Kedengaran kuat bunyi guruh berdentum. Memberikan tanda bahawa hujan lebat akan turun seketika nanti.

"Adik tidur dulu, nanti kakak belikan susu buat adik." Si kakak cuba memujuk adiknya.

"Kakak nyanyi lagu kegemaran adik."

Si adik mengangguk.

Si kakak mula menyanyi lagu You're mine sunshine sehingga si adik kecilnya itu terlelap di dalam dakapannya.

Lagu itu, ibu mereka yang selalu nyanyikan untuk mereka pada setiap malam sebelum masuk tidur semasa waktu mereka berdua masih lagi kecil.

Dia mendongak wajah melihat air hujan yang sedang membasahi bumi dengan lebat. Berharap dan berdoa masih lagi ada peluang buat mereka berdua untuk meneruskan hidup di muka bumi milik sang Pencipta.

Akhirnya, si kakak juga turut terlelap kerana tidak dapat menahan kantuknya lagi pada malam itu.

*****

Sudah seminggu berlalu, sejak mereka berdua dihalau keluar dari rumah sewa. Bermulanya episod kehidupan mereka sebagai seorang pengemis dijalanan.

Si kakak akan meminta sedekah kepada orang yang lalu lalang demi untuk mengisi perut adiknya.

Duit yang dikumpul tidak mencecah sehingga lima ringgit pada setiap hari itu akan dibelinya roti dan air susu kotak untuk adiknya. Itupun setelah disumpah seranah oleh orang yang diminta untuk bersedekah kepadanya.

Malah untuk dirinya, hanya mencari makanan di dalam tong sampah. Memakan makanan sisaan orang sahaja. Begitulah rutinnya sejak seminggu.

Si kakak dan si adik melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di taman Metropolitan yang menjadi tumpuan para pengunjung untuk bersantai dan beriadah.

Kelihatan ramai ibu bapa yang membawa anak mereka berjalan di kawasan tersebut.

Si kakak melihat ramai anak-anak kecil tersenyum dan ketawa besar kerana berasa seronok dilayan mesra oleh ibu bapa mereka.

Dia teringat kembali bahawa dahulu ayah dia selalu membawa mereka ke taman itu untuk bermain tetapi sekarang ini tiada lagi sejak kematian ayahnya yang secara mengejut.

Si kakak mengeluh perlahan kerana dahulu dia berada di tempat mereka tetapi sekarang ini, dia hanya mampu melihat sahaja dari jauh sebuah keluarga bahagia.

Sedang asyik mengelamun bersama angin meniup sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya, tetiba muncul seorang budak lelaki kacukan berdiri di hadapannya bersama aiskrim.

Budak lelaki itu merenung dia tajam, seolah tidak berpuas hati terhadap dirinya. Si kakak mulai tidak tentu arah sambil menelan air liur memikirkan apa kesalahannya.

"Bangun. Aku nak duduk." Budak lelaki itu menghalaunya bersama riak wajah tiada emosi.

Si kakak terus bangun dari duduknya memberikan tempatnya kepada budak lelaki itu kerana berasa takut.

Budak lelaki tersebut duduk ditempatnya, lalu menjilat aiskrim kon berperisa vanila.

Manakala, si kakak menelan air liurnya melihat kesedapan aiskrim kon berperisa vanilla tersebut. Si adik yang masih lagi duduk, matanya sudah bulat bersinar melihat aiskrim tersebut.

"Nak nak." Si adik bersuara sambil menjilat bibirnya.

"Tatak nak nak aikim." Beritahu si adik kepada kakaknya. Budak lelaki tersebut masih lagi selamba menjilat aiskrim di hadapan mereka berdua. (kakak, aiskrim)

"Tak cukup duit adik. Nanti tak dapat nak beli susu untuk adik." Balas si kakak setelah melihat wang not bernilai dua ringgit yang berada ditangannya.

R U B I E N AWhere stories live. Discover now