania cuba menghiburkan hatinya yang sakit saat ini. Kalau tidak kerana Rania tadi mungkin kesabaran aku yang selama ini tebal akan musnah macam itu sahaja. Sudah lama dia pendam perasaan marahnya pada Miss Erliya yang sudah dia anggap sebagai ibu kandungnya sendiri. Nasib baiklah kau datang tadi Nia, kalau tak seumur hidup aku akan menyesal sebab aku terbunuh Miss Erliya itu. Aku sendiri rasa macam menyesal dengan tindakan aku tadi. Tidak sepatutnya aku hilang sabar.
  “Ril, aku rasalah kau lupakan semuanya yang Miss Erliya itu cakap dekat kau. Ala buat macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah.” Nasihat Rania sambil membetulkan lengan bajunya yang disinsing sampai ke siku.
  ‘Lupakan?’ kau fikir senang ke Nia. Kalau setakat dia cakap aku ini suka menyusahkan hidup dia, mungkin aku boleh terima lagi. Tapi kalau sudah sampai dia cakap aku ini anak yang terbiar yang memang patut pun mak ayah aku lupakan aku dan dia pungut buat macam anak sendiri tapi aku tidak pernah hargai dia, itu betul-betul sudah melampau.
  “Kau ingat senang ke Nia, kalau nak lupakan sesuatu perkara itu macam nak padam pensil dengan pemadam memang senanglah.”
  “Aku tahu. Tapi kau cubalah sikit-sikit, aku rasa tidak susahkan.”
  Airil mengeluh. “Sakit hati aku dekat keluarga aku pun sampai sekarang aku tidak boleh nak padam, itu yang sudah lama. Ini apatah lagi yang baru beberapa minit saja, mungkin ambil masa yang entah berapa lama pula.”
  “Aku yakin kau boleh Ril.” Balasnya sambil tersenyum kepada Airil. “Airil yang aku kenal seorang yang kuat dan bukanlah seorang pendendam yang tegar. Sedendam-dendam kau pun Ril, kau tetap melupakannya. Walaupun kau pernah terluka suatu ketika dahulu.”
  Sekali lagi Airil mengangkat sebelah keningnya. “Sejak bila kau pandai bermain dengan kata-kata ini Nia?”
  “Bermain dengan kata-kata? Eh betul apa yang aku cakap Ril. Aku kenal kaulah Farril Airil lebih daripada semua orang. Kau memang bukan seorang yang pendendam, kau cuma…”
  “Aku cuma… apa?”
  “Kau cuma… kalau aku cakap kau jangan marah pula ya?”
  “Kau cakap sajalah Nia. Sengaja buat aku curious kan.”
  “Kau itu cuma ego saja tinggi. Setinggi bintang yang kau tenung tadi.”
  Airil mencebik. “Banyaklah kau Nia. Ini kira ego aku tidak tinggi manalah, kalau tak aku memang sudah langsung tidak berhubung dengan Miss Erliya si andartu itulah.”
  Terkeluar ketawa dari mulut Rania dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut Airil tadi. Airil Aril kalau dulu bila kita orang kutuk Miss Erliya, kau orang pertama yang akan marah tapi sekarang kau pula yang rasmikan. ‘Andartu’ memang sesuai sangatlah gelaran itu untuk Miss Erliya yang umur sudah melebihi 40 tahun tapi masih belum berkahwin dan masih lagi kena dipanggil dengan title ‘Miss’ dekat depan.
  “Yang kau gelak sakan ini kenapa Nia? Apa yang lawaknya?”
  Rania yang masih berbaki ketawanya, tidak tahan nak tergelak lagi. Dia menutup sedikit mulutnya. “Mana tidaknya, sekarang kau pula yang rasmikan Miss Erliya itu ‘Andartu’.”
  “Dia memang andartu. Eh kau nak ikut jejak langkah dia pula ke lepas ini?” Satu pukulan dihadiahkan Rania ke tangan Airil.
  “Agak sikit ya, aku ini still hot okay. Tidak mungkinlah aku akan jadi andartu nanti. Ohh atau kau yang jadi ‘anjangtu’ pula nanti.”
  Airil menggosok tangannya yang dipukul Rania tadi. “Banyaklah kau hot, lelaki mana ada gelaran anjangtu itu. Kau saja yang reka. Lelaki tua ke muda ke tetap bergetah.”
  “Eh kalau tiada biar aku yang adakan, okay apa anjangtu atau lebih tepat anak bujang tua.” Tambahnya selamba.
  Airil tersenyum dengan gurauan yang sedang Rania lakukan. Dia tahu Rania cuba nak menjadi penawar hatinya yang terluka. Muncul pula idea nakalnya tiba-tiba. “ Kau jangan risaulah Nia, nanti kalau sudah tidak ada seorang pun lelaki yang nak dekat kau. Aku sudi kot kahwin dengan kau, aku ikhlas Nia.”
  Rania merenung tepat ke dalam mata Airil, tanpa diduga dia menenggelamkan Airil tanpa sengaja. “Apa kau cakap Ril, aku kurang dengar?”
