Part 15

1.2K 102 0
                                    

[Rehat]

[Sowon p.o.v]

Ah~ akhirnya dapat juga aku menghirup udara segar setelah hampir tiga jam aku menghadap muka Puan Song dan mendengar bebelannya mengenai sejarah. Urgh, betapa aku benci dengan Sejarah. Haih, taknak dah aku nak ingat pasal sejarah ni, now aku nak makan!


Aku sengaja memberitahu Jennie awal-awal lagi bahawa aku tak rehat sekali dengan dia sebab ada 'date' dengan seseorang. Dalam masa yang sama dia sempat mengusikku. Aisy, jinja...


Terfikir pasal 'date', aku mengorak langkah ke kelasnya yang berada di blok C sedangkan kelasku di block A. Haih, jauh kot! Nak buat macam mana? Siapa suruh kau couple dengan senior?


Wait, aku tak minta tapi dia yang paksa. Yup, macam tulah.


Dalam perjalanan sempat lagi aku usya blok C. Sebenarnya aku jarang lalu sini, so kalau terjumpa mana-mana senior yang hensem, cuci matalah kejap. Shuss, jangan bagitahu Sehun! Kang tak pasal dia marah aku pulak. Hehe...


"Hunnie!!"


Telingaku menangkap suara seseorang. Panggilan nama yang dipanggilnya membuatkan aku terhenti sejenak. Pantas mataku menangkap drama sebabak dihadapanku.


Seorang perempuan yang boleh aku kata cantik dan mempunyai bentuk badan macam model memeluk erat pinggang Sehun. Oh, dia sempat kiss mulut Sehun dan buat muka tak bersalah.


Ohoho.... hati aku tetiba je remuk macam kena gilis dengan lori balak.


Sakit bhai... wow, just.... wow.


Selepas itu mataku dan mata Sehun bertentangan. Jelas riak terkejut dan bersalah diwajahnya. Aku pulak buat muka straight. Pantas aku mengundur kebelakangan dan melarikan diri dari scene yang menyakitkan hati tu. Aku dapat rasa mata aku tengah panas dan berair sekarang.


Urgh... kenapa aku menangis macam ni?


Kenapa hati aku sakit sangat?


Sehun bukannya serius pun dengan aku tapi kenapa babak tadi buat hati aku sakit yang teramat?


Aku... dah jatuh cinta ke dengan dia?


Setelah itu aku berhenti. Memandang padang sekolah yang terbentang luas di hadapanku. Air mata sudah selamat jatuh ke pipi. Dengan itu aku memegang dadaku. Merasai degupan jantung aku sendiri mengepam darah dengan laju.


Pada masa itu juga, degupan itu menyesakkan dada aku. Air mataku mengalir dengan deras.


"Aku... memang dah jatuh hati dengan dia..." bisikku perlahan lalu terduduk.


--------

Sorry pendek✌
I'll update again. Don' worry~

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now