Bab 8

6.1K 347 17
                                    

Mereka ke Westfield. Amer dan Afiq dengan Westfield tak akan terpisah. Dulu mereka pergi bertiga tetapi sekarang berempat. Rasa tidak percaya.

Seperti biasa, Afiq yang terkena sawan Typo kalau tidak ke sana tidak sah. Penyakit apa lah.

Ash memerhati barangan di kedai itu. Lama sungguh dia tidak jejakkan kaki di Typo. Rasanya kali terakhir pada zaman sekolah. Itupun sebab Afiq memang dah terkena sawan Typo. Seminggu tak pergi boleh jadi gila.

Baru Ash mahu mencapai buku nota di rak, namanya dipanggil oleh Adam.

"Ya?" Lantas Ash berpaling.

"Follow me," arah Adam lalu keluar dari Typo. Ash mengeluh. Ingatkan dah tujuh tahun tak jumpa, berubah perangai putera seorang ni. Rupanya tidak. Dia masih suka mengarah.

Ash mengikut langkah Adam ke Angus and Coote. Ash pelik. Dah kenapa bawa dia ke kedai barang kemas.

"Kenapa kita masuk sini?" Tanya Ash.

"Beli cincin tunang sebab gelang tu terlindung. Aku nak semua orang tahu yang kau dah bertunang. Half of you are still mine. Tak boleh masuk meminang. Haram," jelas Adam. Ash ketap bibir. Wajah Adani terbayang dalam minda.

"Yes, sir. May I help you?" Tanya seorang pelayan kepada Adam.

"Diamond ring, please," balas Adam. Lantas pelayan itu menunjukkan beberapa jenis cincin berlian. Sakit mata Ash. Terlalu bersinar.

Ash hanya lihat. Semuanya lawa. Baik tanya Adam. Kalau dia pilih pon, Adam tak suka tak beli juga.

"This is nice," kata Adam seraya mengambil cincin platinum bertakhtakan berlian itu kepada Ash. Nampak tak? Belum tanya.

"Nice," balas Ash. Tak tipulah, memang lawa. Sangat!

"How much?" Tanya Adam kepada pelayan itu.

"10500 dollar, sir," balas pelayan itu lembut. Ash mengira harga mengikut pasaran Malaysia menggunakan otak.

"Do you have something more expensive?" Tanya Adam. Cincin untuk Ash tak boleh semurah ini.

Ash tercengang. Nak mahal macam mana lagi, Adam! Itu je dah RM32900!

"This is the most expensive, sir," balas pelayan itu.

"Kita cari kedai lain lah. Tak ada yang lebih RM 150000 lah," kata Adam. Ash menggeleng laju.

"Tak payah lah, Adam. Ni pon dah okay," kata Ash.

"Okay? Gelang kau tu je dah RM140000, Ash. Tak akan aku nak beli cincin semurah tu," balas Adam. Ash terus memegang gelang di pergelangan tangan. Uish, mahalnya! Boleh beli Honda Civic sebiji.

"Tapi aku suka tu," kata Ash lalu mencebik. Wah, Ash. Keluar dah perangai lama tu.

"Okay, kita beli." Adam mengalah.

"Okay, this. Size 6," kata Adam kepada pelayan itu.

Pelayan itu terus mengambil cincin yang bernama 18ct White Gold Diamond Solitaire Engagement Ring. Fuh, nama. Merecik!

"Let me buy you a ring too," kata Ash. Adam menggeleng perlahan.

"Tak payah. I love this." Adam menunjukkam cincin Tiffany and Co yang diberikan Ash lapan tahun lalu.

"Dah lama sangat lah, Adam," balas Ash.

"Lama lagi berharga dari yang baru. Drop the subject," kata Adam. Ash mencebik. Ikut lah kepala titanium dia ni.

Selepas membuat pembayaran, mereka keluar dari kedai itu. Adam menelefoni Amer.

"Dekat mana?" Tanya Adam kepada Amer.

Tyara University ✔Where stories live. Discover now