  Dek kerana tidak menduka dengan tindakan Rania, Airil tidak dapat melakukan apa-apa. Ah sekali lagi aku ditenggelamkan. “Aku cakap kalau sudah tidak ada orang nak kahwin dengan kau, aku sudi kahwin dengan kau.” Balasnya selamba.
  Rania mencebik. “Kalau memang sudah tidak ada seorang pun nak dekat aku, aku tidak sanggup nak kahwin dengan mamat tiga suku macam kau Airil. Aku lebih rela jadi andartu.”
  “Kau tak payah nak nafikanlah Nia.”
  “Apa pula nafikan, betul apa?”
  Airil senyum nakal. “Kau tetap akan pilih aku juga nanti.”
  “Kau nak keluar ke atau nak tidur di dalam tanah malam ini?”
  “Ala sayang…” Balas Airil sambil mengelip-gelip matanya kepada Rania.
  Rania rasa seperti nak terkeluar semua isi perutnya saat ini, mana tidaknya memang sudah sengal mamat depan aku ini. Aku rasa macam nak tanam terus sahaja Airil malam ini.
  “Aku rasa macam ada orang tengah mengatakan rasa sayang dan cintalah tadi.” Ujar Qausar yang muncul dari arah belakang Rania dan Airil.
  Danish ketawa dengan apa yang dikatakan Qausar tadi. “Hmm aku pun rasa aku dengar ada orang sedang mengatakannya. Amboi sampai hati dia orang tidak ajak kita Qaus?”
  “Apa kau ini Danish, mana ada orang nak spread love ajak orang lain, nanti kacau daunlah pula. Tidak begitu Nia? Ril?” Balas Qausar Izraan tersengih nakal kepada Airil dan Rania.
  “Kau orang ini sepatutnya datang awal sikit dapat kau orang dengar apa yang aku katakan dari mula tadi.” Tambah Airil pula. “Kan Nia sayang?”
  “Farril Airil ada juga yang tidur dalam tanah malam ini.” Jerit Rania marah. Sama sahaja Qausar dan Danish ini, bab-bab nak mengenakannya dengan gurauan Airil tiga suku ini, memang dua orang itu pakar.
  Mereka bertiga tergelak sakan dengan telatah Rania saat ini.
  “Nia sejuklah, keluarkan aku dari dalam tanah ini. Please!”
  “Malas.”
  “Tolonglah! sejuklah Nia.”
  “Okay aku akan keluarkan kau kalau kau tarik balik semua yang kau cakap tadi.”
  “Okay okay aku tarik balik.”
  “Promise?”
  “Yup yup captain, Promise.” Apapun aku memang tengah sejuk sekarang ini.
  Seusai sahaja Rania mengeluarkan Airil dari dalam tanah. Airil menepuk-nepuk bajunya yang kotor terkena tanah. “Hmm tapikan Nia, aku ikhlas kalau kau jadi andartu aku si anjangtu sanggup terima kau.” Katanya lagi untuk menyakat Rania.
  “Airil!” Balas Rania dalam nada tegas berbaur geram. Airil hanya tersengih dengan respon Rania. Seronok dia bila dapat menyakat Rania ini. Qausar dan Danish yang memang sudah dapat mengagak apa yang bakal Airil katakan, tersenyum dan menggeleng-geleng kepala dengan telatah dua orang sahabat mereka ini.
  Tahniah Rania kau dapat menghiburkan hati Airil sebelum kita orang datang tadi. Terkejut Danish dan Qausar bila dapat tahu daripada Ermin Ezairy tadi yang Airil hampir sahaja melakukan sesuatu diluar kawalan tadi. Kalau bukan disebabkan kehadiran Rania yang meredakan keadaan, mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya.
  “So apa cerita sebenarnya? Ril? Nia?” Soal Danish tiba-tiba. Qausar menyiku perut Danish sedikit. Yalah sepatutnya tidak perlulah buka cerita yang sudah ditutup itu, Airil pun sudah okay sekarang.
  “Ouch sakitlah Qaus.”
  “Cerita apa?” Soal Airil ingin tahu.
  Danish yang baru terperasan yang dia tidak sepatutnya menanyakan soalan itu, mencari idea untuk menukar cerita. “Macam mana rasa bila sudah mengatakan rasa cinta tadi?” Balasnya random. Ah bantal sahajalah.
  Automatiknya Danish tenggelam dalam tanah sama seperti Airil tadi.
  “Kau tidur dekat sini malam ini, Arsyia Danish.” Ugut Rania dengan muka tidak bersalah. Airil dan Qausar melepaskan tawa mereka. Pandai Danish menukar topik, desis Qausar.
  Apa-apapun aku memang suka saat ini, mana tidaknya saat bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang benar-benar menyanyangi kita, yang selalu menerima baik buruknya sikap kita, yang akan mewarnai hari-hari kelam hidup kita. Dan yang selalu ada untuk kita walau macam manapun keadaannya. Itulah mereka, sahabat-sahabatnya. Tanpa mereka mungkin saat ini aku sudah berputus asa dalam hidup.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now