Eleven

1.5K 173 27
                                    

Bambam, Jinyoung, Jaebum dan Youngjae duduk di atas sebuah bangku yang sama di sebuah taman, berdekatan dengan tempat abu mayat Yugyeom disimpan. Bambam masih menangis, tangannya tak lari dari mencengkam dadanya.

Youngjae juga menangis, tetapi dia tak menunjukkan. Dia hanya mengawal reaksi muka, mengelap air matanya bila cecair itu hampir jatuh ke pipinya. Jinyoung bersandar lemah, matanya memandang kasut walaupun kabur kerana air mata yang bertakung menghalang pandangannya.

"Mianhaeyo, Bambam yang salah" kata Bambam dalam sedu-sedannya membuatkan semua memandangnya. Dia memandang ke ribanya, tangan kanannya masih mencengkam dada kirinya. Air matanya mengalir dengan sangat laju.

"Bam tanya dia....apa yang kitorang patut buat? Tak sangka yang dia... dia.." nafas Bambam tersekat membuatkan kata-katanya terhenti. Matanya dipejam rapat, mulutnya diketap dari meraung lagi.

Jinyoung mengalihkan pandangan kepada kasutnya semula. Air matanya kemudian mengalir serentak dengan dia ketawa kecil.

"Kim Yugyeom. Susah betul nak dengar cakap hyung" kata Jinyoung dan dia ketawa lagi, tetapi pada masa yang sama, air matanya mula mengalir deras.

Jaebum memandang Bambam sebelum dia mengalih pandangan pada Jinyoung. Kemudian dia menoleh pada Youngjae yang hanya senyap memandang langit. Dia mengeluh dan tunduk ke kasutnya.

"So, what's next?" tanya Jaebum membuatkan tiga yang lain memandangnya dengan reaksi keliru. Jaebum tahu yang dia diperhati tetapi matanya tetap terpaku pada kasut hitamnya.

"Mark dah tak ada. Jackson dan tak ada. Yugyeom dah tak ada" kata Jaebum sebelum ketawa kecil. "Entah apa yang akan berlaku seterusnya" sambungnya. Semua diam mendengar kata-kata Jaebum dan kemudian Bambam mengangkat kepala, memandang langit.

"Best ke tinggal dekat 'atas'?" tanya Bambam, tak lagi menangis dengan teruk. Youngjae turut memandang langit dan diikuti Jaebum. Mereka memandang awan putih yang bergerak perlahan melepasi taman itu.

"Entahlah" jawab Youngjae dan keluhan berat dilepaskan. Mereka terus-terusan memandang langit tanpa mereka perasan yang Jinyoung memandang ke arah hujung taman, di mana dia ternampak Yugyeom sedang mengutip sekuntum bunga di atas tanah. Air mata Jinyoung terbentuk pantas.

Stupid, Yugyeommie. Kenapa Gyeom buat macam tu?

Yugyeom memandang bunga yang dikutipnya sebelum dia memandang Jinyoung yang merenungnya dari jauh. Senyuman manis dilemparkan kepada Jinyoung dan serentak dengan itu, bunga tersebut terbang mengikut angin, naik ke udara.

Jinyoung memandang bunga itu yang semakin tinggi ke langit sebelum dia kembali menoleh, Yugyeom tiada lagi di situ. Air mata Jinyoung mengalir tanpa dia tersedu-sedan.

***

"Yu...Yugyeom-ah.."

"Hyung?"

Jaebum duduk dari posisi baringnya di atas katil apabila dia terdengar pintu biliknya terbuka dan Jinyoung menjengah ke dalam. Jaebum hakikatnya agak mengantuk, tetapi dia tetap tersenyum memandang Jinyoung.

"Ada apa?" tanya Jaebum, bernada perlahan. Jinyoung kelihatan ragu-ragu.

"May I come in?" tanya Jinyoung. Jaebum segera mengangguk dan Jinyoung melangkah masuk. Jinyoung duduk di sebelah Jaebum, dan Jaebum perasan yang Jinyoung agak pucat.

