Bab 21

6.8K 352 13
                                    

Amer dan Afiq monitor pembedahan Adam dari atas. Walaupun Afiq tak berapa nak faham dengan pembedahan itu, dia masih lagi setia memerhati. Amer yang sudah tentunya pakar neurologi hanya menggigit kuku risau.

"Okay, dah jumpa," gumam Amer seraya mata masih memerhati skrin di dalam bilik pembedahan itu.

Doktor Said yang mengetuai pembedahan sebaik mungkin berhati-hati. Dia berpengalaman selama lebih 20 tahun sebagai pakar neurologi tetapi ini kali pertama dia ditawarkan untuk membedah seseorang yang namanya besar di negara ini. Kalau apa-apa terjadi, dia boleh dihadapkan ke mahkamah. Dia tahu pembedahan untuk Putera Adam ini berisiko tinggi akibat keberadaan ketumbuhan yang bahaya.

Semasa Doktor Said ingin menarik keluar ketumbuhan itu, darah mula bertakung.

"Ruptured. Suction." Kata Doktor Said gentar. Nyawa Putera Adam, nyawanya juga.

Patient monitor menunjukkan bacaan tekanan darah yang tidak teratur dan telah menghasilkan bunyi beep berkali-kali.

"Doktor, tekanan darah jatuh mendadak," tegur pembantunya.

"Bawa darah lagi," arah Doktor Said. Dia perlu relaks. Dia tak boleh gelabah.

Dalam samar-samar akibat darah yang bertakung, dia cuba sedaya upaya meletakkan fokus pada ketumbuhan.

Beep...Beep....Beep...Beep
Laju bunyi itu.

"Doktor, V-fib. Cardiac arrest," kata seorang lagi pembantu di situ.

"Doktor, pesakit dalam keadaan kritikal," tegur pembantunya lagi.

Doktor Said mengeluh sebelum memandang atas. Memandang Amer. Amer hanya jatuh terduduk. Afiq yang faham dengan situasi juga terduduk. Air mata yang mengalir tidak diseka.

"Amer, macam mana ni?" Tanya Afiq dengan linangan air matanya.

Amer hanya menggeleng perlahan. Dia tak boleh terima dan tak nak terima. Adam tak boleh mati. Adam betul-betul tak boleh mati.

Bunyi yang dihasilkan oleh patient monitor semakin kuat. Semakin rancak. Amer hanya menekup telinga. Dia tak mahu dengar. Dia tahu itu bunyi apa. V-fib.

"Amer, cardiac arrest tu. Nanti dia expired ke? Boleh selamat lagi kan? Defibrillator boleh tolong kan? Dia boleh hidup lagi kan? Dia tak akan expired kan?" Tanya Afiq bertubi. Tidak dapat menerima kenyataan.

Amer menggeleng lalu menarik Afiq dalam dakapan. Dia sedih dan Afiq turut sedih. Sekurangnya dia yang lebih arif dalam bidang neurologi ni serba sedikit sudah sedia dengan ketentuan Allah. Dia tahu, nipis untuk pembedahan ini berjaya.

"Kita doa, Fiq. Cuma, sediakan hati tu. Adam kemungkinan besar expired," pujuk Amer. Sebaik habis dia mengawal kesedihan. Ingin menyalurkan kekuatan pada Afiq.

"200, paddle." Doktor Said mula tidak keruan. Defibrillator di ambil sebelum ditekapkan pada jantung Adam.

"300. Move."

"350. Move."

Beeeeeeeeep....

💞💞💞💞💞

Amer duduk di ruang menunggu. Nombor telefon Ash di dail.

"Hello, Ash. Datang hospital sekarang," arah Amer dengan suara seraknya akibat menangis.

"Kenapa?" Tanya Ash. Dia jelas mendengar esakan kecil Amer.

"Adam...." Amer tidak sampai hati.

"Kenapa dengan Adam?" Tanya Ash tidak keruan.

