Twelve

1.4K 154 27
                                    

"Jaebum hyung..."

Jinyoung mengetuk pintu bilik Bambam hari itu, di mana bilik itu kini dihuni Youngjae dan Bambam kedua-duanya. Tak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam oleh Bambam, dan Jinyoung dapat lihat mata sembab adik lelakinya itu.

"Hey" tegur Jinyoung. Bambam hanya tersenyum sedikit.

"Youngjae mana? Hyung nak bawa korang keluarlah" kata Jinyoung, cuba menceriakan keadaan. Bambam diam seketika sebelum dia membuka pintu lebih luas dan memberi ruang kepada Jinyoung untuk melihat ke dalam. Kelihatan Youngjae sedang tidur sambil memeluk erat sweater merah Adidas milik Jaebum. Jinyoung tersenyum lemah.

Youngjae menerima impak paling kuat apabila mendapat tahu yang Jaebum tiada lagi. Jinyoung turut mendapat kesan yang kuat, tetapi mungkin dirinya sudah cukup dewasa untuk menerima berita itu. Sudah hampir seminggu berlalu, Youngjae selalu menangis tengah-tengah malam ketika dia sedang tidur. Lebih senang dikatakan, Youngjae tak dapat tidur malam.

Jaebum selalu memeluk Youngjae kalau dia takut, mengajar Youngjae jika dia tidak tahu tentang sesuatu dan memberi nasihat kepada Youngjae jika dia gagal melakukan sesuatu. Jaebum seolah-olah memang abang kandung kepadanya jadi dia sangat sakit apabila mendapat tahu tentang kematian Jaebum.

Dua hari lepas, Youngjae menangis lagi tetapi pada masa itu Jinyoung melihat remaja itu memeluk sweater Jaebum. Youngjae menangis sehingga penat dan dia terlelapkan matanya. Seperti magik, sejak itu Youngjae dapat tidur lena dengan sweater Jaebum itu dalam tangannya.

Oleh kerana hampir lima hari Youngjae tidak tidur, dia akhirnya tidur sepanjang hari. Jinyoung tak kisah, kerana dia tahu tidur dapat menghilangkan rasa sedih. Kalau boleh dia pun hendak tidur selamanya.

Tidur selamanya.

"Hyung?" panggilan Bambam membuatkan Jinyoung tersentak dari lamuanan memandang Youngjae. Dia memandang Bambam dan dia dapat lihat Bambam seperti menunggu jawapan daripadanya.

"Apa Bambam cakap?" tanya Jinyoung dan Bambam memandang Jinyoung dengan reaksi keliru untuk seketika.

"Bam tanya hyung nak bawa kitorang pergi mana?" ulang Bambam, muka masih menunjukkan reaksi keliru. Jinyoung terdiam seketika sebelum tersenyum manis.

"Pergi mana-mana pun boleh. Tapi oleh kerana Youngjae tengah tidur, kita pergi berdua jelah" jawab Jinyoung. Bambam tersenyum lemah dan mengangguk faham.

"Bam ambil jacket kejap"

***

Jinyoung berjalan bersebelahan dengan Bambam, masing-masing senyap. Jinyoung dapat lihat air muka Bambam kelihatan lemah membuatkan dia mengeluh kecil. Dia harap sangat dapat menghilangkan reaksi itu.

Mereka berdua jalan dengan kepala tunduk ke kaki masing-masing sehinggalah Jinyoung tiba-tiba terlanggar seseorang membuatkan dia terjatuh. Bambam terus mengambil langkah menolong Jinyoung untuk bangun dan serentak dengan itu mereka memandang ke arah lelaki yang melanggar Jinyoung dan mereka terkejut. Lelaki itu membuka sebelah earphonenya.

"Korang nak pergi mana ni?" tanya Jaebum, menghulurkan tangan kepada Jinyoung untuk bangun. Air mata Bambam terus terbentuk dan dia bertukar pandangan dengan Jinyoung yang turut membentuk air mata.

Jinyoung menyambut tangan Jaebum dan Jaebum menariknya berdiri. Air mata Bambam mengalir, walaupun dia dapat agak yang Jaebum di hadapannya ini hanya imaginasinya. Jinyoung dan Bambam masing-masing senyap memandang Jaebum yang terpinga-pinga.

"Mwohya? Kenapa pandang hyung macam tu? Hyung tanya ni, kan?" kata Jaebum, agak keliru melihat dua ahli kumpulannya itu. Tiba-tiba Bambam terus melangkah pergi melepasi Jaebum tanpa menjawab apa-apa. Tak nak. Dia tak nak dipermainkan oleh imaginasinya lagi. Jaebum memandang Bambam pergi dengan reaksi buntu sebelum dia kembali pandang Jinyoung.

