RUBIENA 5

78.7K 2.6K 49
                                    

Suasana lapangan terbang antarabangsa Kathmandu, Nepal begitu sibuk sekali akibat bunyi bising orang ramai yang lalu lalang mengejar penerbangan mereka agar tidak terlepas.

Terlihat sekumpulan pelancong dari luar negara yang baru sampai ke lapangan terbang tersebut.

Mereka begitu ramai sekali seperti semut. Kebanyakan pelancong yang datang ke negara Nepal dengan hanya satu motif sahaja iaitu mendaki gunung ganangnya.

Rubiena melihat sekeliling bersama wajah teruja. Itu adalah pertama kali dia terbang ke negara asing dan tidak menyangka bahawa negara pertama yang dijejaki olehnya adalah negara Nepal.

Rubiena dapat merasai bahawa itu akan menjadi satu pengalaman yang begitu indah dan amat bermakna baginya apabila dapat menjejak kaki ke bumi Nepal yang lebih dikenali sebagai Negara Bumbung Dunia kerana 95% muka buminya dipenuhi dengan gunung ganang serta bukit bukau.

Yang menariknya, lapan puncak gunung tertinggi didunia juga terdapat di negara Nepal. Maka tidak hairan jika negara itu mendapat jolokan sedemikian rupa.

"Wah ada orang terujalah." Usik tengku Aileen, lalu menyendeng di bahu Rubiena.

"Mestilah! Negara Nepal tau, ada gunung Everest di sini!" Rubiena tersenyum mengelitis, lalu memeluk bahu tengku Aileen.

Seketika, Rubiena ingin melupakan masalah yang berada di Malaysia dan ingin berseronok bersama tengku Aileen.

Rubiena ingin menjadi Rubiena yang hyperactive seperti tengku Aileen kerana apabila dirinya pulang ke Malaysia semula, dia perlu menjadi Rubiena si cinderella kembali.

"Let's go!" Jerit tengku Aileen dengan penuh semangat.

"Eh sekejap, mana abang aku? Kau ada nampak abang aku tak?" Tanya tengku Aileen sambil melilau mata mencari kelibat abangnya apabila teringat yang mereka datang bertiga.

"Itu dia." Rubiena memuncung bibir ke arah tengku Adriel yang tengah flirt dengan gadis yang kelihatan seperti orang Malaysia seperti mereka.

"Eeei dia ini orang suruh teman kita, bukannya suruh pergi mengatal." Kutuk tengku Aileen apabila melihat abangnya sedang ketawa bersama gadis tersebut.

Sebenarnya, ibu bapa tengku Aileen tidak membenarkan tengku Aileen dan Rubiena memanjat gunung di Nepal kerana mereka seorang perempuan.

Ibu bapanya khuatir jika sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka berdua. Selepas di pujuk, Ibu bapanya hanya membenarkan jika tengku Adriel menemani mereka berdua.

Tengku Adriel bengang kerana tidak tentu fasal dirinya diheret sekali. Mahu atau tidak terpaksa dia menjadi bodyguard tidak berbayar mengikuti anak dara dua ekor itu kerana takut jika jadi apa-apa, dia pula yang dipersalahkan.

"Apa fasal muka macam nenek tua ini?" Tegur tengku Adriel kepada adik perempuannya. Sengaja tengku Adriel ingin mngusik adiknya yang tengah geram itu.

"Ini nenek tua!" Tengku Aileen menonyoh pipi abangnya kerana suka hati sahaja kata wajahnya yang cantik bak bidadari seperti nenek tua.

Tengku Adriel menangkap tangan tengku Aileen, lalu menarik kuat hidung adiknya.

Rubiena ketawa melihat keletah dua adik beradik itu. Rubiena kadang kala berasa cemburu melihat keakraban mereka berdua.

Dia juga teringin ingin berada di tempat mereka bersama adiknya. Bermanja seperti mereka tetapi itu hanya akan terjadi di dalam mimpinya sahaja.

"Okay cukup, kita ada lagi dua puluh minit lagi sebelum flight ke Pokhara berlepas. Mari pergi sekarang." Beritahu tengku Aileen kepada mereka berdua.

R U B I E N AWhere stories live. Discover now