"Abang,saya bukan nak bezakan kasih sayang antara Amanda ataupun Izz. Dua-dua saya sayang sama rata,tak ada beza pun. Tapi saya tak naklah salah seorang daripada diorang nanti tak bahagia. Biarlah diorang hidup dengan pilihan masing-masing." jelas Puan Sri Henny.

"Tapi sampai bila? Amanda 27 tahun umur dia. Izz pula umur dia dah 31 tahun ni. Takkan sorang nak jadi anak dara tua,yang sorang lagi nak jadi bujang terlajak?"

"Astaghfirullahalazim,apa abang cakap macam tu. Cuba doa baik-baik sikit untuk anak. Think positive. Jangan fikir yang negatif je. Lagi satu bang,jodoh bukan di tangan kita. Kita ni manusia biasa je,bang. Jodoh tu rahsia Allah. Biarkan Allah yang tentukan. Kita sebagai orang tua doakan yang terbaik je,bang." balas Puan Sri Henny lembut yang masih mencuba memujuk suaminya yang keras hati itu serupa perangai seperti Amanda. Tetapi kalau dipujuk dengan lemah lembut,pasti runtun jua akhirnya.

Tan Sri Lukman sekadar menggumam sahaja tanpa membalas apa-apa. Dia sendiri pun tidak tahu mahu membalas apa-apa lagi. Well,katanya 'Woman always right' kan?

-

Pagi itu,Amanda meminta izin kepada papanya untuk masuk ke pejabat tengah hari nanti dengan alasan tidak sedap badan. Mendengar alasan Amanda dan wajah anaknya yang seakan sugul itu,Tan Sri Lukman sekadar membenarkan.

Sebaik sahaja papanya dan Izz pergi ke pejabat,Amanda pula lantas bersiap-siap dengan mengenakan baju kurung cotton biasa dan melilit kepalanya dengan selendang bagi menutup auratnya sebagai muslimah. Enjin kereta dihidupkan dan sedia ingin menuju ke suatu tempat. Tiba-tiba hatinya menyesal pula kerana menyalahkan takdir yang Allah tetapkan untuk dirinya. Dia berasa berdosa pula kerana meminta nyawanya dicabut oleh Allah. Sepatutnya dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk bernafas sehingga hari ini dan dia harus menghargai pengorbanan arwah Maisara yang menyelamatkan nyawanya.

Setelah hampir 20 minit memandu,akhirnya Amanda tiba di sebuah tanah perkuburan Islam di mana tempat arwah Maisara disemadikan. Terdetik hatinya pagi ini untuk melawat kubur arwah Maisara dan menyedekahkan bacaan Surah Yaasin untuk arwah isteri Aariz itu. Dia lakukan semua ini ikhlas untuk Maisara,bukan semata-mata kerana Aariz.

"Assalamualaikum ya ahlil kubur." ucap Amanda memberi salam sebaik sahaja mengatur langkah masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan itu. Tangannya memegang segulung tikar kecil dan satu buku Yaasin.

Selangkah demi selangkah dia mengorak langkah di atas tanah merah itu menuju ke kubur arwah Maisara. Setelah tiba di kubur arwah Maisara,terus dibentangnya tikar kecil itu sebagai alas untuk dia melabuhkan punggung di sisi kubur itu. Rumput-rumput kecil yang mulai tumbuh di atas batu nisan arwah Maisara itu dicabut lalu dibuangnya keluar dari batu nisan.

"Assalamualaikum,Sara. Lama kita tak jumpa. Alhamdulillah,berkat awak saya masih menjalani kehidupan saya sehingga hari ni. Dan Aariz juga tak benci saya dah. Cuma tulah...Tak apalah,saya datang bukan untuk luahkan perasaan pada awak. Saya datang memang nak melawat awak." ujar Amanda seraya memegang kepala batu nisan yang terukir nama penuh arwah Maisara,tarikh lahir dan tarikh perginya wanita itu buat selamanya.

Usai itu,alunan suara merdu Amanda kedengaran mula membaca surah Yaasin.

Pada masa yang sama,ada seseorang yang memerhatikan Amanda daripada pintu pagar masuk tanah perkuburan itu. Hatinya semakin dipagut rasa bersalah pada Amanda. Hampir mencecah 10 bulan pemergian Maisara,tetapi mengapa gadis itu sanggup datang melawat ke sini? Akhirnya,dia tidak menjadi masuk ke kawasan tanah perkuburan itu dan mengatur langkah kembali ke dalam keretanya semula. Lebih baik dia menunggu di dalam kereta berbanding kehadirannya nanti mengganggu Amanda yang sedang membacakan surah Yaasin itu.

-

Kedua tapak tangannya diraupkan ke wajah sebaik sahaja selesai membaca doa selepas membaca Yaasin. Nafas panjang dihela oleh Amanda.

"Sara,saya doakan awak sentiasa tenang di sana. Minta maaf kalau saya tak dapat selalu jenguk awak di sini. Saya balik dulu. Assalamualaikum." kata Amanda seraya menatap sayu batu nisan itu. Senyuman nipis diukirkannya. Usai itu,Amanda mula bangun dari duduk bersilanya lalu menggulung tikar sebagai alas tempat duduknya tadi dan berura-ura mahu pulang.

"Amanda."

Panggil seseorang yang membuat Amanda menoleh ke arah pemilik suara itu. Dia kenal suara itu. Siapa lagi kalau bukan Aariz.

Amanda mengepitkan tikar kecil tadi di celah lengannya.

"Apa lagi awak nak,Aariz? Saya tak nak dengar lagi jawapan klise awak iaitu awak nakkan saya. Please stop." balas Amanda dengan nada yang sopan.

"Tak,bukan tu. Saya hanya nak ucapkan terima kasih sebab masih sudi melawat kubur arwah Sara." ujar Aariz ikhlas.

"Oh,fikirkan nak halau saya tadi. Tak perlu terima kasih. Saya ikhlas datang sini. Bukan terpaksa disebabkan orang lain." balas Amanda lalu berura-ura mahu pergi dari situ.

"Amanda."

Panggil Aariz sekali lagi dan kali ini membuat langkah Amanda terhenti.

"Apa dia lagi,Aariz?" tanya Amanda dengan nada mengeluh.

"Tolong fikirkan elok-elok mesej saya malam tadi. Berikan saya satu lagi peluang." ujar Aariz. Amanda tidak membalas sepatah perkataan lalu terus meneruskan langkahnya pergi dari situ. Di sini bukan tempat yang sesuai untuk mengulas tentang hal itu.

-

"Kak Aina,biar betul? Tak mungkin saya pergi ke rumah family akak dengan Amira. Kalau untuk hadap Izz seorang boleh. Tetapi kalau dengan mama dan papa kakak,saya tak cukup berani lagi."

Aina berdecit perlahan lalu berpindah ke sofa panjang itu lalu mengambil tempat disebelah Qayra.

"Qayra,awak takut apa? Saya ada,Amanda ada. Suami saya pun ada untuk sokong kita semua. Setakat Izz seorang,kita mampu kalahkan dia. Akak dah fikir. Kita tak payah nak main trick ke plan sembunyi-sembunyi. Kita settle hal ni face to face terus." balas Aina. Kelihatan wajah Qayra masih resah. Teragak-agak dia mahu menerima pelawaan makan malam bersama keluarga itu.

"Tapi kak..."

"No tapi-tapi." pintas Aina.

"Kita pegang satu je,Qayra. Berani kerana benar,takut kerana salah. Kita berada di pihak yang benar,buat apa takut. Lainlah kalau Qayra sengaja nak tipu kami pula." sambung Aina lagi saja mengenakan Qayra. Lantas kepala Aina menggeleng laju.

"Tak,tak. Qayra tak tipu kak. Okey,kalau macam tu Qayra setuju datang ke rumah akak bawa Amira sekali. Tapi dengan satu syarat,kak." balas Qayra. Kening Aina bertaut.

"Apa dia syaratnya?"

"Saya nak Amanda atau kakak yang teman saya ke rumah family akak. Saya takut lost self-confidence pula." ujar Qayra. Aina tersenyum puas.

"No problem. Itu akan akak uruskan." balas Aina yang membuat Qayra tersenyum manis.

Maafkan kami,Abang Izz. Bukan niat nak jatuhkan abang,tapi kami nak buktikan kebenaran yang tersembunyi. Bisik hati Aina.









BERSAMBUNG...

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now