▶ Bab 37 ◀

2.9K 383 7
                                        

Dari jauh lagi aku dah nampak segerombolan manusia keluar dari satu bilik. Bilik kerja Baekhyun. Nampaknya mereka dah pun selesai berbincang. Aku pula selesai memasak dan menghidangkan tepat pada masanya.

"Jemput makan.." aku bersuara lembut. Tapi yang memandang aku cuma dua orang lelaki sahaja. Empat lagi perempuan terus duduk. Agak terkilan juga dengan kelakuan mereka itu tetapi aku tak naklah fikir yang bukan-bukan. Mungkin agaknya dah lapar sangat sampai tak dengar aku bersuara.

"Hi, madam. Join us." Pelawa seorang lelaki yang lebih tinggi sedikit dari rakannya. Jung Hoseok namanya. Aku senyum dan menyuruh mereka makan.

"Makanlah. Saya ada kerja lagi kena siapkan."

"Okey. Nampak menyelerakan. Habis hilang lawa perempuan-perempuan ni." Kata Hoseok. Terus aku nampak semua perempuan tadi memperlahankan pergerakan tangan mereka daripada memunggah segala lauk pauk yang ada.

Baekhyun pula baru keluar dari biliknya. Nampak sedang menatap telefon. Baru aku nak dapatkan dia, tiba-tiba aku ternampak Helena bangun mengejut dari kerusi.

"Dr. come here. Join us." Kata Helena. Baekhyun terus simpan telefon dan angguk. Aku cuma senyum. Biasalah.. keprihatinan pelajar terhadap pensyarah. Aku tak nak salah sangka.

"Umm.. sedapnya samgyetang ni, madam." Suara kawan Hoseok berbunyi. Jimin menunjukkan ibu jarinya kepada aku. Aku sekadar sengih dan angguk.

"Benda biasa je. Makanlah." Kata aku. Makin berselera dua lelaki tu nampaknya.

"Lepas ni kalau nak cari isteri, cari macam madam je. Nasib baik Dr. dah tackle madam dulu. Kalau tak..."

"Kalau tak awak nak tackle saya?" Soal aku, berani. Barulah aku dengar Baekhyun berdehem kuat. Kehadiran aku menjadi tumpuan Baekhyun yang sedang dilayan oleh Helena.

"Are you okay, Dr.? Nak air?"

Baekhyun menggeleng. Aku memeluk tubuh sambil menarik nafas panjang. Baekhyun pandang aku. Daripada cara dia pandang aku, nampak dia macam tak selesa aku tak melayan dia dalam rumah ni. Aku lebih layan Hoseok dan Jimin.

Bukan ke dia yang tak layan aku sampai aku terdesak nak melayan Hoseok dan Jimin? Nasib baik mereka lebih muda dari aku beberapa bulan. Bolehlah jadi peneman aku berbual.

"Dr., makanlah lagi. Sedapkan? Your wife pandai masak. Patutlah Dr. reject saya dulu. Dr. tak ingat ke dulu saya pernah masak sesuatu tapi Dr. kata benda tu masin sangat? Kan Jess?" Tumpuan Baekhyun terus teralih apabila Helena bercakap sesuatu. Aku dengar. Jelas sangat.

Baekhyun senyum sikit sebelum dia memandang aku. Tapi aku pandang ke tempat lain. Aku tutup pintu ruangan dapur dan biarkan mereka makan. Makin aku tengok makin aku rasa sakit dekat sini.

Dekat hati.

Aku nampak macam ada sesuatu antara Helena dan Baekhyun. Tadi Helena cakap dia pernah datang rumah ni. Sedangkan apa yang aku tahu, rumah ni Baekhyun hadiahkan untuk aku. Mesti tak pernah ada sesiapa yang jejakkan kaki di sini lagi. Tapi kenapa Helena cakap macam tu? Cara dia masuk dalam rumah ni pun macam dah pernah datang sini banyak kali.

Cuma aku tak naklah fikirkan yang bukan-bukan. Anggap jelah aku tak pernah tahu apa-apa. Ya.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon