Six

1.5K 169 8
                                    

Mark mengemas barangnya di dalam bilik, bersedia untuk keluar dari situ. Dia mengemas semua. Semua yang berkaitan dengan dia. Kalau boleh dia tak nak satu benda pun tertinggal.

Dengan membawa dua bagasi keluar dari bilik, satu disandang dan satu ditarik, dia menutup pintu bilik sebelum menoleh dan dia terserempak dengan ahli got7 yang lain. Mereka menatap mata untuk seketika.

Mark terkesima, tak tahu apa patut dia buat. Mereka yang lain memandang Mark dengan reaksi sedih termasuk Jackson yang sudah pulang dari penggambaran, mereka sangat berharap agar Mark bertukar fikiran. Tapi Mark tak memandang mereka. Yang Mark pandang ialah...

Jaebum.

Jaebum yang berada di belakang sekali dari kelompok itu, memandang Mark tajam dengan penuh kebencian. Seolah-olah dia memang bencikan Mark sejak dulu. Mark walau bagaimanapun rasa sakit. Mata Jaebum menyakitkan dia. Lebih menyakitkan apabila...

Mata Jaebum mengalirkan cecair jernih, deras.

Jaebum menjeling sebelum berlalu ke dalam biliknya. Mark terdiam, matanya mengikut gerak Jaebum sehingga Jaebum hilang dari pandangan. Kemudian dia beransur tunduk sebelum bertindak untuk keluar dari dorm itu. Dia tak boleh tahan lagi berada di situ. Jika dia di situ lebih lama, dia mesti akan mengalirkan air mata.

Baru sahaja dia hendak keluar, tiba-tiba seseorang memegang pergelangan tangannya, membuatkan dia berhenti. Dia menoleh dan ternampak Youngjae yang begitu hampir dengannya, menatap matanya dengan mata yang merah, basah dengan cecair lutsinar. Youngjae menggetap bibir, cuba menahan dirinya dari tersedu-sedu.

"H--hyung. J--janganlah pergi" kata Youngjae tergagap-gagap, cuba mengawal suaranya sebelum dia tidak lagi dapat menahan tangisan lalu dia melepaskan tangisannya dengan teruk. Mark diam, air mata mula membentuk pada kelopak matanya. Youngjae menangis dengan teruk dan dia memegang tangan Mark dengan sangat erat.

"Y--youngjae tak nak hyung pergi" katanya lagi dalam sedu-sedannya. Melihat Youngjae yang begitu menyedihkan, air mata Mark terus mengalir deras. Youngjae kemudian mengangkat tangannya paras dada, seolah-olah berikrar.

"Youngjae takkan bangun lambat lagi Youngjae janji!! Kalau hyung nak, Youngjae akan stop makan banyak! Anything! Promise!!" katanya sambil mengangguk-angguk sebelum kembali memegang tangan Mark. "Just jangan pergi hyung...tu je yang Youngjae nak...please..." dia menggoncang tangan Mark dan menangis lebih teruk. Mark memandangnya sambil menangis, tapi dia masih mengawal reaksinya, tidak memberikan apa-apa response.

"Mianhae"

Mark menyentap tangannya dari pegangan Youngjae dan bergerak keluar. Youngjae hendak menahan Mark tetapi tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang, membuatkan dia tidak dapat bergerak. Perfume ni... Dia tahu siapa yang memeluknya pada masa itu.

"Jinyoung hyung, lepaskan Youngjae!! Hentikan Mark hyung!!! Jinyoung hyung please!! Korang!! Suruh Mark hyung stop!!! Mark hyung tak boleh pergi" Youngjae meraung-raung dan dia terduduk di lantai, terlalu lemah untuk berdiri. Jinyoung yang memeluknya turut terjatuh ke lantai dan dia turut menangis teresak-esak.

Bambam yang tak dapat tahan dengan semua itu lantas berlalu ke biliknya. Yugyeom pula dalam dakapan Jackson, menangis dengan sangat teruk.

"I'm done... I'm done with this..." kata Yugyeom seolah berbisik. Dia dah berasa sangat penat, menangis berkali-kali pada tempoh masa yang sama. Dia tak larat. Jackson hanya memandang keluar dorm dengan air mata yang tak berhenti-henti mengalir. Sakit. Sangat sakit sehingga dia rasa tak larat nak jadi pathetic lagi. Dia dah letih menangis tanpa henti.

If that what you want, hyung...

Then just do it.

***

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang