▶ Bab 27 ◀

3.4K 433 14
                                        

Awal pagi lagi aku dah rasa nak celik mata. Baekhyun kerja hari ni. Aku? Aku sebenarnya kerja sebelah malam tapi aku belum bagitahu Baekhyun lagi yang aku kerja malam ni. Jadi aku diam dulu sampailah dah nak malam nanti aku bagitahu. Ingat ada ke pasangan yang baru kahwin semalam, hari ni dah kena masuk kerja? Mungkin ada tapi sikitlah. Aku tak tahulah kenapa tapi semua jemputan yang aku nampak semalam macam dah lama kenal dengan aku. Siap tanya, "Lepas ni you pujuk husband you pergi honeymoon dekat resort I. I sponsor everything for you guys!" Okey, persoalannya, perlu ke aku pergi berbulan madu dekat tempat makcik-makcik bawang macam tu?

Bukan aku nak belagak sebab dapat kahwin jejaka kacak malaya ni tapi aku rasa, Baekhyun terlalu ramai kawan perempuan sampaikan aku rasa letih nak berlaga-laga pipi dengan semua orang. Yang paling hebat sekali, yang dah usia 40 ke atas pun masih lagi bergetah! Terkejut aku. Siap bagi tips lagi tu! Tapi tolong jangan tanya tips apa. Biar aku sorang je yang tahu sebab aku dah kahwin. Ya...

Tertanya-tanya juga, dari mana Baekhyun kenal dengan semua orang tu? Atau sebenarnya keluarga keturunan Byun ni pernah melonjak nama dalam mana-mana bisnes? Gaya dia macam ahli perniagaan. Tapi hakikatnya dia seorang pensyarah universiti.

Aku bersyukur sebab semua kawan-kawan Baekhyun senang hati dengan aku. Aku ingatkan mereka tak restu, pandang serong dekat aku tapi rupanya tidak. Ada jugalah segelintir dua yang berbisik dekat aku, suruh aku buat rawatan muka dekat klinik itu, klinik ini. Mereka tahu apa masalah aku cuma mereka tak nak bising-bising. Tapi yang paling aku terharu bila ada yang sudi bantu aku untuk pulihkan muka asal aku semula walaupun susah dan perlukan kesabaran yang kuat. Makin kuat firasat aku mengatakan, Baekhyun sebenarnya berketurunan keluarga yang dihormati sampaikan aku yang buruk ni pun boleh jadi cantik pada mata mereka semua. Cuma aku je yang tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu.

Nak buat macam mana? Baru kenal sekejap dah jadi mem besar dalam rumah ni. Rasa macam dalam drama pun ada. Cuma dalam drama biasanya ada konflik yang menyakitkan, sampai berlaku penceraian. Aku tak naklah sampai macam tu. Aku dah sayang Baekhyun. Erk?

Aku tersentak buat seketika apabila aku terdengar bunyi tulang-temulang berkeriuk di sebelah. Daripada menelentang, aku terus mengiring ke kanan memandang Baekhyun. Dia mengeliat. Masih jelas dengar bunyi tulang badan dia berkeriuk macam makan ayam KFC.

"Hei.. kenapa ni?" Ringan tangan aku naik menyentuh bahu dia yang tak berbaju. Baekhyun cuma menggumam perlahan sebelum dia tenangkan diri dan tarik nafas.

"Sakit badan." Katanya. Kening aku ternaik.

"Sakit sangat ke?"

"Emm..."

Okey, dah sakit betullah tu. Tiba-tiba Baekhyun mengiring dan badan aku terus menjadi mangsa pelukan dia. Terkedu aku dibuatnya sebab terkejut.

"Tapi terus rasa okey bila dah jumpa awak." Kata Baekhyun perlahan. Aku pejamkan mata rapat. Sesungguhnya kaki aku terus terasa lenguh dengan ayat 'pahit' dia. Ni baru betul-betul pahit ni. Sampaikan nak telan pun rasa menggigil!

"Mengada." Aku urut juga sekitar bahu Baekhyun dengan tangan kiri. Tangan kanan menongkat kepala. Aku masih pakai mask. Waktu tidur memang aku akan pakai. Tak nak tiba-tiba aku seronok tidur, rasa gatal kat muka, aku main langgar je garu. Habislah..

"Pukul berapa?" Soal Baekhyun, masih dalam suara mengantuknya. Ya Tuhan... kenapa aku baru perasan yang lelaki depan mata aku sekarang ni cukup sempurna? Semuanya sempurna! Berdegup jantung aku dibuatnya walaupun sekadar menjawab pertanyaan Baekhyun.

"6."

"Okey. Saya nak mandi sekejap. Tolong siapkan baju boleh?" Pintanya sambil mendongakkan kepala, menayangkan muka yang belum cuci tu.

"Baiklah, tuan. Saya menurut perintah."

Dia ketawa kecil sebelum menarik kepala aku mendekatinya. Terasa dahi aku diciumnya lembut. Meremang terasa bulu roma. Tapi aku suka ciuman dia. Rasa tenang. Dia memang menenangkan.

"Apa senyum-senyum, sayang?" Lamunan aku terhenti apabila Baekhyun bersuara. Dia sudah berdiri sambil menyarungkan selipar tidur berbulunya. Aku ketap bibir. Malu.

"Mana ada senyum! Dahlah pergi mandi."

Bersambung...

Sesungguhnya, saya pula yang rasa bahagia. HAHAHAHA! Sorry kalau ayat saya macam agak funny sikit. Malas nak serius sangat sebab belum masa lagi nak keluarkan konflik. Hehehehe.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon