Zero

1.3K 148 34
                                    

"Kamsahamnida, doktor" ucap Jinyoung dan dia tunduk tanda terima kasih. Akhirnya Jinyoung dibenarkan keluar dari hospital tersebut, atas permohonan Yoojang. Yoojang mengangguk faham.

"Jaga diri elok-elok, ya?" Kata Yoojang. Jinyoung tersenyum dan mengangguk. Setelah beberapa ketika, akhirnya Jinyoung menaiki teksi dan berlalu pergi dari hospital tersebut.

"Nak ke mana, sir?" tanya pemandu teksi itu. Jinyoung diam seketika, memandang jam di dalam kereta itu.

3:56.

Jinyoung terdiam, dan dalam kepalanya mula mengira. Melihat Jinyoung yang masih diam, pemandu teksi itu mengulang soalannya.

"Sir? Nak saya hantar sir ke mana?" tanya pemandu itu lagi. Jinyoung diam seketika lagi.

"Seoul National Cemetery" kata Jinyoung. Pemandu teksi itu agak terkejut tetapi dengan pantas dia mengangguk dan bergerak ke tempat yang dituju.

***

Jinyoung akhirnya tiba di sebuah kubur di mana terdapat nama Jaebum. Air mata Jinyoung terbentuk dan dia melihat nama-nama yang ada di sebelah kubur Jaebum.

Got7.

Jinyoung jatuh melutut, tangisannya mula bersilih ganti dengan sedu-sedan. Dia menyentuh batu nisan Jaebum dan hatinya bertambah sakit membuatkan dia mula meraung kecil.

Menyesal. Dia merasakan bahawa dia yang membunuh Got7 kerana dia tak mampu berbuat apa-apa ketika mereka kemalangan setahun lepas. Raungan Jinyoung sangat teruk sehinggalah ada satu tangan menyentuh bahunya. Dia mendongak dengan matanya yang teramat merah, sembab. Nafasnya tersekat-sekat kerana sedu-sedan.

"Aiga (Child), kenapa kamu menangis macam ni?" tanya makcik yang bekerja di situ dengan suaranya yang agak bergetar, cuba menahan tangisan sendiri. Mendengar suara makcik yang menahan sebak itu membuatkan Jinyoung menangis lebih teruk. Dia terus berdiri dan memeluk makcik tersebut dengan erat sambil melepaskan segala raungan.

"Ahjumma..." panggil Jinyoung dalam raungannya membuatkan makcik itu terus melepaskan air matanya. Dia turut memeluk Jinyoung. Jinyoung terbatuk-batuk beberapa kali sebelum menangis dengan teruk lagi. Teramat teruk.

"Ahjumma...I can't hold with this....I'm too weak..." kata Jinyoung dalam tangisannya.  Makcik itu mula menangis dengan agak teruk. Jinyoung kemudian menggelengkan kepala beberapa kali, tak larat nak menahan tangisannya lagi.

"I give up..." katanya perlahan.

"Just let me die..." bisik Jinyoung dan dia memejamkan mata serapat mungkin, cuba hentikan air matanya yang mengalir deras.

***

Jinyoung kini berada di sebuah bangunan kosong, di mana dia berdiri betul-betul di hujung bumbung bangunan itu, di atas tembok keselamatan bumbung itu. Dia melihat ke bawah, menyaksikan betapa tingginya tempat dia berada dengan laluan pejalan kaki di bawah. Dia melihat jam di tangan.

4:57.

Jinyoung kemudian pandang ke hadapan, mukanya yang walaupun kelihatan putus asa itu, masih lagi kelihatan tekad. Dia melepaskan keluhan kecil dan dia mula menutup mata.

Dah genap setahun aku hidup tanpa korang.

Aku dah tak mampu.

It's seven or never. Seven or nothing.

Got7, I'm coming.

Dia merebahkan tubuhnya dari bumbung bangunan itu.

Gumawo. Mianhae. Saranghae. Got7.

Pergelangan tangannya dipegang.

Jinyoung membuka mata, dan dia perasan ada seseorang menghalangnya dari jatuh di tarik graviti. Dia agak keliru, lantas dia menoleh untuk melihat orang tersebut. Sejurus itu dia agak terkejut melihat orang yang berdiri di bawah tembok keselamatan tempat dia berada itu.

"Apa kau buat ni?" tanya Jackson, lalu tersenyum manis. Kelihatan Yugyeom di sebelah Jackson sedang tersenyum memandang langit. Jinyoung masih lagi keliru sehinggalah dia terdengar suara lain.

"Look. Awan tu macam kapal terbang"

Jinyoung menoleh ke kiri, dan dia ternampak Mark bersama Youngjae duduk bersebelahan di atas tembok keselamatan agak jauh daripada sebelah kirinya, sedang melihat awan dan ketawa kecil.

"Don't worry, I got you"

Satu lagi suara datang dari sebelah kiri Jinyoung dan dia menoleh, menampakkan Jaebum sedang memimpin Bambam yang cuba berjalan di atas tembok tersebut. Jinyoung terdiam, dia tak tahu apa yang patut dia percayakan.

Jackson kemudian menariknya membuatkan dia turun daripada tembok itu. Yang lain mula menghampiri dia, Jackson dan Yugyeom. Jinyoung masih tak percaya apa yang berlaku membuatkan dia menatap seorang demi seorang ahli kumpulannya itu.

"Kenapa ni? Jumpa hyung macam sebelum ni hyung hilang je" kata Mark dan dia ketawa kecil. Jackson mengangguk setuju.

"Kenapa macam dah tujuh puluh tahun tak jumpa kitorang?" tanya Jackson pula dan dia ketawa sendiri. Yugyeom juga ketawa mendengarnya. Jinyoung memandang Yugyeom dan Yugyeon tidak berkata apa-apa melainkan tersenyum manis.

"Korang pergi mana selama ni?" tanya Jinyoung perlahan, dan nadanya seakan hendak nangis apabila air matanya mula terbentuk. Jaebum ketawa kecil.

"Jinyoung, hyung tak pergi mana-mana pun lah" kata Jaebum tenang. Jinyoung tak dapat tahan diri lantas menangis dan dia memeluk semua kawan baiknya itu.

"Got7, I miss you guys so much.." kata Jinyoung dalam tangisannya. Youngjae yang berada paling hampir dengan Jinyoung lantas mengusap belakang abangnya itu.

"Hyung, jangan risau" pujuk Youngjae, nadanya sangat menenangkan.

"Kitorang ada dengan hyung okay?"

Kitorang.

Jinyoung akhirnya tersenyum, segala rasa rindunya terubat dan dia berasa tenang. Mereka kekal begitu sebelum mereka melepaskan pelukan. Jinyoung ketawa kecil sambil mengelap air matanya.

"Crybaby" ejek Yugyeom perlahan dan mereka ketawa kecil manakala Jinyoung menolak sedikit Yugyeom tanda tidak puas hati.

"Dah lah. Jom" kata Jaebum dan semua memandangnya. Dia tersenyum penuh makna. "Let's have a vacation" kata Jaebum.

"Woahhhh!!" jerit maknae line bersama Jackson dan mereka ketawa lagi. Lantas Jackson memeluk tengkuk Jinyoung dan mereka jalan bersama sambil mulut mula berkata tanpa henti bersiluh ganti dengan ketawa.

"Bam, kau jangan jerit lagi! Sakit telinga aku, tahu tak?"

"Alaa, aku excited je kan?!"

"At least nak jerit pun tak payahlah voice crack"

"Jaebum hyung! Bam bukan vocalist!"

Mark tersenyum melihat enam ahli kumpulannya itu bergelak ketawa. Hanya dia yang masih berada di tempat asal tanpa berganjak dan dia kemudian memandang ke bawah bangunan tersebut. Melihat ramai orang berkerumun di bawah bangunan itu dan kecoh melihat tubuh Jinyoung yang berlumuran darah membuatkan Mark tersenyum lagi.

"Hyung?"

Mark menoleh, melihat Jinyoung memegang tangannya. Jinyoung kelihatan keliru. "Hyung tengok apa?" Jinyoung cuba melihat apa yang Mark lihat sebentar tadi tetapi Mark menghalangnya.

"Nope! Nothing" kata Mark membuatkan Jinyoung memandangnya. Dia tersenyum manis.

"Welcome back, Jinyoung" kata Mark. Jinyoung mengukir senyuman.

"Yah! Cepatlah!"

Jinyoung dan Mark menoleh, memandang ahli kumpulan mereka yang lain yang sedang memandang mereka. Mereka ketawa kecil.

"Ya, ya! Kitorang datang ni!" jerit Jinyoung. Dia menggeleng kepala kemudian dia memandang Mark. Tangan Mark dipegang erat. "Jom, hyung" kata Jinyoung. Mark tersenyum.

"Jom" kata Mark. Mereka berdua ketawa kecil sebelum Jinyoung menarik Mark berlari anak ke arah Got7 yang lain.

THE END

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now