Bab 1

8.2K 416 20
                                    

🎶I was missing you and another day passed
I was missing you and another year passed
This is how I live
As I long for you, long for you 🎶

Missing You by BtoB (2017)

"He is back," kata Amer perlahan dengan matanya tidak lekang memandang Adam.

"Siapa?" Tanya Afiq pelik seraya mengangkat wajah dari terus merenung komputer ribanya.

"Adam yang aku mula-mula kenal kembali," keluh Amer.

"Dulu dia macam mana?" Tanya Afiq.

"A secretive guy. Diam dan termenung. Jarang gelak. Tak akan sikit pon cerita masalah pada orang lain. Pasif," terang Amer. Afiq memandang Adam sayu.

"Sedangkan aku rindu gila kat Ash, lagikan dia," kata Afiq. Sebut sahaja pasal, Ash pasti dia terasa sebak.

"And he never allowed us to talk about Ash. Even contact Ash pon dilarang," kata Amer geram.

"Dia kan dah bagitahu apa sebabnya. Itu janji dia, Mer." Afiq berkata lembut.

"Aku dah, siap. Dinner, jom," ajak Adam sebelum menutup komputer ribanya.

"Makan mana?" Tanya Afiq. Lantas dia menutup komputer ribanya. Baju sejuk dicapai.

"Ikut kau orang," balas Adam. Ayat biasa. Dulu, Adam ada juga cakap dia mahu makan kat mana, mahu pergi mana. Tapi itu dululah, sewaktu Ash masih ada bersama mereka. Sekarang Adam diam hanya mengikut.

Adam memandu pulang selepas mereka bertiga menikmati makan malam di Anais Restaurant.

"Dam, kita pergi Westfield kejap. Aku nak beli barang sikit," kata Afiq.

"Beli barang ke shopping?" Tanya Adam.

"Bukan sama je ke? Aku nak pergi Typo." Afiq gigit bibir.

"Okay," balas Adam pendek.

Di Westfield, mereka sepatutnya masuk terus ke Typo tetapi disebabkan Amer tiba-tiba masuk ke Florsheim. Nak beli kasut baru katanya. Adam hanya mengikut.

Selepas penat membelek kasut, Adam keluar dari kedai kasut itu. Amer masih lagi memilih.

Kedai disebelahnya iaitu Tag Heuer menarik perhatiannya. Jam di tangan dikerling. Lama jam itu ditenung. Masya Allah, rindunya dia. Mukanya berubah sayu.

Afiq dan Amer yang baru keluar dari kedai terus menghampiri Adam.

"Nak tukar jam baru? Jom." Amer berkata lantas menarik tangan Adam masuk ke dalam kedai jam itu.

"Bro, ni lawa," panggil Amer. Afiq dan Ada mendekatinya. Jam yang sederhana besar dipandang sama.

"This is for unisex," kata pelayan kedai itu.

Sengaja sebenarnya Amer memilih jam unisex. Supaya Adam sedar yang di antara mereka masih lagi ada Ash. Walau hanya dalam jiwa.

"Lawa. Aku suka," setuju Afiq. tindakan Amer difahami laju.

"Suka hati kau orang," balas Adam malas.

"Jangan macam tu. Yang keluar duitnya kau," pujuk Afiq. Adam senyum.

"Aku tak kisah," balas Adam serius. Tak mahu panjangkan.

"Okay," balas Afiq. Mood Adam tak pernah elok.

"Tiga ke empat?" Bisik Amer.

"Aku tak berani nak buka mulut. Kau lah cakap," balas Afiq juga dengan membisik.

Tyara University ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin