Ten

1.4K 160 16
                                    

Jinyoung perasan yang Youngjae dan Bambam tiada di meja makan sewaktu malam itu. Walaupun mereka bergaduh, tetapi mereka tetap makan bersama. Dah jadi kebiasaan untuk mereka walaupun masing-masing menarik muka.

Jinyoung memandang Yugyeom yang sedang mengagihkan chopstick. "Gyeommie, tolong hyung panggilkan Bambam dengan Youngjae" Jinyoung meminta bantuan dan Yugyeom memandangnya dengan reaksi terkejut.

Jinyoung faham dengan pandangan Yugyeom. Yugyeom takut Jaebum akan mulakan pergaduhan dengan dia. Dia takut juga perkara itu berlaku, tetapi dia tetap mengangguk ke arah Yugyeom, menunjukkan yang dia yakin dengan arahannya.

Yugyeom sempat memandang Jaebum yang duduk memandang mangkuk kosongnya itu sebelum dia berlalu ke bilik Youngjae. Sejurus pintu bilik Youngjae tertutup semula, Jaebum memandang Jinyoung yang sibuk menyusun lauk.

"Jinyoung-ah" panggil Jaebum perlahan dan Jinyoung memandangnya saat tangannya berhenti bekerja. Jaebum terus mengalihkan pandangan dari bertentang mata dengan Jinyoung. Dia kembali tunduk memandang mangkuk.

"Mian" sebut Jaebum perlahan membuatkan Jinyoung tersentak. Air mata Jinyoung terus terbentuk pantas. Jaebum semakim tunduk, kini memandang pehanya yang hampir di halang oleh meja.

"Kalau memang hyung yang buat Jackson bunuh diri....mianhae. Hyung tak berniat" kata Jaebum lagi, suaranya kian bergetar kerana sebak. Air mata Jinyoung gugur tanpa berkelip memandang Jaebum.

Jinyoung terdengar bunyi pintu bilik Youngjae terbuka membuatkan dia terus berpaling muka membelakangi Yugyeom yang keluar dari bilik itu.

Yugyeom dapat mengagak yang Jinyoung menangis apabila Jinyoung kelihatan mengelap matanya di balik muka yang dipalingkan itu. Yugyeom mengalih pandangan dan dia memandang Jaebum yang sedang tunduk itu dengan tajam. Dia menjeling Jaebum dan dia masuk ke dalam biliknya yang dikongsi dengan Bambam.

"Bam?" panggil Yugyeom perlahan dan kemudian dia terdengar bunyi sedu-sedan yang perlahan dari dalam selimut milik Bambam.

Bambam keluar dari selubung diri sebelum dia berdiri dan dia terus memeluk Yugyeom membuatkan Yugyeom agak terkejut melihat Bambam yang menangis sangat teruk.

"Bam--"

"Apa kita patut buat, Gyeom?" Bambam memotong kata-kata Yugyeom membuatkan Yugyeom terdiam. Bambam cuba mengawal tangisannya sebelum menyambung.

"Satu demi satu hyung kita pergi. Apa yang kita kena buat? Patut ke kita...ikut diorang? Patut ke kita putuskan 'rantai' ni? Apa tindakan yang perlu kita buat? Terus menangis tengok pemergian sorang demi sorang? Atau... teruskan hidup macam tak ada apa berlaku?" luah Bambam sebelum dia memejamkan matanya serapat mungkin, membiarkan air matanya jatuh semakin deras. Yugyeom hanya diam, fikir semula apa yang telah Bambam cakap, sebelum dia mengangguk setuju.

"Betul" balas Yugyeom. Air matanya dengan perlahan, memenuhi kelopak matanya dan dia menggigit bibir bawahnya untuk menahan sedu-sedan yang hampir terbit.

"Apa yang kita nak buat?"

***

Youngjae keluar dari biliknya dan dia kelihatan tercari-cari sesuatu. Dia membuka pintu bilik YugBam dan ternampak Bambam sedang membaca buku di katilnya. Bambam memandang Youngjae.

"Oh, Youngjae hyung. Wae?" tanya Bambam dengan suaranya sedikit serak.

"Yugyeom mana?" tanya Youngjae dan Bambam terdiam seketika sebelum menjawab. "Dia kata nak pergi balik Namyangju hari ni, kan?" Bambam mencari kepastian dan Youngjae diam, berfikir sesuatu.

***

4:59. Yugyeom menyimpan telefonnya di dalam poket selepas melihat jam. Dia melepaskan keluhan dan memandang persekitaran stesen kereta api yang lengang itu. Agak keliru Yugyeom dibuatnya kerana tiada sesiapa yang mahu menaiki kereta api bawah tanah itu pada petang tersebut. Tetapi bagus juga, kerana dia memang nak masa bersendirian lagi.

Memang menjadi kebiasaan yang dia akan berseorangan bila dia hendak pulang ke kampung halamannya. Bukan kerana stesen kereta api itu kosong, tetapi kerana abang-abangnya yang lain tidak menemaninya di situ. Jadi dia tak kisah.

Yugyeom menoleh ke kiri sebaik sahaja dia terdengar bunyi kereta api yang hampir tiba ke stesen. Dia berdiri dan menghampiri garisan kuning keselamatan yang berada di sisi lorong landasan. Bunyi kereta api kedengaran semakin hampir.

"Pom!" sergah Jackson sambil menepuk bahu Yugyeom membuatkan Yugyeom tersentak terkejut. Yugyeom menoleh dan dia terlihat enam lagi ahli kumpulannya ketawa membuatkan dia turut tergelak kecil.

"Terkejut Gyeom!" marah Yugyeom tak serupa marah. "Korang buat apa dekat sini?" tanyanya lagi. Youngjae memeluk tubuh dan mulutnya dimuncungkan.

"Eh, nak hantar adik sendiri naik kereta api pun tak boleh ke?" kata Youngjae protes membuatkan Yugyeom ketawa kecil.

"Entah. Bukan selalu, tau kitorang lari dari schedule" kata Bambam pula menjadikan Yugyeom terkejut dan ketawa lagi. Lari dari schedule? Seriously?

"Yang Gyeom ni" kata Jinyoung dan Yugyeom toleh ke arahnya, wajah Jinyoung menunjukkan reaksi risau bercampur marah. "Memang sengaja nak bagi kitorang mati sebab rindukan Gyeom ke?" kata Jinyoung berkias membuatkan Yugyeom mengerutkan dahi sikit.

"Yup. Seronok sangat ke berdiri atas line kuning tu? Tak sabar nak mati jatuh atas landasan tu, eh?" marah Jaebum selamba menyentakkan Yugyeom dan dengan pantas Yugyeom menjauhkan diri dari garisan kuning itu. Yang lain terus ketawa melihat response spontan Yugyeom termasuk Jaebum yang ketawa kecil.

"Jaebum betul. Even though Gyeom ni Yu-Brownie, tak bermakna Gyeom tak boleh faham hangul" sambung Mark berseloroh membuatkan mereka semua ketawa berdekah-dekah.

"Woahhhh Mark hyung's joke of the year!" sampuk Jackson dan mereka ketawa lagi.

Yugyeom yang sedang tunduk itu hanya tersenyum paksa sambil air matanya menitis ke atas garisan kuning, tempat dia berdiri. Dia sekali lagi melepaskan nafas berat pada masa yang sama cahaya daripada lampu kereta api sudah pun terlihat.

Hyung, thank you for taking a good care of me.

But I should not be in your care list anymore.

Hyung, good luck in the future.

Dan dia menjatuhkan diri ke dalam landasan itu.

Gyeom minta maaf, Got7. Gyeom sayang hyung.

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now