BAB 1

2K 73 0
                                    

BAB 1

SEPASANG mata merenung jauh. Renungan dingin dan hening. Bukan kerana asyik memandang jauh. Bukan kerana asyik memerhati perempuan comel. Tetapi sedang mengenang nasib diri. Patutlah wajah nampak resah tidak bermaya. Keadaannya kusut dan penat.

Dia sedang memandu. Laju tapi penuh berhati-hati. Nampak cekap. Begitulah lelaki. Dimana lagi nak tunjuk ego kalau tidak masa memandu. Lagipun bila memecut laju dapat jugalah tenangkan hati yang tengah marah.

Marah... marah... dan teramat marah. Benci bila teringat muka orang itu. Muka tua nak mati. Macam bagus sangat!

"Apa yang kau buat ni?! Tak beretika langsung. Kau ingat kau bagus sangat. Kau boleh tulis ikut ikut suka kau aje. Tak pakai otak. Tak ada akal ke?"

Kata-kata itu terngiang-ngiang di benak fikiran. Kata itu juga telah menghancurkan kerjayanya. Dek tidak tahan dengan makian yang bertubi-tubi, dia telah menghayun satu penumbuk dengan tiba-tiba. Tepat mengena di bahagian tepi wajah. Lebam orang itu. Orang itu juga bos di tempat dia bekerja. Sahlah kena buang kerja. Itupun nasib baik tidak didakwa.

Benar kata orang dulu. Padah jika tidak menahan marah. Tapi bila difikirkan balik, sabar pun ada batasnya juga. Siapa betul dan salah bukan lagi persoalan. Perkara yang lepas dibiarkan saja. Kini terpaksalah mencari kerja baru. Entah boleh dapat atau tidak. Harap adalah yang mahu terima dia bekerja sebagai wartawan jenayah.

6 bulan selepas itu....

Wajah resah yang sama. Masih kusut dan penat. Bahkan bertambah lagi. Tidak terurus. Sudah tidak macam orang lagi. Hidupnya semakin tidak tentu arah selepas dibuang kerja. Ingatkan malang di situ saja tetapi tidak. Bosnya seorang yang pendendam. Tak padan dengan lembut.

Nama dia telah disenarai hitam. Tidak dibenarkan kerja di mana-mana syarikat penerbitan akhbar, majalah dan media sosial. Bosnya telah menggunakan semua saluran yang ada, menggunakan segala kuasa dan pengaruh yang ada. Memastikan dia tidak diterima kerja, tidak layak dan tidak boleh bekerja lagi sebagai wartawan. Nama dia telah tercemar. Gara-gara tersilap bertindak. Bertindak sebelum berfikir. Itulah padahnya.

Hendak bekerja tetapi tidak tahu hendak kerja apa. Hendak menulis pun sudah tiada selera. Tiada lagi keinginan hendak menulis. Semuanya mati. Dikuburkan bersama nasib malang yang tidak berbau.

Dia banyak menghabiskan masa di rumah. Tidur banyak-banyak. Makan banyak-banyak. Asyik menonton televisyen. Bermain playstaion (PS4) tidak henti-henti. Itulah yang dia boleh lakukan. Hendak lepak bersama kawan, kawan pula telah lari. Menjauhkan diri daripadanya. Dipulau dan disisih. Susahnya hendak mencari kawan baik. Kawan tika susah mungkin tidak wujud lagi di zaman sekarang.

Saat ini dia berada di ruang tamu yang berselerak. Rumah kotor yang sudah tidak dibersihkan selama 6 bulan. Busuk sungguh bau. Entah bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan begitu. Dia sedang membungkang. Nyenyak tidur. Setelah bermain playstation semalamam.

Ting tong....!

Bunyi loceng pintu rumah. Ada seseorang di luar rumah.

Ting tong.... ting tong...!

Berbunyi lagi dan lagi. Berterusan lama. Semakin bingit.

"Siapalah yang buat bising di rumah aku ni!" dia menjerit marah. Mengganggu lena.

"Arghhhh... malasnya bangun. Mengacau betullah..." dia bangun duduk berteleku dengan mata tertutup. Rambut berserabai. Muka konyok berbau masam.

SIHIR ORANG MINYAKWhere stories live. Discover now