Ep.8

2.1K 99 29
                                    

Akademi Latihan M.A.T.A
21:30 p.m

Ali,alicia dan bakar sedang melaporkan tentang misi terbaru mereka kepada general rama.

General Rama: ini agak curiga, aaron langsung tidak mencuri chip komputer tersebut dan komeng telah menghilang diri selepas menyerang kamu semua.

Alicia: mungkin, ianya hanya untuk menarik perhatian kita sahaja?

General rama: apa maksud kamu?

Alicia: mungkin uno sedang merancang sesuatu dan uno mesti taknak kita masuk campur atau gagalkan rancangannya jadi dia gunakan aaron dan komeng untuk alih perhatian kita.

Bakar: mungkin jugak tu.

General rama: itu belum pasti tapi yang penting kita semua harus bersedia dari sekarang kerana uno mungkin akan menyerang kita bila bila masa sahaja.

Bakar: betul tu.

General rama: baiklah, semuanya sudah selesai, kamu boleh bersurai.

Dengan itu, mereka semua keluar dari bilik misi dan pulang ke rumah. Sebaik sahaja ali sampai ke rumah, dia mendapati bahawa ayahnya telah pulang ke rumah.

Ali: ayah baru balik ke?

Ayah: ye ali, ayah baru balik, minum la, ayah ada buatkan kopi untuk kamu.

Ali berjalan ke arah ayahnya dan mengambil kopi yang telah dibuat oleh ayahnya lalu meminum kopi tersebut.

Ali: sedap la ayah buat kopi.

Ayah: hehe.

Tiba-tiba ali merasakan dadanya amat sakit.

Ayah: ali, kamu ok tak?

Ali: okay ayah, jangan risau.
(tiba-tiba ali sukar untuk bernafas, dia terlepas cawan itu dari genggamannya dan jatuh, pecah di lantai.) ergh!.

Ayah: hehe, sakit ke ali?

Ali: ha (ali berasa hairan dengan reaksi ayahnya).

Ayahnya bangun dari kerusi dan berdiri di depan ali, ali tidak menyangka yang itu bukan ayahnya, tetapi dos yang telah menyamar jadi ayahnya.

Ali: d..dos!, apa yang kau dah bu..buat, argh! (ali cuba bangun tapi gagal kerana kesakitan)

Dos: aku cuma letak racun je dalam air tu, haha, tak sangka kau mudah di tipu. Aku ingat ejen hebat macam kau ni takkan tertipu, kau sama je macam ejen yang lain. Hahaha.

Ali: hah, hah, hah...Be...berani..k..kau, mana..a..ayah..aku!?

Dos: jangan risau ali, ayah kau selamat.

Ali cuba bangun dan menyerang dos tapi kerana racun yang telah diberikan kepadanya, menyebabkan ali sukar untuk menyerang, dos hanya mengelak semua serangan yang dilancarkan oleh ali, dan dos memengsankan ali, dengan renjatan eletrik dari senjatanya. Selepas ali pengsan, tres dan uno muncul dari mesin teleportasi.

Uno: bagus, cepat bawak dia, kita belum selesai lagi.

Dengan itu trez mengangkat ali dan masuk ke dalam ruang teleportasi tersebut.

Sementara itu di rumah alicia..

Alicia sedang berehat di dalam biliknya.

Alicia: (hmm, baik aku call ali, nak tahu dia dah sampai rumah ke belum)
Kata alicia di dalam hati, kemudian dia terus mengambil telefonnya yang diletakkan atas meja soleknya. Alicia mendail nombor ali dan tunggu sehingga panggilan itu di jawab. Tetapi panggilan itu tak dijawab.
(aik, tak jawab, dah tidur kot, takpelah, aku hantar whatsapp je la)

Ejen Ali: Side StoryWhere stories live. Discover now