taehyung merenung wajah jungkook, sempurna. langsung tidak ada cacat celanya. tapi kurangnya hanya satu, cinta.

" kau diam. aku sumbat kot ni dalam mulut kau, biar tak boleh bercakap. padan muka "

taehyung mencebik kesal dengan jungkook.

" okelah, aku chaw dulu. ada kerja kat pejabat lagi. bertimbun rasanya " taehyung membutang kot hitamnya dan berdiri dari duduknya.

" aku tak suruh pun kan kau datang sini. call boleh "

" malaslah, kalau call takde feeling bila nak cerita. face to face yang best. "

" erm hati hati "

taehyung mengangguk faham dan menghilang disebalik pintu ofis jungkook.

jungkook masih duduk ditempatya.

takkanlah somi nak marah pasal semalam ? perempuan itu aku lihat dia mudah emosi dan terburu buru. jadi, dia membuat keputusan secara mendadak tanpa memberitahuku sebabnya ? gila sungguh.

drt drt!

aku dengan kadar yang segera terus mencapai phoneku yang tergeletak elok diatas meja.

ahh appa.

kalau tidak disebabkan perempuan itu hilang, tak ada ayahnya sanggup membuang kredit semata mata hendak menelefonnya.

jangan harap.

" ada apa appa ? "

" kamu tau kan yang somi dah hilang ? "

erm, sudah kuduga.

" iye, jungkook tau "

" macam mana boleh hilang ? kamu dah hantar dia depan rumah ke atau campak kat tepi jalan macam sampah huh ? "

ewah ewah. enak sungguh mulutmu berbicara.

" jungkook hantar dia depan rumah lah "

" geure, malam ni datang kat tempat biasa tuan kim nak cakap sesuatu kat kamu "

" cakap ap-- "

titt !

ciss, sesedap hati dia je nak end call. takpe chill jungkook, dia appa kau.

°°°

" oppa ! "

sebaik sahaja keluar dari perut kereta, gadis itu menghempas pintu kereta yoongi dengan kuat dan meluru ke namjoon dan hoseok.

" kereta aku tu woii "

rachel tidak mengendahkannya.

" haii budak pendek! " terus saja hoseok memberi respon dengan memeluk rachel erat. badannya sedikit tertunduk akibat ditarik rachel.

aku hanya mencebik.

aku balik dari airport tak pulak kau sambut macam tu. hampeh punya adik.

" weh yoongi apo kabo " namjoon menghulurkan tangannya untuk bersalam, aku menyambutnya.

" kau tengoklah, aku baik je. "

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now