One

2.2K 215 26
                                    

Iyu eopsi haetdeon sarang,

ijen nareul tteonagane.

Itjyeojineun uri gieok,

ijeneun naega chueokhalge.

Neowa hamkke haetdeon sigani,

sojunghadaneun geol kkaedarasseo.

Nae sarang sarang,

ije nal tteonagane.

"Yeayyyyy!! Holiday!!! Hong Kong here we come!!!" jerit Bambam dengan excited di dalam van got7 itu. Yugyeom yang disebelahnya hanya menekup telinga kerana jeritan dengan volume luar biasa milik Bambam itu dan Yugyeom menjelingnya. Yang lain kecuali Jackson hanya senyum manakala Jinyoung dan Youngjae turut menjerit 'Yeay' selepas itu.

"Mama Wang dah tahu kita nak balik, kan?" tanya Jinyoung yang duduk di tengah-tengah antara Mark dan Jackson. Dia dan Mark menoleh ke arah Jackson yang memandang ke luar tingkap. Semua menunggu jawapan tetapi senyap, Jackson tidak membalas apa-apa. Dia hanya menongkat dagu sambil memandang ke luar tingkap. Jaebum yang memandu turut memandang ke cermin pandang belakang untuk melihat reaksi Jackson selepas menunggu jawapan terlalu lama.

"Ka Yee hyung??" panggil Youngjae yang duduk di sebelah tempat duduk Jaebum. Dia tidak dapat melihat reaksi Jackson kerana Jackson berada di belakangnya. Jackson masih tak menjawab.

"Jackson-ah" Jinyoung menyentuh peha Jackson membuatkan Jackson tersentak. Jackson terus memandang Jinyoung dan sekali gus, Mark.

"Uhh? Oh, korang tanya apa? Sorry, aku--"

"Jackson, are you alright?" tanya Mark berbahasa Inggeris, memotong kata-kata Jackson. Jackson terdiam, memandang tepat ke dalam mata Mark sebelum memandang ke mata Jinyoung. Suasana hening berlaku seketika.

Jackson mengambil masa sebelum mengangguk dan kembali memandang luar dan bersandar, membuat seorang pun tak dapat melihat reaksinya. Mark dan Jinyoung memandang satu sama lain sebelum menjongketkan bahu, menandakan mereka langsung tak tahu apa yang berlaku. Mereka memandang Jackson semula.

"Jackson-ah" panggil Jinyoung, cuba untuk membuat Jackson memandangnya. Sebaliknya Jackson mencucuk earphone yang memang tersangkut di tengkuknya ke dalam lubang telinganya, tanpa menoleh ke arah mereka langsung.

Mark yang tak tahan terus menarik bahu Jackson, memaksa Jackson menoleh ke arah mereka. Jackson terus memandang mereka tajam dan earphonenya jatuh tergantung semula. Mark dan Jinyoung membesarkan mata, terkejut...

Mata Jackson mengalirkan cecair lutsinar.

Jackson memandang dengan reaksi menahan marah. Dia langsung tidak melakukan pergerakan untuk mengelap air matanya yang berguguran deras.

"Jack--"

"Go" Jackson memotong kata-kata Jinyoung. Jinyoung terdiam mendengar suara Jackson yang bergetar.

"Go. Don't talk to me" kata Jackson berbahasa inggeris lagi dan dia memandang keluar sambil memasang earphone dengan kasar.

Jinyoung memandang Mark, menunjukkan reaksi risaunya terhadap Jackson. Mark hanya tersenyum lemah dan dia turut memandang ke luar tingkap.

Dan air mata Mark mengalir.

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum