Epilog

1.4K 62 47
                                    

Author p.o.v


4 Tahun Kemudian.

"Oh Seoyun!" jeritan Sehun memenuhi halaman belakang rumah agam miliknya.

Seoyun ketawa kuat lalu melarikan diri saat appanya berusaha untuk mengejarnya. Namun, jangan pandang rendah pada kaki panjanh Oh Sehun! Sehun berjaya mengejar Seoyun. Tubuh kurus anaknya diangkat lalu dipusing-pusingkan. Seoyun menjerit riang. Meminta bapanya untuk menurunkannya.

"Ah~ appa! Turunkanlah!!" jerit Seoyun lagi. Sehun ketawa jahat.

"No! Siapa suruh simbah appa dengan air!" balas Sehun mengusik. Seoyun menumbuk perlahan lengan appanya.

"Mana ada! Yeon yang suruh Seoyun simbah appa!" ujar Seoyun lagi. Sehun menurunkan anaknya. Hidung anaknya dicuit manja.

"Aii, jangan nak tipu appa. Yeon tu kecil lagi. Mana tahu nak buat prank macam Seoyun ni ha." kata Sehun. Seoyun tersenyum nakal. Dia menolak tubuh Sehun lalu berlari mendapatkan ibunya yang sibuk berteduh dibawah gazebo bersama adiknya.

"Omma! Tengok appa buat apa kat Seoyun." adu Seoyun. Dia menayangkan hidungnya yang dicalit lumpur oleh Sehun. Sowon ketawa kecil. Disapu hidung anaknya dengan tisu. Sehun menghampiri mereka.

"Aigoo~ aegi appa!" seloroh Sehun lantas mendukung anak keduanya, Oh Sooyeon.

"Appa!" teriak Sooyeon saat melihat appanya. Sowon mencubit pinggang Sehun. Sehun mengaduh sakit.

"A—Ah! Chagiya! Apa cubit oppa ni?" mengaduh Sehun. Sowon menayangkan wajah tegasnya.

"Yeon dah mandilah! Nanti busuk balik dia sebab oppa!" kata Sowon. Sehun mengendahkan Sowon lantas memberikan ciuman pada pipi montel Sooyeon.

"Yeon tak tolak pun bila oppa kiss dia."

"Memanglah! Isy, pergi mandi sana! Busuk!" marah Sowon. Sehun ketawa nakal. Dia meletakkn kembali Sooyeon pada ribaan Sowon.

"Baby girl appa, jom mandi!" ajak Sehun kepada Seoyun. Seoyun geleng laju.

"Eii! Taknak mandi dengan appa! Orang dah 10 tahunlah!" bentak Seoyun. Sehun cubit pipi Seoyun.

"Eleh, siapa kata appa nak mandi dengan Seoyun? Seoyun ni busuklah. Appa ajak mandi aje. Bukan mandi sama-sama."

"Omma! Appa byuntae!" teriak Seoyun lalu terus berlari ke dalam rumah. Sehun ternganga. Terkedu mendengar komen si anak. Sowon sudah meletuskan tawa.

"Ha! Amik oppa! Kan dah kena byuntae dengan anak sendiri." kata Sowon. Sehun mendekatkan dirinya lalu membisikkan sesuatu pada telingan Sowon.

"Oppa byuntae dengan sayang aje." selesai saja mengucapkan ayat itu, Sehun terus berlari meninggalkan Sowon. Sowon terkedu. Wajahnya memerah. Sooyeon didukungnya.

"Oh Sehun!!!" Sehun ketawa kuat.

------

Sowon p.o.v




Habuk yang bersarang di atas kabinet aku sapu dengan feather duster. Suasana dalam rumah sunyi hari ini. Sehun sudah pasti ke tempat kerja manakala anak sulung kami, Seoyun ke sekolah. Sooyeon pula tidur dibiliknya selepas makan tengahari. Memang rutin hariannya.

Sejak berkahwin dengan Sehun, suami aku itu memang melarang aku untuk bekerja. Katanya tugas mencari nafkah ini lelaki yang bergelar suami. Jadi nak tak nak aku terpaksa mengikut katanya walaupun aku sayang mahu meninggalkan kafe milik Boss Jin. Oh, kafe mantan boss aku itu sudah maju. Banyak cawangan dibuka disekitar Seoul.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now