BAB 3

1.4K 57 0
                                    

BAB 3

NADZMIR dan Huda adalah pasangan kekasih yang bahagia. Sudah lama mereka berkenalan. Dan baru saja bertunang. Gembiranya mereka berdua apabila kedua ibu bapa merestui pertunangan. Selepas setahun akan kahwin. Tapi itu dulu. 6 bulan yang lepas segalanya berubah.

Nadzmir telah melakukan kesilapan yang besar. Kesilapan yang tidak boleh dimaafkan sesiapa. Dan telah mengguris hati ramai orang. Pelbagai pihak marah akannya. Dek kerana kesilapan itu nama Nadzmir busuk. Pendek kata tiada siapa pun mahu mengaku mengenali Nadzmir. Semua orang tidak mahu mendekatinya apatah lagi bermenantukannya. Budak ini sial. Boleh bawa celaka dalam keluarga aku. Itulah antara kata-kata yang terkeluar daripada mulut ayah Huda. Bakal bapa mentuanya.

Bukan itu saja, ayah Huda juga menghina ibu dan ayah Nadzmir. Mengutuk ibu bapanya. Mengata mereka dari keturunan yang tidak berahklak dan bermoral. Tidak pandai mendidik anak. Sudahlah miskin. Ada hati mahu menantukan orang kaya.

Siapalah boleh tahan bila ayah dan ibu diperli begitu. Mestilah marah yang amat. Lebih-lebih lagi ayah Huda memutuskan terus pertunangan mereka. Ayah Nadzmir memujuk tetapi dihina lagi. Dimaki lagi. Dimarah bahkan ditolak. Katanya tangan orang miskin tidak boleh menyentuhnya.

Pedihnya hati. Luluhnya jiwa. Dan sejak itu juga cinta ini mati. Tiada lagi cinta dan sayang terhadap Huda.

Nadzmir malu dan sedih. Malu pada diri sendiri kerana menjadi penyebab keluarga dihina. Maruah ayah diperli dan ditertawa orang. Ibu pula menangis tidak henti-henti. Adakah aku anak derhaka. Mujurlah ibu dan ayah maafkan. Mereka tidak kisah Nadzmir melakukan kesilapan. Bagi mereka anak adalah segalanya. Tugas ibu bapa sentiasa memaafkan kesilapan anak. Tiada yang lebih berharga selain kemaafan daripada mereka.

TIKA ini Nadzmir berada di dalam keretanya. Kereta Honda Civic warna merah darah. Sedang menunggu seseorang. Di waktu malam. Sambil itu anak matanya tidak jemu dari memandang keluar. Melalui tingkap kereta sebelah kanan. Kadang itu menjeling jam tangannya. Sudah 11.45 malam. Dia berada di seberang jalan. Menghadap Balai Polis, Kuala Lumpur. Sabarnya dia menanti seseorang. Lebih dari sejam dia menanti.

Tidak berapa lama kemudian, muncul seorang lelaki hampir sebaya dengannya. Lingkungan 28 tahun. Berpakaian uniform polis. Dia terus ke tempat duduk sebelah kiri di hadapan.

"Sorry Naz... aku banyak kerja tadi. Kena buat report. Semalam ada rush kat kelab-kelab judi haram."

"Tak apa..."

Nadzmir mengukir senyum. Tidak kisah menunggu lama. Lagipun dia mengharap bantuan daripada polis muda yang dikenalinya itu.

"Sekali lagi aku minta maaf sebab tak boleh bagi kau masuk dalam jumpa aku. Kau fahamkan? Pasal kes kau yang dulu. Kalau ikutkan aku dah tak boleh jumpa kau terus. Kalau pihak atasan tahu naya aku."

"Kau ni macam nak tak nak aje jumpa aku..." getus Nadzmir. Berwajah masam mencuka.

"Eh... ke situ pula. Jomlah kita pergi tempat lain. Aku pun dah habis kerja ni. Kau belanja aku makan, ya? Aku lapar... lepas makan kau hantar aku balik rumah. Okey?"

"Ya lah... untuk kau, Ezad. Mintalah apa saja... asalkan jangan minta yang bukan-bukan."

"Lama kau menyepi. 6 bulan tak nampak kau. Selalunya kalau kau mahu jumpa aku mesti ada sebab. Kau siasat kes apa sekarang?"

Ezad memulakan bicara. Pandai dia meneka. Lagipun begitulah Nadzmir. Kalau jumpa Ezad mestilah hendak sesuatu. Terutamanya maklumat. Kalau hendakkan maklumat yang fresh dan terkini mesti kena baik dengan polis. Kalau kena cara boleh dapat maklumat rahsia yang takkan dilapor atau dikongsi dengan media dan wartawan. Sebab itulah kena buat baik dan layan Ezad dengan sabar. Buat baik ada makna orang kata. Mujurlah Ezad sanggup bantunya. Lagipun mereka belajar bersama suatu ketika dahulu. Ketika di universiti. Satu fakulti tapi Nadzmir adalah senior. Ezad pula junior. Mereka bertemu lagi secara tidak sengaja setahun yang lepas apabila Nadzmir menemuramah Ezad.

SIHIR ORANG MINYAKWhere stories live. Discover now