Bab 12

5.4K 342 10
                                    

Ash membawa fail yang diberikan Adam menuju ke kafe universiti. Mengada punya budak, aku dah penat pergi Sydney walau sangat puas hati, bukan reti nak ambil sendiri. Pula kena jumpa budak tu. Siapa mentor siapa mentee ni?

"Ashreena," panggil Adani dari kanan. Ash terus berpaling.

"Yes?" Tanya Ash malas.

"Awak kata awak dah balik Malaysia. Kenapa awak masih ada di sini?" Tanya Adani pelik.

"Saya tak balik Malaysia, saya pergi Sydney untuk dapatkan dokumen ni," balas Ash lalu melirikkan mata ke arah dokumen di dalam pelukannya itu. Ah, ini semua copy. Yang ori dia simpan. Ada bau Adam. Gilakan?

"Kenapa awak tipu saya? Kenapa awak pergi sana seorang? Bahaya, Ashreena," marah Adani lembut. Kalau gadis lain pasti sudah jatuh suka dengan Adani yang sangat protective. Tapi, bukan dirinya. Kalau lelaki itu sebaik malaikat pun, dia akan pilih Adam. Cintanya buat Adam dan hanya Adam. Tiada yang lain.

"Itu bukan masalah awak, Dani," balas Ash malas. Tidak mahu bagi Adani harapan.

"Masalah saya, Ashreena. Kalau apa-apa jadi, apa saya nak jawab dengan ibu awak?" Kata Adani yakin. Ash berkerut.

"Dani, saya bukan bawah tanggungjawab awak," kata Ash jengkel.

"Kalau saya kata ibu bapa awak tanggungjawabkan awak kepada saya?" Tanya Adani seperti mengugut. Yakin sangat intonasinya.

"Jangan sebab saya bohong awak, awak nak bohong saya balik pula. Mama saya dah meninggal, Adani. Dua puluh tahun lepas. Bila masa dia bagi awak tanggungjawab?" Tanya Ash sinis sebelum berlalu.

Adani yang terkejut dengan kenyataan Ashreena pantas menyaingi langkah gadis itu.

"Saya minta maaf, Ashreena. Saya tak bermaksud nak lukakan awak," kata Adani perlahan.

"Saya tak terasa pun, Dani." Ash membalas masih dengan nada malasnya.

"Ashreena, saya ni ikhlas sangat suka pada awak. Saya cuma tak nak benda buruk jadi pada awak," kata Adani. Ash mengeluh.

"Dani, saya dah katakan, yang saya tak nak cakap pasal benda ni lagi," marah Ash. Langkahnya dihentikan dan dia terus berpaling menghadap Adani.

"Kenapa awak tak suka pada saya? Bapa saya kedutaan Singapura di Dubai. Saya rasa saya dah cukup setaraf dengan keluarga Dato' Ashraf. Kalau awak rasa kita tak sama negara, saya rasa Singapura dengan Malaysia bukanlah seperti German dengan New Zealand. Apa masalahnya?" Tanya Adani tidak puas hati. Apa kurangnya dia.

"Kalau saya nak orang kaya, dah lama saya terima lamaran anak menteri Dubai ni lah, Dani. Saya bukan perempuan materialistik yang memandang harta," balas Ash turut tidak puas hati.

"Jadi, apa masalahnya? Cuba awak terangkan." Dani menyilangkan tangan ke dada.

"Hati saya milik orang lain, Dani. Lelaki yang saya cintakan sangat." Ash berkata perlahan. Wajah Adam terlayar dalam jiwa. Oh, rindunya walau tak sampai sehari berpisah.

"Hebat sangat ke lelaki itu?" Tanya Adani. Ash terus memandang Adani mencerlung.

"Kalau dia mampu buat saya doakan dia pada setiap solat saya, pada setiap sujud solat hajat saya, awak rasa hebat tak dia? Hebatnya dia yang mampu buat saya terbayangkan dia setiap masa. Hebatnya dia yang mampu buat saya menangis meraung bila kami terpaksa berjauhan. Jadi, saya tanya awak lagi sekali, hebat atau tidak lelaki yang saya cintai itu?" Tanya Ash penuh sarkastik.

Adani mengepal penumbuk. Egonya tercalar. Lelaki yang Ashreena katakan sangat hebat sampai dia rasakan yang dia sangat kecil jika nak dibandingkan dengan lelaki itu.

"Best man win, Ash. Saya akan tunjukkan yang saya lagi hebat dari dia," kata Adani dengan nada sarat dendam.

