RUBIENA 3

82.5K 2.8K 203
                                    

Rubiena menyiram pokok bunga yang terdapat di halaman rumah agam milik keluarga tengku Aileen sambil menyanyi lagu Anak Itik Tok Wi.

"Ahem."

Rubiena berhenti menyanyi apabila mendengar suara garau berdehem dibelakangnya.

"Adriel ada?" Tanya Zach kepada gadis yang berpunggung besar di hadapannya.

Zach bengang kerana dia menelefon tengku Adriel tetapi panggilannya tidak dijawab, seolah kawan baiknya itu sudah mati.

Semalam elok sahaja open Jack Daniel's

Rubiena menelan air liur yang terasa pahit. Mendengar pelat lelaki itu, dia sudah tahu siapa yang berada dibelakangnya.

Zach Stanislav

Tidak sempat dia ingin membuka mulutnya, kedengaran jeritan kuat tengku Adriel memanggil Zach dari arah loggia.

"Ingat dah mampus." Sindir Zach dan mata masih melekat ke arah big bum yang kelihatan menarik di hadapannya, boleh tahan cantik juga susuk tubuh gadis itu.

Oh gosh Zach sejak bila kau gatal sebegini rupa?!

Zach menggeleng kepala perlahan, lalu menyungging sinis. Zach berlalu masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan tengku Adriel.

Rubiena menghela nafasnya kuat dan berlari masuk ke belakang pintu rumah. Zach yang masih melihat gadis itu berasa hairan apabila mata menangkap gadis itu berlari seperti nampak hantu.

Rubiena menyandar tubuh di sebalik pintu seraya memegang dada yang sedang berombak laju.

Rubiena dapat merasakan bahawa anak mata hijau gelap milik Zach melihat tubuh belakangnya seperti hendak menembusinya. Jika mata Zach ada kuasa seperti Cyclops, semestinya dia sudah hancur terbakar seketika tadi.

"Kamu okay?" Tanya mak Pah kepada Rubiena.

Rubiena mengangguk dan menghadiahkan senyuman manis kepada mak Pah. Mak Pah meminta dia untuk membuat air kepada tengku Adriel dan tetamu.

Rubiena membancuh air kopi latte buat kedua jejaka hangat dipasaran itu dan memberikan kepada mak Pah untuk menghantar ke ruang loggia.

Rubiena tidak berani untuk menghantar kerana dia tidak mahu bertemu dengan jejaka kacukan Romania.

Sebenarnya, Rubiena kenal siapa Zach Stanislav iaitu budak sombong yang menyuruh dia bangun dari tempat duduknya semasa waktu dia kecil dahulu.

Keluarga Zach yang membela Darviena sehingga adiknya itu sudah dewasa dan berjaya menjadi peragawati terkenal antarabangsa.

Pada mulanya, Rubiena tidak tahu kewujudan mereka tetapi beberapa tahun yang lepas Rubiena berjalan dan ternampak wajah makcik cantik yang menghiasi muka hadapan majalah Vanity Fair yang terjual di kedai yang terletak di kaki lima.

Rubiena terus membeli majalah tersebut dan dari situ dia mencari segala maklumat tentang keluarga Stanislav dan adik perempuannya.

Mereka mungkin sudah melupakannya tetapi dia masih lagi mengingati mereka. Mereka yang menolong dia menjaga adik perempuannya.

Jika diberikan peluang, Rubiena ingin mengucapkan terima kasih kepada Zach kerana menjaga dan mencurahkan kasih sayang buat adiknya.

Dia mengikuti perkembangan adiknya di media sosial. Dia melihat bagaimana rapatnya hubungan mereka berdua sehingga dia berdoa agar Zach adalah jodoh adiknya.

Walaupun Zach seorang yang sombong dan kasar tetapi dia tahu Zach seorang yang baik hati. Melihat cara layanan jejaka itu terhadap adiknya, Rubiena sudah tahu Zach sememangnya seorang yang baik dan penyayang.

R U B I E N AWhere stories live. Discover now