▶ Bab 55 ◀

2.8K 322 21
                                        

Baekhyun fokus mengajar di dalam kelasnya hari ini. Sekejap lagi dia akan menghadiri mesyuarat untuk hari keluarga seluruh penghuni universiti. Jadi dengan masa yang ada ini dia tidak mahu sambil lewa. Berapa kali saja pelajar-pelajar Baekhyun menelan liur kerana sentiasa gerun dengan renungan tajam pensyarah mereka ini.

Sesiapa yang cari pasal, memang habis. Baekhyun bagaikan ada dua watak. Depan Soyoung bagaikan prince charming, tapi depan pelajar mengalahkan demon.

"Exam yang lepas, pointer kita tinggi. Make sure exam akan datang pun sama. Siapa yang menurun, ready go to 'hell'. Saya tak suka kertas exam yang kosong, mengarut, tak masuk akal macam apa yang pernah saya jumpa hari tu." Mata Baekhyun menjeling Helena. Helena menjuling mata ke atas. Tak ambil endah. Jess menyiku. Helena diam.

"Dan saya tak nak ada yang share jawapan dalam kelas ni." Kemudian Baekhyun menjeling pula Helena dan Jess. Silih berganti. Kecut perut Jess. Helena bertindak biasa.

Kelas berjalan sehingga ke minit yang terakhir. Semua berkemas untuk beredar. Baekhyun sedang duduk melayan mesej daripada Soyoung yang sentiasa membuatkannya geram satu dunia!

Abang.. bila nak balik? 😭

Ibu suruh balik cepat. Dia rindu anak dia.

Jangan lama-lama tau. Balik cepat 😘

I love you ❤

Boleh melebur Baekhyun dibuatnya jika melayan hormon terlebih Soyoung yang boleh menggugat keegoannya. Kalau tak, memang tak nampaklah Soyoung bermanja. Susah sangat nak tengok gadis itu meleset-leset, mengada-mgada. Tapi kali ni Baekhyun pula yang bergetar tulang rusuk!

"Baekhyun..."

Terasa namanya dipanggil, Baekhyun mengangkat kepala.

"Yes, Helena. What?" Soal Baekhyun, mudah. Helena berdiri di hadapan Baekhyun yang masih duduk ini.

"Ibu bagitahu, malam ni ada event. Mummy tak dapat datang sebab dia dekat German. So..." Helena meleretkan bahasa. Baekhyun menaikkan kening.

"So?"

"Boleh kita balik sama-sama? Since saya ada baju-baju dekat rumah ibu, tukar jelah kat sana." Kata Helena. Baekhyun malas hendak membahas lebih, dia mengangguk sahaja.

"Okey."

Helena sudah tersenyum puas. Gembira.

Bersambung...

Cerita ni cliche so jangan baca kalau geli.  Bye.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now