Tetapi, yang pasti suara itu datang dekat sangat dengan Jimin. Dibelakang nya sahaja.

Jimin ingin memusingkan kepalanya kebelakang, melihat si empunya suara tersebut. Namun tangan nya pantas direntap oleh Yoongi sekali lagi. Terkejut, dia memandang kearah Yoongi semula dengan matanya yang bergetar.

YOONGI :
Jimin, lari.

***

—JUNGKOOK's CAMERA

GLitCHING–—

JUNGKOOK :
pelik? Kamera ni asyik berkerdipan.

Taehyung yang tak jauh daripada Jungkook itu mendekati lelaki itu dengan pandangan yang tertanya-tanya.

TAEHYUNG :
Ah, yalah.

JUNGKOOK :
selama aku belajar tentang perakaman, kamera aku tak pernah berkerdip macam ni tau.. tak henti pula tu.

TAEHYUNG :
mungkin ianya nak rosak kut.

JUNGKOOK :
kamera ni nampak baru?

TAEHYUNG :
tak ada masa nak bincang tentang kamera.
Jungkook, sekarang ni kau ada idea?

Jungkook duduk bersila di atas simen yang tak berapa nak bersih itu. Dia terdiam buat seketika sebelum menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Seperti yang dijangkakan, Jungkook sememangnya tiada idea.

TAEHYUNG :
kau ada bawa beberapa dokumen yang kita dapati tadi? Aku rasa mungkin ada petunjuk?

JUNGKOOK :
ah, ya. Aku ada.

Jungkook bergegas meleraikan galasnya pada beg dan kemudian membuka zip beg tersebut. Beberapa keping fail dikeluarkan kemudian diletakkan di atas sebuah meja yang ada disitu. Taehyung mula mendekati Jungkook untuk membelek fail-fail tersebut.

TAEHYUNG :
Fail kerja, fail kerja, fail kerja, fail penubuhan— eh?

Tangan Taehyung terhenti daripada membelek fail tersebut kemudian dia mengambil fail yang ditulis tentang penubuhan bangunan tersebut. Dibukanya kemudian diperhatikan satu demi satu. Dahinya berkerut dan keningnya bertaut. Memikirkan sesuatu.

GLITching–—

JUNGKOOK :
Yah, yah. Aku ternampak sesuatu.

Jungkook cuba menguit lengan Taehyung dan menarik lelaki itu supaya mendekati sisinya. Sebuah kelibat hitam berdesup melepasi diluar pintu tersebut menyebabkan Jungkook mula berasa sesuatu yang tak sedap jauh di lubuk hatinya.

TAEHYUNG :
kau lihat apa? Tak ada apa-apa pun..

JUNGKOOK :
Sumpah, aku ternampak sesuatu.

TAEHYUNG :
bayangan kau sahaja.

Jungkook malas ingin berdebat dengan Taehyung lagi tentang apa yang dia lihat tadi jadi dia mengutuskan untuk mendiamkan dirinya sahaja. Namun pandangan dia tak lepas daripada melihat dimana kelibat tadi kelihatan. Bimbang jika ia muncul semula.

Ternyata apa yang dirasai oleh Jungkook itu memang benar.

Ia muncul semula.

Kali ini benda tu memerhatikan mereka di daun pintu. Pandangan yang tajam sekali.

Jungkook mula berlagak tenang. Dia cuba tidak memperlihatkan dirinya gelabah ketika itu. Sebaliknya, dia melayani Taehyung yang tak habis-habis sedang terangkan tentang fail yang dia belek itu. Jungkook hanya mengiyakan dan berdehem sahaja. Dia cuba memberikan isyarat mata pada Taehyung namun lelaki itu terlalu bodoh untuk membacanya.

TAEHYUNG :
Fail ini mengatakan bangunan ni adalah milik UCSC iaitu Unique Creation Seoul Corperation. Pelik bukan?

JUNGKOOK :
mhm..

TAEHYUNG :
setahu aku benda ni macam aku pernah dengar. Dahulu...

Taehyung cuba memikirkan ia namun dia tak dapat apa-apa. Bertambah kerutan pada wajahnya semata-mata untuk mencari jawapan kepada persoalan dalam mindanya.

TAEHYUNG :
apa pandangan kau kook? Tentang UCSC.

JUNGKOOK :
Unique Creation. Itu adalah klunya bukan? Penciptaan yang unik. Tak mustahil orang yang berkerja di sini yang hasilkan portal itu sebab itulah bangunan ini jauh sedikit daripada kawasan Seoul kan?

Jungkook masih lagi tak lepaskan pandangan nya daripada daun pintu bilik tersebut.

TAEHYUNG :
ya, ianya ada logik akal jugakan? Aku setuju dengan pandangan kau.

JUNGKOOK :
Patut ke kita tutup pintu?

TAEHYUNG :
Nanti yang lain tak akan dapat cari kita lah Jungkook.

JUNGKOOK :
tapi dia tahu.

Belum sempat kata-katanya dihabiskan, Taehyung sudah lihat apa sebenarnya yang dilihat oleh Jungkook daripada tadi.

TAEHYUNG :
Apa kau men— babi Jungkook.

***

#BTSGLITCHPARTY
Fy participate jugak in this party HHAHAA the only party yang fy akan participate.
❤️❤️❤️

hollow of the low. Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