❤13❤

2.3K 169 5
                                    

Aku memandang ahli kumpulan aku. Sebenarnya aku masih tak percaya . Arghhhhhhhhhhhhhh! Kenapa kau seksa aku jebon?

"Err,. Ahna...awak okay?"

Mata aku berkelip sambil pandang dia. Kemudian aku angguk. Ala kekoknya

"Aduh kau ni. Tukar muka dengan aku nak? Hensem sangat kau sampai dia pun tak tahu nak cakap apa" eh mamat ni kan

Aku panggil tapir dalam hutan ni kang. Aku menunduk sebab aku malu. Satu kumpulan pula 5 ahli. Yang sakainya, kumpulan aku 3 lelaki 2 perempuan. Kau ghase? Dah lah dengan crush. Semua kumpulan campur dengan senior junior

"Eh kau, baik tukar dengan aku. Aku lagi hensem. Kan Ahna kan?"

Aik kau tanya aku? Tanyala peminat hang Kim Mingyu

Yang ni aku peliklah jugak. Kenapa kawan dia sekali sesat kat sini sedangkan aku dengan budak yang sebaya aku. Tapi tulah sad life betul. Wonwoo dengan Hanna satu kumpulan tapi aku? Waaaaaa T^T nak dengan dorang

Aku pun ketawa kekok sebab Mingyu datang dekat dengan aku tapi Jungkook pergi tolak muka Mingyu jauh dari aku. HAHAHAHA padan muka kau. Aku cuba tahan ketawa

"Kau ni jagalah perangai sikit. Kita senior tahu? Perangai tu tolong senonoh sikit" Aku nampak Jungkook jeling Mingyu. Hui bang marah sangat tu

"Eh suka hati akulah. Sibuk pula kau. Biar aku dengan Ahna. Kau dengan Seorim. Kan Seorim kan?" Eh bang Gyu, Jungkook I punya je Ok? Ha kau tengok aku dah jadi Seun Hee dah. Aku kena samak hati aku nanti. Tapi tulah, kesian pula aku tengok budak sorang ni. Dia ni boleh dikatakan nerdlah. Sebab dia pakai spek besar dengan buku pun dia bawa sekali. Aku pun tak tahu kenapa dia rajin sangat bawa buku. Dia ni budak kelas depan. Well ambik sains tulen kan? Mesti buku ditangan!

"Habis aku? Aduh kau lah ni Jungkook. Sepatutnya kau letak lagi sorang. Tengok aku keseorangan" 

Dokyeom buat muka sedih. Now aku dah tahu nama dia. Fuh aku harap dia tak intai perempuan masa mandi nanti. Kalau dia betul-betul intai, aku kejar dia guna tapir 

"Masalanya sekarang tak ramai yang ikut kem ni bangang. Kalau tak dah lama aku letak satu kumpulan 6 orang" Sekali lagi Jungkook jeling dorang sambil makan biskut. Eh mana dia dapat biskut

Aku perhati je biskut tu. Sedapnya! Nak jugak

"Nak ke?" Aku tersetak bila Jungkook bagi balang biskut tu kat aku. "Boleh ke?"

"Eh kau Jungkook...dengan perempuan kau bagi, member sendiri tak nak bagi pula" Aku nampak Mingyu dengan Dokyeom buat muka sedih sambil pandang biskut tu jugak. Eh dorang bertiga ni ghei ke apa?

"Ala kau ni. Aku bawa banyaklah. Malam nanti makanlah" Kemudian dia pandang aku sekali lagi. "Ambikla" Aku dengan tak malunya aku ambik 2 keping biskut. Apa? Aku bukan tamak ok? Aku nak bagi Seorim satu

Kemudian kitorang pun beredar ke khemah masing-masing. Aku buat keputusan untuk mandi terlebih dahulu. Lagipun esok banyak aktiviti nak kena buat

-----------------------------------------

Aku mengiring ke kanan. Tak selesa. Ke kiri pula. Tak selesa jugak. Haih serabutlah kepala aku. Aku bangun dari pembaringan. Aku perhati semua orang dah tidur

Alah aku tak boleh tidur!!!

Ni lah padah tertidur siang tadi. Haih 20 minit tak sangka bagi aku cukup. 

Aku ambik hoodie kemudian aku pakai. Au keluar dari khemah. Nasib ada lampu terbuka kat kawasan tapak perkhemahan. Tak adalah aku gelabah nak keluarkan lampu. Haih nka pergi mana eh? Aku pun pergi kat tempat unggun api tadi. Api baru nak padam. Cepat-cepat nyalakan api tu semula. Aku bukan apa. Aku sejuk weyh. Dahlah malam, sejuk pula tu

Aku pandang api tu. Termenung pandang api itu. Aduh makin BM aku T^T

Tak apa asalkan aku melayu bukan bangla

"Tak boleh tidur?" Aku tersentak. Kemudian aku pandang kanan. "J-jungkook?" 

"Hey.Ni saya Jungkook. Jangan takut. Saya tak makan awak. Hmm nak duduk sekali boleh?" Aku mengangguk. Dia duduk kat kayu balak sebelah aku. Hoho ada halal gap uolls

Suasana krikk krik~

Nyah kau cengkerik! Semak je!

"Kenapa tak call saya?" Jungkook cuba memecahkan suasana sunyi. Alalallala aku nak jawab apa ni? Jungkook senyum kemudian dengan selamba badak dia rampas phone dari tangan aku

Alalalal crush awak nak buat dengan phone saya?

Tak lama kemudian aku dengar telefon orang berbunyi. Aduh siapa pula yang intai kitorang ni?

"Nah" Jungkook bagi phone aku, kemudian dia keluarkan telefon dia. Ceh phone dia rupanya. Ingat jembalang mana tadi. "Tu nombor saya. Apa-apa pun call saya eo?"

Aku mengangguk perlahan. Kemudian dia berdiri, dia datang dekat dengan aku. Rambut aku diserabutkan. Sekali lagi

Cis! Nyah kau jebon

"Tidurlah.  Esok banyak aktiviti nak kena buat" Jungkook pun tinggalkan aku keseorangan. Haish dia ni suka sangat serabutkan rambut aku. Mentang-mentang aku pendek. Baik aku tidur lagipun esok macam yang diakan ada banyak aktiviti. Aku bangun kemudian aku ambik air. Air tu aku jirus perlahan-perlahan kat unggun api tapi sikit jelah. Kot-kot esok nak guna, habis kayu api tu tak boleh guna

Selepas aku yakin api dah padam, aku masuk khemah. JOm tidur!

Vote + Comment

[REMAKE]

[C] Ms.StalkerOnde as histórias ganham vida. Descobre agora