▶ Bab 48 ◀

3.2K 364 15
                                        

Ting!

Tertoleh laju kepala aku dibuatnya apabila terdengar bunyi lif pintu rumah aku berbunyi.

Baekhyun!

Aku cuci tangan di sinki sebelum berlari keluar dari dapur. Aku tolak pintu slidding dapur dan berlari dapatkan Baekhyun yang nampak penat dan lesu.

"Baekhyun!" Aku berdiri di hadapannya, sentuh lengan dia dan pandang anak mata dia dalam. Baekhyun terkejut. Tertarik nafasnya panjang.

"Terkejut abang tahu tak?"

"Sorry." Aku diam. Dia renung aku. Ada senyuman kecil pada bibir dia.

"Tanyalah. Nak tanya apa?"

"Awak pergi mana?"

"Hospital."

"Abang sakit ke?!"

"Tak, sayang."

Terlepas keluhan lega aku. Risau betul. Tak tenang aku dibuatnya menunggu Baekhyun balik dari pukul 3 pagi dia pergi tadi sampailah sekarang pukul 7. Macam-macam aku fikir. Entah apa yang dia kejarkan sampai terpaksa keluar dari rumah pukul 3 pagi.

"Ibu mentua awak sesak nafas. So terpaksa kena pergi hospital, ambil oksigen, then abang hantar dia balik rumah semula. Nanti tengah hari, kita pergi rumah ibu. Dia excited nak jumpa menantu dia ni."

Terus kelu lidah aku dari membalas kata-kata. Walaupun aku sejenis yang pantang hidung aku dicuit, tapi Baekhyun mencuit tadi, aku diam je. Maknanya aku betul-betul terkejut.

"Ibu?"

Baekhyun mengangguk.

"Patutnya abang dah cerita dekat awak benda ni dari awal lagi. Tapi abang belum ready. So now, abang dengan rela hati ceritakan, yang abang sebenarnya dah berpisah dengan ibu mentua awak tu 3 tahun. Tadi, first meet kami sejak 3 tahun tu. Abang kena buang sebab abang bantah arahan ibu suruh gantikan tempat mendiang papa jadi CEO dekat syarikat penerbangan keluarga abang."

"Abang tak nak. Sebab abang dah study sampai degree masa tu sebab nak jadi lecterur. Tinggal nak sambung master dengan PhD je, then abang dah boleh jadi lect. Abang study sampai dekat luar negara sorang-sorang. Abang baru balik, awal tahun lepas. Ni tahun kedua abang mengajar dekat universiti."

Aku terus peluk dia sambil pejam mata. Lama. Dia balas pelukan aku.

"Saya tak sangka awak struggle dalam hidup sampai macam tu sekali." Ya, aku betul-betul tak sangka. Baekhyun memang bukan orang yang calang-calang. Keluarga dia memang dikenali. Syarikat penerbangan.. siapa je yang mampu? Tapi Baekhyun lebih sukakan mengajar. Patutlah macam-macam jenis buku yang aku tak faham masa masuk bilik kerja Baekhyun.

"Abang struggle untuk dapatkan kebahagiaan. Lepas jumpa awak, abang rasa semuanya lengkap. Abang dah baik dengan ibu. So bolehkan tengah hari nanti kita pergi rumah ibu?"

Aku mendongak terus mengangguk. Dia senyum. Aku pegang pipi Baekhyun.

"Boleh je."

"Abang nak tidur sekejap. Pukul 12 kejutkan abang ya."

"Abang tak nak breakfast?"

Baekhyun menggeleng. Aku angguk akur.

"Yelah."

Bersambung

Fanfic ni dah nak mula konflik yang terakhir dan habis. Stay tune! Btw geli ke bila Baekhyun dgn Soyoung start calling 'abang'? I hope benda tu takkan menamatkan perasaan nak baca u alls. 😢

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon