BAB 15

929 55 0
                                    

BAB 15

MATA tidak mahu lelap. Itulah yang dirasai Nadzmir bila berada dalam sebuah bilik kecil. Yang memuatkan katil single. Nadzmir duduk di birai katil sambil termenung. Sambil berfikir. Adakah semua orang budiman dan baik hati di kampung ini.

Sebentar tadi di masjid, Nadzmir diberitahu tok penghulu tiada. Tok penghulu baru saja keluar dari rumah dengan tergesa-gesa. Dengarnya ada kematian. Sehabat baiknya, di Pasir Puteh. Tok penghulu akan pulang selepas tiga malam. Itulah yang diberitahu selepas pak cik yang menunjuk arah menelefon tok penghulu.

Setelah selesai solat Isyak tadi, pak cik yang budiman itu mempelawa Nadzmir bermalam di rumahnya. Wah... baiknya pak cik ni. Gumam Nadzmir. Terpegun dengan kemurahan hati. Sebaik Nadzmir menjawab, ya... pak cik itu teruja dan gembira. Tersenyum lebar.

Liza pula tidak dapat nak teman dan membantu Nadzmir lagi. Esok dia kerja pagi. Terpaksalah dia pulang malam itu juga. Nadzmir membenarkan Liza menggunakan keretanya. Kemudian datang mengambilnya selepas tiga hari. Selain itu Nadzmir meminta Liza mencari seseorang. Kalau boleh cari di mana dia tinggal. Orang itu bekerja di hospital daerah. Nadzmir menyebut nama orang itu berkali-kali. Harap-haraplah si Liza ingat nama orang itu.

Nadzmir selesai menikmati makan malam. Makan seorang diri di rumah pak cik tu. Pak cik itu dan keluarganya sudah pun makan. Kalau boleh tidak mahu menyusahkan pak cik itu dan isterinya tapi orang dulu kata tidak elok tolak rezeki. Lagipun bila melihat gulai lemak kuning ikan patin selera menjadi-jadi. Malam itu juga kali pertama Nadzmir merasa budu. Rasa masin manis berlemak. Sedap juga bila diletak sedikit tempoyak, perahan air limau nipis dan cili kampung. Memang menyelerekan.

"Terima kasih, pak cik..." Nadzmir berkata lagi. Rasanya sudah berpuluh kali Nadzmir berterima kasih. Dek sangat terharu.

"Tak ada apalah..." Pak cik itu hanya tersenyum. Nampak pemalu. Orangnya tidak banyak cakap. Mereka berdua berada di ruang tamu. Duduk bersila atas lantai kayu. Rumah kampung bertiang kayu yang banyak dan gagah. Rumah sederhana besar tapi cantik. Dijaga dengan elok. Rasanya rumah yang diwarisi. Rumah orang dulu-dulu. "Orang sini panggil pak cik, Pok Him." Beritahu pak cik itu. Memperkenalkan dirinya. Nadzmir mengangguk kepala.

Tersipu-sipu Pok Him. Mahu berbicara lebih tapi tidak pandai bercakap gaya orang bandar. Cakap luar pun berbelit lidah. Dia minta mengundur diri. Mahu tidur awal. Esok kena bangun sebelum Subuh. Sesudah Subuh kena hantar anak-anak orang kampung ke pekan. Yang bersekolah di sana. Sekolah menengah.

Akhirnya Nadzmir terlena juga atas tilam lama. Sedap juga bila baring lama-lama. Penangan gulai kuning ikan patin benar-benar membuatnya kekenyangan dan seronok tidur.

Masjid di kampung itu memutarkan bacaan suci ayat Al-Quran selama 30 minit sebelum azan. Nadzmir tersedar dari tidur apabila bunyi bacaan ayat suci Al-Quran hinggap di telinga. Pada masa yang sama pintu bilik diketuk sekali. Pok Him menguak dedaun pintu perlahan.

"Dah bangun..." Sapa Pok Him. "Aku nak ke masjid, kamu nak ikut?"

"Oh... boleh jugak." Segera dijawap Nadzmir lalu bingkas bangun.

Selesai solat Subuh, ada kuliah ringkas. Nadzmir mendengar kuliah itu. Selain dapat mendampingi penduduk kampung. Pok Him pulang dulu. Meninggalkan Nadzmir. Lagipun Nadzmir sudah tahu jalan pulang ke rumah. Tidaklah jauh sangat kalau jalan kaki. Tadi datang dengan motorsikal.

Nadzmir tidak henti-henti melihat jemaah yang hadir. Tidak ramai. Dalam lapan orang saja. Waktu Isyak semalam pun sama. Ramailah sikit dalam 12 orang saja. Imam pun muda. Macam pelajar tahfiz yang baru habis belajar. Tapi suara bacaan ayat suci Al-Qurannya merdu. Imam muda itu juga yang sedang memberi kuliah Subuh. Perihal kisah nabi dan rasul. Kuliah yang ringkas dan mudah difahami. Amat berguna untuk peringatan dan menambah pengetahuan.

SIHIR ORANG MINYAKWhere stories live. Discover now