Puan Dahyun kerap termenung. Dia kerap bersendirian, sama seperti kehilangan Baekhyun dulu. Macam inilah keadaanya. Sendiri, seorang, sunyi sepi. Sikit pun tidak bergembira dengan sesiapa. Sedangkan Helena datang pun, dia rasa rimas. Asyik menanya bagaimana hubungan Baekhyun dan Soyoung setiap kali datang ke sini. Bosan!
"Makan, Dahyun. Nanti sejuk." Pelawa Makcik Soon. Puan Dahyun mengangguk sahaja. Matanya yang tadi memandang lanskap taman rumahnya kini memandang Makcik Soon.
"Baekhyun ada call tak?"
Makcik Soon menggeleng jujur.
"Tak ada. Dah lama sangat dia tak berhubung dengan kita sejak dia keluar hospital tu."
"Takkan sekali pun tak ada? Dah nak 2 bulan dah, Soon." Makcik Soon menggeleng. Puan Dahyun mengeluh. Putus asa.
"Saya rasa menyesal sebab pisahkan dia dengan Soyoung. Sebab saya rasa, macam tak ada guna. Buat apa saya pisahkan mereka kalau saya sendiri tak bahagia? Saya hilang anak saya, saya malukan dir sendiri." Kata Puan Dahyun. Jelas, wajahnya penuh penyesalan. Makcik Soon diam. Dia menundukkan kepala.
"Saya betul-betul rasa menyesal sebab buat Baekhyun dengan Soyoung macam tu. Lagi-lagi masa kat hospital. Saya... entahlah. Saya rasa, Helena selalu buruk-burukkan Soyoung. Dia melebih." Kata Puan Dahyun. Makcik Soon dah berdehem. Dia menelan liur.
"Dahyun, aku bukannya nak campur dalam hal keluarga kau, tapi aku pun nampak apa yang kau kata tu. Helena banyak melebih. Kau pun tahukan, dia suka Baekhyun? Tak mustahil dia buat macam ni sebab nakkan Baekhyun." Kata Makcik Soon. Puan Dahyun diam. Kepalanya terdongak memandang Makcik Soon.
"Awak pun rasa benda yang sama juga ke? Tapi takkanlah Helena sanggup buat macam tu. Dia kata, Soyoung memang anak..."
"Jangan macam tu, Dahyun. Soyoung memang dari darah daging keluarga yang kau benci. Tapi kau kena ingat, dia baik. Dia tak pernah buat jahat dengan kau walaupun sekarang dia dengan Baekhyun berjauh." Kata Makcik Soon. Semakin serba salah Puan Dahyun dibuatnya. Dia berdiri menghadap Makcik Soon.
"Tolong saya, Soon. Tolong saya..."
"Aku tak tahulah, Dahyun. Aku takut Baekhyun tak nak datang sini."
"Tolonglah, Soon. Suruh Baekhyun datang dengan Soyoung. Saya sedar, ini memang salah saya. Saya nak minta maaf dengan Soyoung. Saya salah, saya sedar khilaf saya." Tersenyum nipis Makcik Soon. Akhirnya.. wanita ini sedar akan khilafnya yang mencakar hati sesuci Soyoung dan sebaik Baekhyun.
"Baiklah. Nanti aku cuba. Tapi kau kena ingat, kau buat semua ni sebab ikhlas. Bukan kau gunakan semua ni sebab nak kembali dengan Baekhyun."
"Saya nak anak dan menantu saya sekali. Saya sayang Soyoung sebenarnya. Tapi disebabkan dendam, saya.."
"Dah, Dahyun." Makcik Soon memeluk majikannya erat. Walaupun dia pekerja, tapi dah berpuluh tahun dia tinggal di sini, berkhidmat sebagai pekerja Puan Dahyun. Sudah dianggap seperti saudara kandungnya sendiri.
Syukurlah.. Puan Dahyun dah sedar semuanya.
Bersambung...
Ada sesetengah orang tak suka ending yang bodoh cliche macam ni. Tapi saya suka. Sebab bagi saya, ending yang pelik2 lebih menakutkan. Hahahahahaha buang dari library anda kalau fic ni bodoh punya storyline!
(At least aku tak adalah buat fic yang curik2 dari fic orang lain. Siapa makan cili, dia terasa pedas. Mwahh).
YOU ARE READING
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanfictionAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)