Bab 5

5.7K 329 21
                                    

Afiq dan Amer memeluk tubuh di hadapan pintu rumah. Adam yang baru pulang memandang kedua mereka pelik.

"Dah kenapa?" Tanya Adam seraya membuka kasutnya.

"Kau ada rahsiakan sesuatu?" Tanya Amer serius.

"Tepi sikit." Adam tidak jawab malah menolak Afiq sedikit dan masuk ke dalam.

"Kau curang dengan Ash?" Tanya Afiq membuatkan langkah Adam terhenti. Dia melepaskan keluhan.

"Apa kau mengarut ni?" Tanya Adam lalu memusingkan dirinya menghadap Amer dan Afiq.

"Kenapa kau macam makin jauh dari kita orang. Kau macam banyak rahsia. Kenapa, Adam?" Tanya Amer. Dia sedih bila Adam jadi begini.

"Aku tak rasa macam tu. Kau orang je yang fikir bukan-bukan," nafi Adam. Dia masih belum sedia mahu memberitahu rahsia yang satu itu.

"Kau buat apa kat apartment putih tu?" Tanya Afiq. Adam pandang Afiq tajam.

"Sampai ke sana kau stalk aku? Hebat," kata Adam sinis. Afiq dan Amer telan liur.

"Siapa perempuan rambut blonde tu?" Tanya Afiq berani. Adam nak marah, marah lah.

"Kau nak tau sangat dia siapa kan? Tunggu event. She will come," balas Adam lalu masuk ke dalam biliknya.

Dia duduk di meja studi. Kalender yang berada di meja studi itu dikerling. Dia mengeluh. Masa mencemburuinya. Masa tidak menunggunya. Tarikh yang dibulat menggunakan marker merah direnung lama.

Lagi 2 bulan. 2 bulan masa untuk dia mengalah dengan Ash. 2 bulan tiba masanya. 2 bulan bukannya lama. Sekejap sangat. Sedangkan 7 tahun masih tidak ketemu Ash, lagikan dalam masa 2 bulan. Seperti mustahil.

Tiada yang mustahil dalam dunia ni, Adam. Kun faya kun. Adam mengeluh. Lagi sebulan akan adanya peperiksaan akhir untuk peringkat master sebelum mereka pulang ke tanah air.

Kalender dipandang lagi. Jangka masa 2 bulan itu bermain dalam fikirannya. Patut dia beritahu mereka sekarang atau 2 bulan lagi. Kerana 2 bulan akan datang mereka akan tahu juga. Mereka akan tahu kenapa dia ke apartment putih itu. Siapa wanita berambut blonde.

Tetapi dia sudah penat untuk berjumpa secara sembunyi. Kan bagus kalau dia boleh pergi dengan aman. Tidak perlu berahsia. Tapi, dirinya tidak sedia. Charlotte, wanita berambut blonde itu selalu mengatakan kalau tidak bersedia, tak usah beritahu. The day will come anyway.

Adam sambung membuat kerjanya. Event semakin hampir, exam juga mendatang. Macam-macam benda kena fikir.

💞💞💞💞💞

"Kau tidur je lah, Dam. Semalaman kau tak rehat semalam. Sejam pon jadi lah. Nanti aku kejut," kata Afiq lalu menepuk bahu Adam.

Orang yang menghadiri event ini semakin berkurangan. Adam pula yang bertugas sebagai pengurus majlis, bekerja tanpa henti. Hari esok pon ada lagi. Lusa pon ada lagi. Event ini dijalankan untuk 3 hari.

"Mana boleh. Etiquette, Fiq," balas Adam.

"Aku cakap benda betul." Afiq mencebik. Keras kepala. Nak ikut dia je.

"Amer mana? Suruh dia belikan aku milk tea," arah Adam.

"Tandas kot. Aku je lah pergi," balas Afiq kemudian berlalu.

Adam meletakkan kepala di atas meja. Belakang kepalanya terasa berdenyut. Dengan menggunakan tangan kiri, Adam memegang belakang kepalanya.

"Kau kenapa?" Tegur Amer. Adam lantas duduk tegak.

"Tak ada apa. Sakit kepala sikit," balas Adam. Amer berkerut.

"Banyak sangat kerja?" Tanya Amer.

Tyara University ✔Where stories live. Discover now