"Tak perlu. Awak kalah tanpa bertanding. Dan dia akan sentiasa menang. Walau dia mati sekalipun, tak tergamak saya nak cari yang lain. Cinta saya hanya untuk dia!" Ash membalas sebelum berlalu. Sakit hatinya dengan perangai Adani ini. Tak faham bahasa!

💞💞💞💞💞

"Kau kata kau pergi satu malam je. Sampai dua malam pula, kenapa?" Tanya Mina kepada Ash.

"Mina, aku ada benda nak cerita ni!" Ash berkata teruja.

"Apa dia? Gembira semacam je." Mina memandang Ash atas bawah. Cerianya Ash lain macam seperti baru menang loteri bernilai 2 billion.

"Aku dah jumpa dia!" Jerit Ash teruja. Terasa seperti mimpi lagi.

"Dia? Putera Adam?" Tanya Mina tidak percaya. Sesudu aiskrim yang penuh diletakkan semula ke dalam bekas. Tak jadi tahu terus makan aiskrim itu. Cerita Ash lebih menarik.

"Ya, Mina. Aku rasa macam mimpi lagi tau. Aku rasa macam tak percaya je. Tapi, ini bukan mimpi. Aku alami sangat," kata Ash sebelum bersandar pada Mina. Ah, angau!

"Patutlah kau ceria semacam." Mina tersenyum. Sepanjang hampir lima tahun mengenali Ash, inilah kali pertama dia melihat Ash segembira ini.

"Dia belikan aku cincin." Ash menunjukkan cincin berliannya kepada Mina.

"Lawanya!" Mina teruja lagi. Selalunya dia dengar cerita dari Ash, Adam ini lelaki yang tidak sweet. Kalau dah belikan cincin ni, dah jadi sweet pula ke?

"Lawakan? Aku rindu dia lah, Mina," rengek Ash.

"Tak akan kau tak ada number dia. Call lah kalau dah meroyan sangat," seloroh Mina. Ash pantas mencapai telefonnya.

Nombor Adam didail pantas. Ikon speaker ditekan.

"Eh, fikir juga orang tu pukul berapa sekarang," pesan Mina. Ada yang orang tu tengah tidur dia ganggu.

"Sekarang kita pukul 11 malam, sana lebih kurang pukul 6 pagi. Mesti dah terang. Subuh dia orang 4 pagi," balas Ash.

Talian bersambung. Ash teruja.

"Assalamualaikum," sapa Adam. Terus tersenyum melihat panggilan dari Ash.

"Waalaikumsalam," balas Ash malu-malu. Sungguh lah gedik kau, Ash.

"Morning, sayang," ucap Adam. Tingkap biliknya dibuka membenarkan udara pagi yang segar memasuki dalam bilik.

"Sini tengah malam lah. Oh, exam bila?"

"Then, night, love. Theory examination start lagi dua hari for four days. Then clinical examination upcoming week lepas habis theory examination. Itu dua minggu. Then, I'll come to you. About three weeks je," balas Adam. Ash senyum.

"Sorry, you should study bukannya layan aku yang mengada ni," kata Ash kesal pula bila fikir orang tu nak exam.

"Hey, you are my priority. Call me anytime, aku akan layan. Kecuali, time exam. Tengah exam jangan call, takut aku keluar dewan semata nak jawab call kau," balas Adam. Ah, ayatnya penuh dengan kemanisan.

"Decline je lah."

"Kau rasa, aku nak decline ke? No way, Ash. I said, you are my priority," balas Adam lembut.

Dia tak akan decline call Ash walau seperti sekarang. Kepalanya berdenyut sakit. Pandangannya kabur. Tetapi itu semua tidak mengahalang. Ash itu keutamaan.

"Adam, aku rindu," rengek Ash. Adam senyum.

"Aku pun rindu, Ash. I miss everything about you. Everything!"

Tuhan, aku mahukan dia. Hanya dia. Adakah ini penemuan terakhir kami? Atau ini permulaan hubungan kami? Ya Allah, tunjukkan lah jalan yang mudah bagi aku. Andai kata ajal aku akan sampai awal, jauhkan lah kami. Aku tak sanggup untuk terus menerus berikan harapan palsu pada cinta hati ini. Aku mohon, jangan berikan ujian itu kepada dia. Biarkan hanya aku yang memikul ujian berat ini. Aku tak nak lihat kesengsaraan dia lagi. Aku mohon, Ya Allah.

Doa yang tak lekang darinya. Kalau sudah takdir yang dia bukan untuk Ash dia redha. Mungkin dia tidak dapat menjadi hero untuk seumur hidup Ash, tetapi sementara juga cukup manisnya. Ada yang lebih baik, lebih hebat yang dapat menjadi hero dalam hidup seorang Ashreena.

Tyara University ✔Where stories live. Discover now