PXR 13

6.7K 403 126
                                    


Kygo dan orang orangnya sudah mengepung rumah ibu bapa Airish Xavier.

Emrys membawa lari ibu bapa Airish ke bilik bawah tanah. Ia kebal dan sekuriti nya ketat.

"Emrys, apa yang terjadi ni?" soal Mum dengan cemasnya.

Emrys mula menghidupkan sekuriti di dalam rumah itu. Arahan bos nya dilakukan tanpa tertinggal satu pun.

"Apa yang jadi ni?" soal dad pula.

"Maaf tuan dan puan ni arahan dari bos. Saya hanya menurut perintah demi keselamatan tuan dan puan."

KRAKKKKK....

Pintu kebal itu terbuka luas.

Gadis itu muncul dengan pakaian serba hitam.

"Rish...,"

Airish terus berlari ke arah orang tuanya. Dipeluk erat kedua duanya.

Rindu yang tidak terkata.

Sakit menahan rindu.

Tiga tahun tidak berjumpa ibu bapanya, hilang kasih sayang dari mereka.

Mum dan dad menangis kegembiraan.

Airish meleraikan pelukan itu.

Airish memeluk kaki kanan mum dan kaki kiri dad dengan eratnya.

"I'm home now. Miss you guys so badly. Ampun kan Rish mum dan dad. Rish tinggalkan tanggungjawap Rish selama tiga tahun ni. Rish koma dua bulan dan selebihnya Rish cari jalan untuk pulih. Buah pinggang Rish rosak, mujur ada gadis yang dermakan buah pinggang dia untuk Rish. Selama setahun Rish bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan sebab tulang rusuk patah tebu. Ampun kan Rish. Adik tak nak jadi anak derhaka. Jangan marah keluarga mummy Ricci, dia yang bantu Rish. Jangan saman atau muflis kan syarikat mereka. I m begging you."

Air matanya deras mengalir.

Mum dan dad menarik tangan Airish untuk bangun.

"Sayang tak salah. Mum ampunkan dosa Rish nak." mum mengucup ubun ubun Airish beberapa kali.

Kemudian, dad menarik Airish kedalam pelukannya. Kepala puterinya diusap dengan penuh kasih sayang.

"Alhamdulilah puteri kesayangan dad masih hidup. Setiap malam dad mimpi Rish datang peluk dad. Dan akhirnya ia jadi realiti sayang. Jangan pergi lagi sayang."

Airish meleraikan pelukan itu, dan mengelap air mata dad dan mum.

"Jangan menangis lagi. Sekarang mum dan dad duduk sini dengan orang orang Rish. Kygo pewaris tunggal Zedd nak bunuh mum dan dad. Rish tak nak semua tu terjadi. Jaga diri ya? Kalau ada jodoh lagi kita jumpa. Rish sayang mum dan dad."

Dad dan mum mengganguk tanda faham. Sudah besar anak gadis ini, cara pemikirannya juga sudah matang.

Orang orang suruhan Airish masuk ke dalam bilik kebal itu dengan senjata.

"Ketatkan keselamatan rumah ni. Jangan bagi diorang masuk, dan jaga mum dan dad! Kalau tak berjaya tukar ke plan B. Apa apa roger aku terus. " arah Airish dengan nada suaranya yang tegas.

Princess Xavier Return Where stories live. Discover now