Bab 14

5.6K 336 50
                                    

Adam mengeliat perlahan selepas keluar dari KLIA. Pergh, lama tak hirup udara tidak segar Kuala Lumpur ini. Kali terakhir dia balik ke Malaysia pun bila Tengku Asri mangkat beberapa tahun lepas. Sepanjang dia belajar di Sydney, dia hanya menjejakkan kaki di Malaysia selama tiga kali sahaja.

"Tengku," tegur pemandunya yang baru sahaja memasukkan bagasi ke dalam kereta.

Adam masuk ke dalam kereta berjenama Bentley itu.

"Hantarkan saya ke penthouse. Saya tak nak balik istana," arah Adam sebelum dia hanyut melihat bandar Kuala Lumpur yang semakin membangun.

Selepas lebih kurang 30minit perjalanan, Adam tiba di salah satu hotel termewah di Malaysia iaitu The Royal Hotel milik Tunku Hasnah. Penthousenya berada di tingkat paling atas. Sungguh lama dia tidak ke rumah ini.

Adam masuk ke dalam hotel diikuti bellboy yang dikhaskan untuknya. Semasa di elevator, Adam mengeluarkan kad akses dan diskan untuk menekan punat R. Bukan sebarangan orang yang boleh ke rooftop. Hanya dia, Tunku Hasnah, Tengku Azmi dan beberapa orang pekerja yang ditugaskan khas untuk keluarga di Raja.

Adam masuk ke dalam penthousenya yang bernilai lebih kurang 3 bilion. Penthouse tiga tingkat yang direka sendiri ketika berumur 17 tahun. Rumah ini lengkap dengan indoor pool, theatre room, mini golf course, mini garden, gym, home spa, dan pemandangan menarik yang menampakkan pemandangan selatan Kuala Lumpur. Sungguh mewah semuanya.

Tiada yang beza rumah ini. Semuanya dijaga rapi oleh pembantu istana. Adam masuk ke dalam bilik. Hari semakin senja. Esok sahaja dia kejutkan Ash dengan kepulangannya ke Malaysia awal tiga hari. Patutnya dia perlu hadiri event yang diadakan di Universiti, tetapi jiwa ini tak sabar mahu balik. Jadi, dia membuat keputusan untuk tidak pergi. Lantak lah.

Selepas mandi dan menunaikan ibadah solat, Adam duduk di balkoni memerhatikan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Semakin hiruk pikuk bandar ini. Masih banyak lagi kenderaan sesak di jalan. Masing-masing mahu pulang dari tempat kerja.

Sedang sibuk mengelamun, telefonnya berbunyi. Oh, Ash. Lantas dijawab.

"Assalamualaikum," sapa Adam mesra.

"Waalaikumsalam." Ash membalas dan diam. Adam turut tidak berkata apa.

Selang beberapa minit,

"Hey, kenapa diam je?" Tanya Adam.

"Bila nak balik ni!" Rengek Ash. Adam gelak.

"Esok pagi aku sampai lah depan rumah kau," balas Adam.

"Tipu!"

💞💞💞💞💞

Adam turun ke lobi hotel. Pemandunya sudah tunggu di hadapan pintu utama hotel itu. Lebih baik untuk dia tidak memandu. Kalau tiba-tiba sakit lepas tu accident, satu hal lagi.

"To Knight Villa please. Rumah tunang saya," arah Adam kepada pemandu sebelum dia masuk ke dalam kereta Bentley itu.

Adam sampai di hadapan villa Dato' Ashraf. Bertahun lamanya tidak jejak ke sini. Rindunya pada masa lalu.

"Tengku?" Tegur Cik Han. Mata dikecilkan ingin memastikan figura di hadapannya.

"Assalamualaikum, Cik Han," sapa Adam mesra.

"Waalaikumsalam, Tengku. Masya Allah," balas Cik Han. Pintu pagar lantas dibuka. Tubuh Adam didakap mesra.

"Cik Han sihat?" Tanya Adam ramah.

"Alhamdulillah, sihat. Lama tak jumpa Tengku," kata Cik Han. Sebak rasanya bila berjumpa dengan Adam.

"Ash ada?" Tanya Adam.

Tyara University ✔Where stories live. Discover now