Ep.7

2.3K 96 10
                                    

Alicia telah pulih seperti sedia kala dan boleh menjalankan misi seperti biasa. Ali,alicia dan bakar sedang berada di bilik misi kerana general rama ada misi penting untuk mereka.

General rama: hari ini, saya ada misi penting untuk kamu.

Alicia: apa misinya general.

General rama: hari ini, aaron akan pergi ke cyber raya tech and development untuk mendapatkan chip komputer yang paling canggih dan ia baru sahaja dilancarkan. Tapi dia tidak keseorangan, dari apa yang saya tahu, komeng dan konco-konconya turut serta dalam rompakan ini. Jadi saya mahu kamu ke sana dan halang mereka dari mencuri chip tersebut.

Ali: baik general.

General rama: bertindak segera!

Cyber Raya Tech and development
00:32 p.m

Ali,alicia dan bakar berada di dalam sebuah van berdekatan dengan bangunan cyber raya itu. Mereka melihat dari rakaman cctv yang telah mereka pasang di sebuah tiang lampu di hadapan bangunan tersebut. Mereka melihat rakaman tersebut dari dalam van itu.

Ali: dah dekat 1 jam kita tunggu sini tapi masih tak nampak mereka.

Bakar: sabar sikit ali, kita tunggu je.

Kemudian mereka melihat komeng dan konco-konconya tiba di bangunan tersebut. Tapi mereka tidak melihat aaron di situ.

Bakar: mana aaron?, sepatutnya dia dengan komeng.

Alicia: biar saya pergi tinjau keadaan dekat luar.

Bakar: okey.

Ali: hati-hati.

Alicia:😊

Alicia keluar dari van tersebut dan menyelinap masuk ke dalam bangunam cyber raya itu.

Alicia berjalan dengan perlahan supaya langkahnya tidak didengari oleh komeng dan konco-konconya. Kemudian, ali membuat satu panggilan kepada alicia melalui walkie talkie.

Ali: alicia, macam mana keadaan kat situ?

Alicia: diorang masih dalam perjalanan ke bilik perisian tu..tapi..rr..zrr..-

Ali: alicia?, masuk. Alicia?..

Bakar: kenapa ali?

Ali: isyarat komunikasi terputus.

Bakar: jom kita masuk dalam.

Ali: jom. (dengan itu ali dan bakar keluar dari van tersebur dan terus masuk ke dalam bangunan itu)

Sementara itu..

Alicia: ish, macam mana boleh terputus ni.

Komeng: kenapa cik adik, tak dapat panggil bantuan ke. (komeng tiba-tiba muncul di depan alicia.)

Alicia: komeng!

Komeng: kenapa?, terkejut?...hahaha, tak payah nak terkejut sangat la..masa untuk aku balas dendam.

Alicia: cubalah kalau boleh😏.

Alicia melompat melepasi komeng tapi sebelum alicia dapat mendarat..dia merasakan seperti dia sedang terapung..kemudian, baru dia sedar yang dia telah berada dalam satu medan tenaga yang menyebabkan dia terapung. Dan aaron muncul dari belakang komeng dengan alat yang membuat alicia terapung.

Alicia: Aaron!, aku dah agak ni mesti kerja kau.

Aaron: pandai pun kau. Tapi sekarang kau tak dapat nak halang aku. Komeng, aku serahkan dia pada kau untuk buat apa yang kau nak.

Ejen Ali: Side StoryWhere stories live. Discover now