Aku betulkan viel yang menutup separuh muka aku yang sudah siap disolek oleh juru mekap profesional yang sungguh mesra. Pada mulanya dia akan terkejut bila aku buka mask depan dia. Tapi disebabkan dia juru solek yang pengelaman selama 10 tahun, muka cacat aku tiba-tiba jadi macam manusia normal. Entah berapa lapis concealer dan foundation yang ditepek pada muka aku ni sampaikan aku rasa berat.
"Cantik tak?" Tegurnya sambil menepuk lembut bahu aku dari belakang. Aku agak tersentak kemudian memalingkan kepala memandang juru solek itu. Aku tak tahu nak kelaskan dia sebagai lelaki atau perempuan. Tapi apa yang pasti, dia boleh jadi dua-dua. Cantik dan kacak.
"Cantik. Terima kasih sebab tolong saya tutup semua parut-parut tu." Ucap aku. Dia tersenyum bangga.
"Well.. saya sebenarnya rasa bertuah sebab dapat jumpa awak. You know, Mr. Byun always keep talking about you. Awak bertuah dapat suami macam dia." Katanya. Tersenyum aku dibuatnya. Menunduk sedikit kerana segan.
"Saya tak macam dia. Dia sempurna, bijak, kacak. Saya?"
"Mrs, what ever you are, awak tetap bertuah sebab dapat Mr. Byun. Saya kenal dia sangat. Dulu dia kecil, saya yang selalu jaga dia. Sebab mother dia berbisnes dengan saya. But until now, saya tak tahulah dia masih berhubungan dengan mother dia atau tak." Aku terdiam sekejap. Ayat terakhir juru solek ini menarik minatnya untuk bertanya lebih.
"Maksud awak? Emm.. saya.. saya tak faham. Kenapa dia dengan ibu dia?" Soal aku. Aku pun tak terfikir pasal tu sebelum ni.
"Saya tak nak bagitahu. Biar dia jelah yang bagitahu sendiri." Kata juru solek tersebut. Aku mengangguk lambat-lambat.
Tuk! Tuk! Tuk!
Aku dan juru solek sama-sama memandang pintu bilik hotel ini. Bila muka pengurus perkahwinan muncul, aku terus rasa seram sejuk.
"Jom. Majlis dah nak mula."
"Okey." Aku senyum walaupun kelat. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi sambil melihat diri sendiri buat kali terakhir di cermin. Aku senyum. Yakin dengan diri sendiri yang aku akan jadi isteri yang sempurna untuk dia, Byun Baekhyun.
Bersambung...
ВЫ ЧИТАЕТЕ
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)