"Nyoung, kenapa--" kata Jaebum terhenti apabila dia terkejut melihat air mata Jinyoung mengalir deras memandangnya. Dia menjadi sedikit panik.

"Nyoung, kenapa ni?" tanya Jaebum. Jinyoung masih tidak menjawab sebaliknya menatap wajah Jaebum yang masih keliru. Sekelip mata Jinyoung terus memeluk Jaebum seerat mungkin membuatkan Jaebum terkejut.

"J-Jinyoung-ah..."

"Hyung, Nyoung nak ikut..." kata Jinyoung sambil menangis teresak-esak. Jaebum diam seketika sebelum dia membalas pelukan Jinyoung dengan perlahan.

"Jinyoung, hyung tak pergi mana-mana pun lah" pujuk Jaebum dengan nada perlahan. Jinyoung masih menangis teruk membuatkan bahu Jaebum basah dengan air matanya. Sebentar kemudian mereka meleraikan pelukan dan Jinyoung tunduk, mengelap air matanya dan dia dapat rasakan yang Jaebum memegang kedua-dua bahunya. Tetapi sejurus Jinyoung mengangkat kepala...

Bambam ialah orang yang berada di hadapannya.

Air mata Bambam mengalir laju, memandang mata Jinyoung yang agak terkejut. Bambam mengusap bahu Jinyoung yang dipegangnya itu.

"Hyung, sedarlah" kata Bambam dengan suara seraknya.

"Jaebum hyung is no longer alive"

Jinyoung terkedu. Air matanya mengalir laju dan dia semakin tak keruan. Baru sekejap tadi dia melepaskan rindu dan sekarang...

Tangisan Jinyoung tidak dapat tahan lagi membuatkan Bambam terus memeluknya erat. Air mata dan esakan Jinyoung menjadi-jadi yang mana dia terpaksa mencengkam baju Bambam menahan kesakitan.

Hyung, sakit, hyung...

Kenapa mesti macam ni?

Tanpa mereka perasan, Youngjae memerhatikan mereka dari tingkap biliknya tanpa sebarang ekspressi.

Youngjae menoleh ke arah jam di dinding. 4:59 petang. Dia kemudian beralih pandangan pada bilik airnya. Dia dengan perlahan melangkah ke arah bilik airnya itu dan sejurus dia membuka pintu, dia melihat tab mandinya yang mula dipenuhi air.

Tanpa membuka apa-apa, dia masuk ke dalam tab itu atau lebih tepat, dia baring di dalam tab itu membuatkan hanya kepalanya yang bersandar pada dinding tab kelihatan. Dia memandang siling, air matanya terbentuk.

Tiba-tiba pintu bilik airnya terbuka membuatkan Youngjae terus menjerit terkejut. Yugyeom yang membuka pintu itu turut menjerit terkejut.

"Yah, apa Gyeom buat dalam bilik hyung?!" Youngjae freaked out. Yugyeom kemudian terus ketawa berdekah-dekah sebelum datangnya ahli kumpulan mereka yang lain.

"Sunshine, kenapa ni?" tanya Jaebum, agak panik. Youngjae mengeluarkan tangannya dari air berbuih di dalam tab itu dan dia tunjuk ke arah Yugyeom yang masih ketawa.

"Dia pervert!" adu Youngjae. Bambam terus ketawa juga mendengar kata-kata Youngjae dan akhirnya yang lain juga ketawa.

"Eyy, Gyeom ni. Lain kali ketuklah!" kata Jinyoung dan dia ketawa kecil. Mark mengangguk pantas.

"Nasib baik dia mandi tub hari ni. Kalau mandi shower?" sambung Mark. Tiba-tiba semua senyap, memandang satu sama lain sebelum tiba-tiba ketawa lagi berdekah-dekah.

"Yah, hyung kenapa tanya soalan macam tu?!" marah Yugyeom dan dia ketawa lagi.

"Sekarang semua dah tahu siapa yang paling pervert!" kata Jackson dan dia tunjuk ke arah Mark.

"Mark hyung!!" kata Bambam dan semua ketawa lagi.

Air mata Youngjae mengalir dari tubir matanya. Air di dalam tab itu mula melimpah keluar dan tiada tanda-tanda untuk Youngjae menutup pili. Youngjae tersenyum lemah.

I miss our laugh.

I miss our happy moments.

But I don't think it can be happen again.

Can't it?

Youngjae memasukkan kepalanya ke dalam air, menenggelamkan seluruh tubuhnya.

Gomennasai. Aishiteru, Got7.

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now