Seminggu aku berkampung di hospital disebabkan keadaan diri aku tak mengizinkan aku pulang. Kini, buat kali pertamanya aku menapak ke dalam sebuah kondominium milik Hazel dan Taehyung. Agak segan juga, tapi selepas aku menceritakan masalah aku kepada Hazel, kami jadi lebih akrab. Aku pula makin selesa berborak dengannya.
"Akak duduk rumah ni bertiga dengan suami. Tapi biasalah, suami akak tu sibuk oncall, jadi akak dengan anak je kat rumah ni." Aku melabuhkan punggung perlahan-lahan di atas sofa. Jelas, aku dapat rasa ada benjolan yang sedang membesar dalam perut aku. Patutlah aku rasa tak selesa bila bergerak lasak. Rupa-rupanya...
"Anak akak mana?" Soal aku.
"Ada dalam bilik. Kejap, akak pergi ambil dia." Aku mengangguk. Hazel berlalu ke bilik sementara aku merehatkan badan atas sofa ini. Aku termenung sambil usap bahagian perut yang dah masuk 2 bulan. Sekejapnya? Dan yang paling menakutkan, aku tak tahu pun yang aku mengandung sampaikan aku dan Baekhyun 'bersama' dulu. Tapi Taehyung cakap ianya tak menjejaskan kandungan. Aku lega.
Cuma.. aku belum bersedia nak berhadapan dengan Baekhyun. Macam mana keadaannya pun, aku tak tahu. Aku tak nak tahu dan kalau boleh, aku nak hidup dengan tenang. Aku tak nak Baekhyun tahu aku kat mana, dengan siapa.
"Hai mummy Soyoung." Aku terus pusingkan tubuh memandang Hazel apabila nama aku dipanggil. Aku tersenyum lebar. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun kini berada di dalam dukungan Hazel.
"Hai, sayang. Oh my God, comelnya dia." Aku sambut huluran Hazel yang memberikan anak perempuannya kepada aku. Serta-merta aku rasa bahagia terpalit sekali. Comel wajahnya sedang tidur. Hazel labuhkan punggung di atas sofa.
"Siapa nama dia?" Aku menanya sambil membetulkan keadaan tubuh si comel ini pada ribaan.
"Kim Haerin."
"Auww comelnya." Aku gesekkan hujung hidung aku pada hidung Haerin. Hazel sengih sambil menepuk-nepuk belakang tubuh aku. Aku menoleh.
"Sabarlah. Ujian dari Tuhan yang awak kena lalui dengan suami." Kata Hazel. Hilang terus senyuman aku. Aku menunduk.
"Kalau saya tahu dari awal, saya takkan kahwin dengan dia." Kata aku. Ya, kalau aku tahu semua ni dari awal, aku takkan kahwin dengan Baekhyun.
"Tapi buktinya, dia memang jodoh awak. Ni, pengikat kasih antara korang berdua. You guys love each other." Hazel sentuh perut aku. Rasa agak janggal jugalah sebab aku muda lagi. Tapi dah mengandung.
"Kalau panjang umur, kami berjumpa, kak. Kalau tak, mungkin saya akan terus macam ni." Aku mengeluh. Hazel memeluk bahu aku erat.
"Jangan berputus asa. Jangan hukum dia macam ni. Tak elok, Soyoung."
"Tapi ni untuk kebaikan dia. Biarlah ibu mentua saya je yang benci saya. Jangan dia yang benci saya. Saya tak boleh terima semua tu." Aku mula rasa sebak. Hazel diam. Pandangan mata aku dah berkaca dan kabur.
"Dah, jangan nangis. Tak elok." Hazel usap air mata aku yang menitis tiba-tiba. Aku tarik nafas, lepaskan dengan fikiran yang baru.
Kalau aku mampu bertahan, aku akan bertahan. Kalau tak, aku sendiri yang akan cari dia nanti. Ya.
Bersambung...
YOU ARE READING
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanfictionAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)