BAB 17

874 54 0
                                    

DARI atas bukit, di mana terletaknya masjid, Nadzmir dapat melihat kesibukkan di waktu pagi. Kebanyakkan penduduk mula keluar hendak menoreh. Kelibat anak-anak berpakaian sekolah juga kelihatan. Bagi mereka yang bersekolah di pekan, sesudah Subuh telah bertolak. Yang bersekolah rendah pula mula kelihatan setelah jam 7.00 pagi. Di kampung itu ada sekolah rendah.

Nadzmir berjalan pulang dan singah sekejap di kedai kopi. Nampak ramai orang sedang membeli nasi bungkus. Ada bermacam-macam jenis nasi bungkus. Nasi lemak, nasi berlauk gulai, nasi berlauk goreng, nasi kerabu dan pelbagai jenis kuih-muih.

Nadzmir berasa kekok. Rasa segan sangat. Apatah lagi bajunya sedikit kotor dek terjatuh ditolak ketika memegang pintu pagar rumah lama atas bukit. Bahkan ada sedikit kesan calar di lengan kanannya. Sebab itulah ramai mata yang memandangnya. Tiada sesiapa pun yang menegurnya. Makin bertambah seganlah Nadzmir. Tidak lama dia berada di kedai makan itu. Setelah mengambil tiga bungkus nasi kerabu dan membeli dua ringgit kuih. Dia terus pulang.

'Susah juga nak mesra dengan orang kampung sini.' Getus Nadzmir. Kerana menyangka kehadirannya tidak disenangi penduduk kampung.

Dia berjalan perlahan di bahu kiri jalan. Kerana mahu melihat kawasan kampung. Kebanyakkan rumah berkelompok dan dekat-dekat. Kampung Kuala Tiga dibahagikan kepada beberapa blok bagi memudahkan penghulu mengawal penduduk. Ada lima blok semuanya. Blok Bukit Tengah adalah yang paling ramai dihuni. Blok ini berada di tengah-tengah Kampung Kuala Tiga dan berada di atas bukit. Bukit yang telah diratakan dan dijadikan penempatan. Di Blok Kampung Bukit Tengah adanya masjid, balai polis, kelinik desa, dewan serbaguna, kedai runcit yang besar sekali dan stor RISDA untuk simpan baja pokok getah.

Langkah Nadzmir semakin perlahan. Fikiran pula ligat menakkul. Dek melihat rumah yang berkunci dan terbiar. Berhabuk dan kering. Kawasan rumah itu tidak subur. Semua hidupan dan tumbuhan mati kering. Keadaannya sama dengan rumah lama atas bukit. Kemudian dia ternampak lagi sebuah rumah berkeadaan sama. Kenapa terjadi begini? Tidak henti-henti dia berfikir mencari jawapan yang tidak pasti. Keadaan rumah itu seperti disumpah.

Tidak berapa lama kemudian, Nadzmir tiba di rumah Pok Him. Isteri Pok Him tiada di rumah. Pergi menoreh. Anak mereka pula pergi sekolah. Nadzmir tidak naik atas rumah. Dia duduk atas pangkin bawah pokok rambutan yang renek. Selalunya isteri Pok Him pulang setelah jam 9 pagi. Tidak lama dia menoreh. Disebabkan kena pulang awal. Mengurus hal di rumah. Dan sediakan makan tengah hari untuk anak-anak dan suami.

Sedang dia duduk atas pangkin. Dia terdengar bunyi tapak kaki melangkah. Bergerak laju. Semacam orang tengah terkejar-kejar. Mungkin juga berlari ke arah belakangnya. Serentak itu Nadzmir berpaling ke belakang.

"Eh... Mek Ilah." Nadzmir terperanjat kecil. Ingatkan siapa. Gumamnya.

"Naiklah atas rumah." Pelawa Mek Ilah. "Mek nampak kamu duduk seorang diri atas pangkin. Tu sebab jalan laju sikit." Ujar Mek Ilah. Nampak dia mengah. Maklumlah badannya gempal.

"Tak apalah Mek Ilah, saya nak duduk sini. Selesa... berangin pula tu." Ujar Nadzmir bernada sopan. "Ni saya belikan nasi kerabu kat kedai depan tu." Dihulur kepada Mek Ilah.

"Terima kasih... nanti kita makan sama-sama." Tersenyum sipu-sipu Mek Ilah. Berasa teruja bila mendapat buah tangan dari lelaki bujang.

Tidak lama Mek Ilah berada dalam rumah. 30 minit kemudian dia keluar dengan membawa satu dulang. Setelah bersalin dengan pakaian bersih. Sambil tersenyum sipu-sipu.

"Menyusahkan Mek Ilah pula." Kata Nadzmir. Berasa tidak senang melihat Mek Ilah begitu bersungguh-sungguh melayannya.

"Tak ada apalah... bukan apa pun. Air teh O saja." Balas Mek Ilah cepat-cepat. Tidak mahu tetamu istimewanya itu berfikir macam itu. Baginya sudah menjadi tanggun jawab melayan tetamu dengan baik.

SIHIR ORANG MINYAKWhere stories live. Discover now