Ash memandu laju ke hospital. Dadanya terasa mahu meletup. Tidak, dia salah faham selama ini. Dia belum minta maaf. Dia tidak mahu kesal. Tak, Adam. Adam perlu hidup. Dia tak boleh mati. Adam tak mati!!

Ash berlari laju masuk ke dalam hospital. Amer yang menunggunya di hadapan hospital lantas menghampirinya.

"Jom, ikut aku," kata Amer sayu. Ash tidak bergerak.

"Kau tak tipu kan?" Tanya Ash dengan air matanya jatuh.

"Buat apa aku nak tipu kau dengan benda macam ni?" Tanya Amer sedikit meninggi.

"Tapi, kenapa? Aku mimpikan? Benda ni tak real kan?" Tanya Ash dengan air mata semakin deras jatuh.

"Takdir Allah, Ash. Siapa kita nak tolak," kata Amer perlahan sebelum memulakan perjalanan menuju ke tempat dimana tubuh kaku Adam berada.

Ash hanya ikut. Berat hati dia ingin melangkah. Tapi, itu adalah takdir. Ya, tiada siapa boleh tolak. Tuhan itu Maha Mengetahui.

Lemah lutut Ash apabila matanya menyapa tubuh pucat kaku itu dari sebalik bilik yang bercermin. Ash terduduk. Dia menangis teresak-esak.

"Ini tak betul kan? Dia berlakon kan?" Tanya Ash pada Amer.

"Ash, bawa sabar," pujuk Afiq yang kian reda dengan kesedihannya.

"Suruh dia bangun, Fiq. Kata dengan dia tak perlu berlakon. Aku akan kahwin dengan dia. Aku tunggu dia. Suruh dia bangun, Fiq!" Ash mula meraung. Mula rasa dunia ini tidak adil.

Beberapa orang doktor dan pegawai perubatan yang berada di situ hanya memerhati pilu. Sedih melihat keadaan tunang Putera Adam yang tidak dapat menerima takdir tuhan.

"Suruh dia bangun, Fiq!" Raung Ash kuat. Afiq hanya mampu mengalirkan air mata. Sedih lihat Ash sebegini.

💞💞💞💞💞

Ash melangkah masuk ke dalam pejabat Adam. Hatinya berbuku. Air matanya tidak dapat berhenti mengalir.

Bayangan Adam di tempat duduknya jelas. Ash senyum kembali pada bayangan itu.

Bunga yang dibuang dalam tong sampah kecil itu dikutip semula. Bunga-bunga ros itu dikira hingga yang ke-99. Tangannya menggigil.

"Tak perlu mati untuk cintakan aku, Adam. Hidup dan cintakan aku," bisik Ash perlahan. Kesal dengan kerenahnya. Kalau lah dia tidak ikutkan perasaan dan siasat perkara sebenar, dia sekurangnya tidak akan menyesal sebegini.

'But I got you this rose,
And I need to know,
Will you let it die or let it grow."

Kad di tepi bunga itu dibaca. Air matanya mengalir deras. Esakannya semakin kuat.

"I will let it grow, Adam. Dan kau perlu lihat bunga ni hidup," rintih Ash. Dadanya dipegang.

💞💞💞💞💞

Dan sesungguhnya takdir Allah itu yang terbaik buat hamba-NYA. Tak ada yang baik dari ketentuan yang Allah tetapkan. There will be a nice rainbow after a heavy rain. Let it go, accept everything and you will be in peace, even it is so hard.

Ash menyemburkan air pada 99 kuntum bunga di dalam pasu kaca yang berisi air itu. Bunga itu sudah sedikit layu. Bunga itu dibelek.

Ash memerhati bunga itu. Air matanya jatuh sedikit. Dia senyum perlahan.

"Adam, kau patut tengok macam mana aku jaga bunga ni."

Tyara University ✔Where stories live. Discover now