Nine

1.5K 158 10
                                    

"J--"

"Jackson..."

Got7 melangkah masuk ke dalam dorm selepas mereka menghantar mayat milik Jackson ke lapangan terbang untuk dibawa ke Hong Kong. Pagi tadi mereka digemparkan dengan penemuan mayat Jackson terdampar di tepi pantai, disyaki bunuh diri. Got7 terus dipanggil ke entertainment dan CEO telah memberikan mereka cuti sementara pihak syarikat menguruskan hal ini dengan pihak media.

Jaebum masuk ke dalam dorm dahulu dan dia melangkah laju untuk ke dalam bilik. Belum sempat dia masuk lagi, Jinyoung melangkah lebih laju ke arahnya dengan reaksi bengang dan dia menarik bahu Jaebum membuatkan dia menoleh.

"Puas hati?" tanya Jinyoung, mula menggenggam penumbuk. Jaebum memandangnya dengan muka yang ditarik. Moody.

"Apa Jinyoung merepek--"

"Tuang minyak atas api, hyung tahu kata-kata hyung hari tu dah membuatkan Jackson yang terfikir untuk bunuh diri determined untuk terjun dari cerun tu. Apa yang hyung maksudkan Jinyoung merepek?" Jinyoung mencelah pantas. Jaebum mula menggenggam penumbuk sepertinya.

"Then apa yang Jinyoung nak? Nak hyung bagi nyawa dia balik?" balas Jaebum, cuba mengawal suara. Maknae line di hadapan pintu masuk hanya senyap, tak tahu nak buat apa. Jinyoung tergelak kecil dahulu sebelum dia kembali serious, memandang tajam mata milik Jaebum.

"Tak rasa bersalah ke? Kau dah buat orang yang perlukan sokongan kau, bunuh diri" kata Jinyoung sebelum dia menggetap bibir, makin bengang. "Kau pembunuh"

Jaebum terus memberikan tumbukan di pipi Jinyoung membuatkan Jinyoung terus jatuh ke lantai ruang tamu itu. Maknae line terkejut dan terus berlari ke arah Jinyoung.

Jinyoung memegang pipinya yang ditumbuk dan dia memandang Jaebum dengan reaksi yang tak percaya. Air matanya terbentuk.

"Dalam fikiran kau, aku ni setan ke apa? Dia yang nak pergi mati so stop tunjuk jari macam aku yang hasut dia" kata Jaebum, masih mengawal suara. Yugyeom dan Bambam memandangnya tajam manakala Youngjae menolong Jinyoung untuk berdiri.

"Perlu ke guna bahasa macam tu, hyung?" tanya Yugyeom dan Jaebum mengalihkan pandangan kepada Yugyeom. "Gyeom pula nak cari pasal?"

"Yah, stop gaduh" marah Youngjae dengan nada tenang sambil dia memegang bahu Jinyoung. Jinyoung hanya tunduk.

"Perkara ni takkan tamat kalau korang cederakan satu sama lain" sambung Youngjae lagi, memandang tajam setiap ahli kumpulannya dan Yugyeom meramas rambutnya kasar. Jaebum mendengus.

"Hyung tak pernah terlintas yang Jackson teringin nak bunuh diri. Hyung tak expect dia buat macam tu, macam Mark hyung" kata Jaebum, tangannya tak lagi digenggam dan matanya tepat memandang dalam mata Jinyoung yang kelihatan serbasalah. "Hyung tak nak pun perkara ni terjadi" sambungnya lagi lebih perlahan dan dia terus masuk ke dalam bilik.

Jinyoung tunduk ke tanah, terasa diri itu bersalah kerana bersikap biadap dengan Jaebum. Dia turut berlalu ke biliknya, meninggalkan tiga maknae yang masing-masing senyap. Sebentar kemudian Yugyeom mendengus kasar.

"Kalau aku tahu perkara ni terjadi, dah lama aku tak harapkan kita ni satu kumpulan" Yugyeom bermonolog tetapi didengari Youngjae dan Bambam.

"Yah, Kim Yugyeom. Hyung kata dah, kan?" marah Youngjae tanpa meninggikan suara. Yugyeom menjeling Youngjae sebelum meninggalkan mereka untuk ke biliknya.

"Yugyeom-ah!" Bambam mengekori Yugyeom. Youngjae melihat dua maknae itu pergi dan dia mengeluh berat.

***

Malam itu semua ahli yang tinggal hanya duduk di dalam bilik masing-masing, mengunci diri. Sejak pergaduhan petang tadi, mereka langsung tak bertegur sapa lagi.

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now