BAB 54🌟

6.8K 241 11
                                    

Tan Sri Lukman berdehem beberapa kali bagi membersihkan anak tekaknya sebelum memulakan bicaranya. Izz yang duduk disebelahnya dipandang sekilas.

"Izz..." panggil Tan Sri Lukman lembut. Lantas Izz menoleh ke arah papanya dengan senyuman pada bibirnya.

"Yes,papa. Apa dia?"

"Papa nak beritahu something. Tapi Izz jangan kecewa pula." ujar Tan Sri Lukman yang membuatkan dahi Izz berkerut seribu dek kerana kehairanan. Pak Cik Husin pula sekadar fokus dengan pemanduannya dan hanya pura-pura tidak dengar perbualan dua beranak itu.

"Apa dia? Sounds like serious." tanya Izz hairan.

"Papa dah buat keputusan untuk cancel perkahwinan Izz dan Amanda." jujur Tan Sri Lukman memberitahu terus terang tanpa kiasan dan basa-basi. Izz pula terpana seketika cuba menghadam apa yang diberitahu papanya.

"No,papa. Papa tak boleh buat macam ni. I do love her so much. Please,papa." kata Izz dengan nada separa merayu. Tan Sri Lukman menggeleng perlahan.

"But she doesn't love you,Izz."

Izz terbungkam seribu kata. Ya,dia memang tahu Amanda tidak mencintainya. Tapi perlu ke untuk membatalkan perkahwinan ini?

"Papa dan mama hanya nak lakukan yang terbaik untuk anak-anak papa. Kami tak nak anak-anak kami hidup dalam rumah tangga yang tak bahagia. Papa buat ni sebab sayangkan kamu semua. Izz dah matang,mesti boleh fahamkan?" jelas Tan Sri Lukman. Izz sekadar mendiamkan diri dan melemparkan pandangannya keluar cermin tingkap kereta. Perasaan benci terhadap Aariz pula semakin menebal. Dia yakin,mesti lelaki itu punca disebalik semua ini.

Mahu sahaja dia memberontak saat ini tetapi dia perlu mempertahankan title nya sebagai 'anak yang baik'. Dia perlu akur dengan sebarang keputusan buat masa ini. Tahulah apa yang dia mahu buat nanti.

-

Seperti biasa,Izz suka menerjah masuk ruangan pejabat Amanda tanpa memberi salam atau ketukan terlebih dahulu. Terlalu ikutkan perasaan yang sedang bergolak kuat dan berkecamuk. Tajam anak matanya menikam bola mata Amanda sehingga membuatkan Rima salah satu staf syarikat itu sedikit gentar. Perbincangannya tentang kursus yang bakal diadakan minggu hadapan juga tertangguh disebabkan kehadiran Izz. Seakan faham apa yang sedang berlaku,Rima terus meminta kebenaran untuk keluar daripada ruangan itu. Sempat dia menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat kepada Izz walaupum tahu lelaki itu tidak akan memberi reaksi apa-apa.

Pintu kayu itu ditutup rapat semula. Lantas kaki Izz menghampiri meja Amanda.

"Okey,sekarang ni ada apa lagi yang abang nak?" tanya Amanda tenang. Hendak dibebel atau ikutkan kesalnya terhadap Izz saat ini tiada guna. Bagai mencurah air ke daun keladi sahaja.

"Kau yang suruh papa cancel wedding kitakan?" balas Izz dengan soalan kembali. Amanda tersenyum sinis.

"Ya,memang Manda sendiri. Kenapa? Ada sebarang bantahan daripada abang ke?" balas Amanda dengan nada sarkastik yang masih duduk relaks bersandar pada kerusinya.

"Ya,memang aku bantah. Sepatunya kau jadi isteri aku." balas Izz geram yang membuat Amanda tergelak sinis.

"Maaf,abang. Bantahan abang tak diperlukan. Apa yang penting sekarang papa sendiri tak nak kahwinkan kita. Jadi tak ada wali lain yang rapat lagi selain papa yang boleh nikahkan kita." balas Amanda dengan nada yang tenang tetapi cukup memerli bagi Izz. Izz pula mendengus kasar dan mengepal penumbuknya.

"Ni sebab jantan tak guna tu kan?" tanya Izz. Dahi Amanda berkerut.

