Ep.19: The last stand

2.3K 87 14
                                    

Orga meletakkan pedang pada leher alicia, dia mengakat pedang itu dan bersedia untuk menamatkan alicia, ali cuba bangun tapi kakinya terlalu sakit. Sebelum orga dapat melakukan langkah seterusnya, delta,G3 dan ejen-ejen M.A.T.A yang lain muncul, delta mengeluarkan pistolnya dan menembak tangan orga, orga melepaskan senjatanya dan ali menggunakan segala tenaganya untuk bangun dan menyelamatkan alicia, ali berlari ke arah orga dan menumbuknya, orga rebah ke lantai dan ali terus membawa alicia jauh darinya. Delta dan G3 mendekati mereka.

G3: kamu berdua tak apa-apa?

Alicia: alicia tak apa-apa tapi ali, kaki dia tercedara.

G3 melihat kaki ali yang berdarah.

Delta: kau masih boleh berlawan?

Ali: ya, aku okey.

Alicia dan ali bangun dan terus bertukar menjadi faiz dan kaixa. Kini delta dan G3 akan sertai pertarungan itu. Kemudian mereka melihat psyga terbang dengan jet packnya. Psyga mendarat di sebelah orga.

Psyga: saya akan bantu tuan.

Orga: perkhidmatan kau tak diperlukan lagi.

Psyga: apa?

Orga mengeluarkan pedangnya dan menikam psyga, psyga rebah ke tanah dan berubah semula kepada jun, jun tidak bernyawa lagi, tikaman itu menembusi badannya.

Faiz: kau...kau memang kejam.

Orga: hmmph, aku dah biasa dengar itu, lagipun dia tidak layak untuk ni. Nak halang korang semua pun dia tak mampu.

Delta: kau memang tak guna!

Orga: bercakaplah selagi kau mampu kerana lepas ni, kau takkan mampu bercakap lepas aku hapuskan cyber raya.

Chris melihat ke bawah dan melihat bala tentera rio troopers.

Chris: semua, ada tentera rio troopers di bawah, dan mereka sedang menyerang orang awam.

Ganz: apa!?, tak guna kau uno.

Zain: kita semua kena halang mereka.

G3: semua ejen akan berganding dengan ketua teras. Biar kami halang uno.

Dengan itu, kesemua ejen dan ketua teras turun ke jalanan untuk menghalang rio troopers, jumlah rio troopers lebih ramai mereka tapi mereka memang dilatih untuk melindungi cyber raya tak kira bertapa bahayanya ancaman itu.

Orga: adakah kita akan terus berdiri di sini dan tengok cyber raya dimusnahkan atau kita akan berlawan.

Kaixa: kurangkan bercakap lebihkan berlawan.

Kaixa mengeluarkan pistolnya dan menembak ke arah orga. Orga menepis tembakan itu dengan pedangnya. Faiz,delta dan G3 menyerang orga secara dekat. Delta melancarkan flying kick dan orga dengan mudah mengelak serangan itu, G3 menghayunkan tumbukan ke arah orga, orga mengelak dan menghayunkan pedangnya tepat mengenai dada G3, G3 tercampak ke tiang bangunan, faiz menendang orga, orga menepis tendangannya dan menyerang balas dengan pedangnya, faiz mengelak dari terkena serangan itu dan delta melompat ke arah orga dan menendangnya di bahagian muka. Orga tercampak dan jatuh ke lantai, faiz dan kaixa mengeluarkan pedang mereka dan menyerang orga, kaixa menghayun pedangnya dan orga menepisnya dengan pedangnya dan menendang kaixa di bahagian dada, faiz cuba menyerang orga di bahagian kaki tapi orga berjaya mengelak dan menyerang faiz di bahagian muka, orga menendang faiz di bahagian muka dan itu menyebabkan faiz tercampak, delta dan G3 bersama-sama menyerang orga, mereka menyerang bertubi-tubi tetapi serangan itu langsung tidak memberi kesan kepada orga, orga mencekik mereka dengan kedua-kedua tangannya, orga terlalu kuat sehingga dia mampu mengangkat mereka berdua, dia mencampak G3 ke dinding dan mengenakan kejutan eletrik kepada delta, delta berubah semula kepada ridzuan.

Ejen Ali: Side StoryWhere stories live. Discover now