Part 35

1.1K 74 0
                                    

Sowon p.o.v

Aku hanya mengeluh sambil memerhari lelaki dan perempuan terkinja-kinja sambil lagu rancak yang menyakitkan halwa telinga di kelab malam itu. Aku lihat Sehun dihujung ruang tari sedang menari bersama seorang perempuan yang berpakaian menjolok mata. Aku menunduk menahan rasa. Terasa menyesal pula mengikuti lelaki itu.

Aku perasan banyak mata-mata liar sedang memerhatiku. Aku duduk dengan keadaan tidak senang duduk. Sudahlah aku tidak biasa ke tempat seperti ini. Ditambah pula aku bagaikan hidangan santapan mereka yang bermata kerajang jika aku tidak berwaspada.

Aku hanya meminum coke yang dipesan Sehun kerana dia tahu, aku bukanlah seorang yang pandai minum sepertinya. Namun, jika aku diberi minuman keras sekalipun, aku tetap takkan meminumnya memandangkan umurku belum dikira layak untuk menyentuh air minuman yang memabukkan itu.

Lainlah Sehun. Kadang-kadang aku terfikir,  tidakkah keluarganya tahu akan aktiviti sosial Sehun di luar? Atau, dia juga tergolong dalam golongan remaja yang kurang kasih sayang keluarga? Sehingga sekarang aku tidak mengenali Sehun secaa terperinci walaupun kami sudah berkenalan hampir 2 tahun lamanya. Aku tidak kenal siapa keluarganya, malah apa statusnya juga aku tidak tahu. Yang aku tahu, dia anak seorang hartawan Korea.

Sedang asyik aku memerhati Sehun yang seronok menari, aku tidak sedar lelaki itu menghampiri tempat dudukku. Dia melabuhkan punggungnya disebelahku lalu lengan kirinya didaratkan pada penghadang sofa dibelakangku. Sesekali jari jemarinya bermain dengan rambutku membuatkan aku sedikit tidak selesa. Jelas di septor bauku akan bauan alkohol yang agak kuat dan memualkan.

"Sehun-sshi, awak mabuk," ucapku setelah melihat keadaannya yang bagaikan telah mencapai Nirvana, atau tahap kebebasan yang mutlak.

"No, dear. I'm not yet." balasnya lalu kepalanya direhatkan pada kepalaku. Dia mencium ubun-ubunku. Aku cuba menolaknya menjauhiku sedikit tetapi bagai tidak teranjak.

"Sehun-ah, saya tak selesa lah." ujarku. Sungguh aku rasa tidak selesa sekarang ini. Sehun tidak mengendahkan malah semakin liar menempelkan ciumannya padaku. Tidak hanya di ubun-ubunku, tetapi leher serta wajahku menjadi tempat bibirnya mendarat.

"Sehun stop!!" jeritku padanya. Memandangkan suasan kelab malam itu hingar, jadi hanya sebilangan orang yang hampir dengan tempat kami sahaja yang dengar.

Sehun berhenti lalu memandang mataku dengan tajam. Wajahnya tegang bagai tidak suka akan responku. Dan tiba-tiba saja dia menampar wajahku. Tidak terlalu kuat tetapi tetap meninggalkan rasa pedih. Aku tidak terfikir langsung dia akan menamparku sebegini. Aku memandangnya tanpa suara.

"Don't you dare to rise up your voice on my face, girl. Kau tak tahu apa yang bakal kau lalui kalau kau cuba tinggikan suara kau pada aku." ugutnya. Aku hanya menelan liur.

Sehun bangun. Aku hanya perhati dia bangun. Kemudian dia menarik lenganku, menyuruhku untuk mengikuti jejaknya. Aku hanya mengikut tanpa banyak soal. Kami keluar dari kelab malam itu. Aku gembira dapat menyedut udara malam yang srgar setelah hampir 2 jam berada di dalam syurga buat ahli neraka itu. Sehun membawaku ke keretanya.

Pintu sebelah penumpang dibuka. Dia mengisyaratkan melalui matanya kepadaku menyuruhku untuk masuk. Aku akur. Dia kemudiannya ke sebelah pemandu dan mula memulakan enjin kereta. Kereta mula meluncur laju membelah jalan raya yang lengang tanpa kenderaan berenjin.

10 minit perjalanan yang bisu, aku mula perasan sesuatu. Jalan yang dilalui oleh Sehun bukanlah jalan yang sepatutnya membawaku pulang ke rumah. Ini jalan yang bertentangan! Aku pandang Sehun wajah gelisah. Sehun apa lagi, masih setia dengan wajah pokernya yang tidak akan berubah.

"Awak nak bawa saya ke mana, Hun?" soalku. Dia hanya tersenyum sinis.

"Ronda kejap sebelum balik." ujarnya. Aku menggeleng.

"No! Bawa saya balik!" bentakku. Dia menjelingku tajam.

"And why I need to do so? Kau dalam kereta aku, suka hati akulah nak pandu kereta ni ke mana sekalipun." balasnya. Aku mengetap bibir. Geram.

"Saya nak balik, Oh Sehun!" kerana geram yang menguasai diri, aku tidak sengaja meninggikan suaraku padanya.

Suasana jeda. Aku mulai sedar kesalahanku. Entah mengapa jantungku berdebar menanti riaksi Sehun. Sehun hanya fokus pada perjalanan tanpa memandangku. Kemudian, dia tersengih. Sinis.

"Wow, girl. Dah dua kali kau tinggikan suara kau kat aku. And you still remember my words just now right? I'm gonna make you cry over your mistake." ucap Sehun dingin. Dan kedinginan dalam suaranya membuatkan aku kecut perut dan bulu romaku menaik.

'Tuhan, selamatkanlah aku,' doaku dalam hati.

-------

So? K, ff nie pelikk.. Muahaha😜 hehe enjoy💕

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now