lapan

141 12 0
                                    

Sehun duduk di bangku taman pada petang itu. Dia amat bosan. Semua orang taknak layan dia. Kris sejak akhir² nie selalu je keluar rumah. Luhan pon sama sibuk dengan telefonnya sampai tiada masa nak bersama dengannya. Sehun mengeluh.

"Aik tak baiklah mengeluh macam nie" tegur satu suara. Sehun memandang ke arah suara tersebut. Bomi mengambil tempat sebelahnya. Bomi memandang muka Sehun.

"Waeo?" Soal Bomi. Sehun senyum tawar. Dia mengeleng dan memandang kehadapan. "Taknak kongsi ke?" Soal Bomi lagi. Sehun mengeluh.

"Entahlah. Sejak akhir² nie semua berkelakuan pelik" ujar Sehun. Dia memang amat perasan dengan sebilangan ahli exo yang berkelakuan pelik. Seperti contoh Luhan dan Lay tidak tegur dan sapa malah masing² paling muka bila jumpa. Kris yang kerap keluar dan sakit juga amat pelik. Jarang Kris sakit.

"Ouwh... Siapa yang kelakuan pelik?" Soal Bomi lagi. Sehun memandangnya lama. "Ehh sorry kalau saya nak tahu cerita awak. Kalau awak tak-" Bomi kalut bila muka Sehun yang redup memandangnya.

"Awak nak tahu" Bomi diam. "Kat dunia nie paling kita takut ialah kehilangan" Bomi setia mendengar. "Saya tak tahu atau ianya mainan perasaan saya. Sejak akhir² nie saya dapat rasa saya bakal rasa satu kehilangan yang besar tapi saya tak tahu kehilangan apakah itu. Adakah ianya duit saya? Ataupun bubble(patung sehun) saya? Ataupun kek coklat yang saya sorokkan dari exo? Ataupun...." Sehun tidak dapat teruskan katanya. Dia taknak sebut benda tu.

"Awak.... Kehilangan itu memang pahit. Tapi kehilangan mengajar kita jadi dewasa. Kita kena tabah hadapi kehilangan ini. Awak jangan risau. Saya pasti duit bubble atau kek atau apa² pon takkan hilang dari pandangan awak" Bomi memberi kata² semangat.

Sehun memandang Bomi dan senyum menampakkan lesung pipinya. "Gomawo. Walau apa² pon alasannya gomawo sebab dengar semuanya" Sehun mengusap kepala Bomi seperti mengusap kepala anak anjing. Dia melihat jam tangannya sekilas. "Saya kena pergi. Thank again" Sehun melambai sebelum pergi.

Bomi terkedu. Dia memegang kepalanya dan tersenyum. Kemudian dia menepuk dahinya sendiri "aduh! Aku jumpa dia sebab nak pulangkan sapu tangannya! Pabo ko Bomi! Dah nyanyuk agaknya" marah Bomi kepada dirinya sendiri.

|||||||

Café...

Luhan mengambil tempat di hadapan managernya. Dia tidak berani bersuara sebab muka managernya yang ketat dan masam. Managernya mencampakkan satu sampul di atas meja.

"Apa nie?" Soal Luhan. Bila tuada balasan yang diterimanya dia mengambil itu dan membukanya. Luhan terkejut. Mana manager dapat semua ini?

"Terkejut?" Luhan memandang ke arah muka managernya tidak percaya. "Luhan" manager mengeluh.

"Dengar dulu penjelasan saya" Luhan letak semula sampul itu atas meja.

"Apa?" Manager mengangkat kening. Luhan mengeluh.

"Dua bulan lalu saya dapat tawaran berlakon. Saya sudah bincang dan mereka janji akan bagi saya masa sebab saya nak stabilkan exo dulu. Tapi dua minggu lepas tu saya dapat notis yang tawaran itu akan berkuat kuasa bulan depan which mean masa tour nanti. Saya keliru. Saya tolak. Dan mereka saman saya" terang Luhan. Manager memicit kepala pening.

"Awak tahukan buat keputusan tanpa beritahu syarikat akan memudaratkan semua pihak. Kalau dia buat news syarikat kita akan dapat nama teruk tahu! Luhan look what have you done" manager mencampak majalah di atas meja. Di depan muka majalah itu terpampar gambarnya dan gosip yang tidak diingini.

"Nasib baik saya suruh kilang itu berhentikan buat majalah ini lagi. Saya sempat halang sebelum sampai ke pembeli." Luhan terdiam. "Luhan" Luhan memandang muka manager. "The choice on your hand now. Keep going with members or you out" manager berkata.

"I..... I don't know neither" Luhan tunduk. Dia tak sangka akan sampai ke tahap ini.

"Luhan kalau kamu nak berlakon cakap. Syarikat akan uruskan. Kalau kamu nak sertai program cakap syarikat akan uruskan" ujar manager lagi. Luhan diam.

"I give your time" manager bangun dan pergi dari situ. Luhan mendiamkan diri. Dia taknak semua ini terjadi. Dan syarikat terlalu mengongkongnya. Dia tidak suka semua ini. Dan butiran halus mengalir di pipinya.

"Pabo" Luhan menekup wajah di meja dan menangis syadu.

|||||||

Hospital....

"Kenapa awak nak batalkan?!" Soal Doktor Kim agak kasar sebab geram dengan orang dihadapannya sekarang ini. Kris mengeluh.

"Dok tolonglah kali nie je" Kris memohon. Doktor memandang tempat lain. Kris mengeluh.

"Bukan kali nie Wufan. Sakit awak dah teruk tahu! Awak kena buat pembedahan segera" marah Doktor.

"Tapi...." Kris mula menangis. Dia tidak tahu sejak kebelakangan nie dia sering menangis.

"Kamu dah beritahu exo yang lain?" Soal Doktor Kim. Doktor Kim mengeluh bila Kris mengeleng bagi soalannya. "Kris...." Doktor bersuara lemah. "Sakit nie awak tak boleh pendam. Sakit tahu. Awak kena begitahu ahli yang lain supaya mereka akan menyokong awak dari belakang" ujar doktor lemah. Penat dia layan karenah Kris. Kalau 10 pesakitnya macam Kri mahu jadi gila.

"Nae" Kris mengangguk perlahan

*to be continue*

Rahsia hampir terbongkar ke?😯

Sing For You✔✔©Where stories live. Discover now