"Jantan mana pula ni,bang?"

"Siapa lagi kalau bukan Adeeb Aariz. Diakan? Kau nak kahwin dengan diakan? Sebab tu kau minta papa cancel wedding kita." jawab Izz. Amanda bangun dari duduknya dan menghentak tapak tangannya di atas meja kayu jati beralaskan kaca itu.

"Abang jangan nak libatkan orang lain dalam hal kita! Dia tak ada kaitan pun. Semua ni atas keputusan Amanda sendiri dan disokong oleh mama dan papa." balas Amanda berang. Izz tersenyum sinis.

"Oh macam tu ya? Kau tengok nanti,Amanda. Tahulah aku nak buat apa nanti!" balas Izz yang mula mengugut. Amanda tersenyum sinis dan sedikit pun dia tidak gentar. Jika Izz berasa dirinya cukup licik,dia sepatutnya ingat bahawa Jihan Amanda mempunyai kelicikan tersendiri.

"Saya tunggu abang nak buat apa. Tapi jangan lupa ada sesuatu menanti abang juga." kata Amanda dengan nada cukup sinis yang memberi kesan kepada Izz. Tetapi Izz sembunyikan kegentaran ugutan Amanda itu.

"Okay,let's just wait and see." kata Izz lalu terus keluar daripada ruangan itu. Pintu kayu dihentak kuat sebagai tanda protes. Pandangan staf lain tidak dihiraukannya.

"Sebelum kau mula,aku dah mulakan segalanya,Izz. Kau dah terlambat,segalanya akan berubah malam ni." omel Amanda sendirian seraya merenung kosong dinding dihadapannya.

-

Nasi dan pelbagai jenis lauk sudah sedia dihidangkan di atas meja makan yang terletak di ruangan makan keluarga itu. Tidak lupa juga pencuci mulut dan buah-buahan yang siap disusun bersama hidangan lauk tadi. Masing-masing pula telah mengambil tempat duduk masing-masing sedia untuk makan bersama malam itu.

"Aina,mana Amanda? Dia belum balik lagi ke?" tanya Puan Sri Henny.

"Hm,tunggu sekejap ma. Dia on the way,sekejap lagi dia sampailah dengan kawan dia tu." jawab Aina. Tiba-tiba Izz dihambat dengan perasaan tertanya-tanya.

Kawan? Takkan Amanda terus bawa Aariz malam ni mentang dah tak jadi kahwin dengan aku? Monolog Izz bermain teka-teki sendirian dalam hati.

"Assalamualaikum." kedengaran suara Amanda bergema di ruangan itu memberi salam.

"Waalaikumsalam."

Semua mata tumpah pada figura seorang perempuan yang memimpin anaknya di belakang Amanda.

"Assalamualaikum." Qayra memberi salam lalu menghampiri Puan Sri Henny lalu mengucup tangan wanita itu. Amanda dan Aina pula membalas pandangan sambil menyembunyikan senyuman.

"Waalaikumsalam." balas Puan Sri Henny. Tersenyum dia apabila melihat Amanda membawa kawan secantik Qayra dengan rambut yang berombak ikal.

Izz pula tidak berkedip matanya memandang Qayra. Dia bukan Qayra yang 'nerd' dahulu. Dia Qayra yang lain sekarang. Qayra yang tahu bersolek,fesyen yang kelihatan 'up to date' dan semestinya kelihatan anggun dan cantik. Tapi itu semua tidak akan meruntunkan niatnya untuk tidak mengahwini Qayra.

Apa motif kau bawa dia ke sini,Amanda? Getus hati Izz lalu pandangan matanya memanah kedua bola mata hitam Amanda.

Seakan mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh Izz,Amanda tersenyum sinis.

Ini semua hanya permulaan,Izz Adam. Semuanya bakal tersingkap sekejap lagi.




BERSAMBUNG...








Jeng jeng jeng,macam ada bau'2 dah nak tamat je? Nampaknya semuanya akan tersingkap tak lama lagi. Habis sahaja konflik Qayra dan Izz,bermakna ada lagi satu sahaja konflik sebelum story ini tamat sepenuhnya. So,stay tune tunggu novel ni hingga tamat!

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now