"Nyoung okay?" tanya Jaebum. Jinyoung menggeleng perlahan.

"Perkara ni terlalu cepat" kata Jinyoung seakan berbisik, mata memandang pehanya sendiri. Jaebum mengeluh kecil sebelum mengusap belakang Jinyoung.

"Nyoung terkejut?" tanya Jaebum, suara masih dikekalkan tenang dan Jinyoung menggeleng lagi.

"Nyoung takut" kata Jinyoung sebelum dia mengangkat muka, memandang Jaebum dengan matanya yang nampal takut.

"Hyung dapat tidur dengan tenang ke selepas semua perkara ni berlaku?" tanya Jinyoung. Jaebum terdiam seketika sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah gambar Got7 yang terpaku di dinding.

"Entahlah" jawab Jaebum.

Did I sleep well? Or did I just close my eyes?

***

Jaebum berjalan seorang diri di bandar dengan earphonenya muat memasuki lubang telinga. Fikirannya melayang ke dalam lagu yang didengar dan dia langsung tak pedulikan keadaan sesak di sekeliling.

Dia kemudian berhenti di lintasan belang, menunggu lampu isyarat pejalan kaki untuk bertukar hijau. Pada saat itu, lagu yang didengarnya bertukar menjadi lagu Got7 - Farewell.

Dia mendengar lagu itu dengan penuh penghayatan, walaupun mukanya kelihatan tak ada perasaan dan dia melepaskan keluhan perlahan. Tiba-tiba dia mendapat satu aura membuatkan dia menoleh ke belakang.

Jaebum ternampak ahli Got7 yang lain berdiri agak jauh di belakangnya dan berdekah ketawa membuatkan Jaebum tersenyum sambil membuka earphone yang dipakainya. Dengan masih ada ketawa berbaki di mulut, Jackson menghampiri Jaebum baru diikuti ahli kumpulannya yang lain.

"Eyy hyung! Kitorang dah cakap banyak kali, jangan dengar earphone waktu berjalan" kata Jackson dan dia terus memeluk Jaebum yang berasa agak malu.

"Korang ikut hyung dari dorm ke?" tanya Jaebum dan Youngjae mengangguk pantas. Jaebum kemudian melepaskan tawanya menyebabkan yang lain ketawa lagi.

"Kitorang banyak kali panggil hyung tapi hyung jalan je" kata Bambam pula.

"Maja. Kitorang jerit 'Jaebum-ah! Jaebum hyung! Im Jaebum!' tapi Jae just" Mark berhentikan kata-katanya di situ dan dia menunjukkan imitation terhadap Jaebum yang sedang berjalan. Mereka ketawa lagi melihat Mark.

"Aigoo korang ni. Buat apa ikut hyung?" kata Jaebum seakan marah tetapi nadanya berbunyi agak main-main.

"Salah ke? Got7 kan memang together forever" kata Youngjae dan semua membuat bunyi 'woah' yang panjang apabila mendengar Youngjae berbahasa Inggeris. Youngjae terus ketawa kuat.

"Araseo. Kalau macam tu jom ikut hyung" kata Jaebum dan mereka menjerit 'yeay' penuh riang.

"Uri leader is the best!" puji Jinyoung.

"Let's be together forever!" jerit Yugyeom pula dan mereka ketawa melihat kecomelan Yugyeom.

Jaebum tergelak kecil dan dia mengelap air matanya yang mengalir jatuh ke pipinya. Dia memandang ke hadapan, menghadap lintasan belang itu sebelum senyumannya kian hilang. Air matanya kembali terbentuk saat dia ternampak ada lori sedang memandu laju dari arah kiri.

Kali ni...

biar leader tak guna ni yang ikut korang.

Got7, stay together.

Forever.

Dan Jaebum melintas tanpa menunggu lampu bertukar hijau.

Mianhae, Got7. Saranghae.

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now