Genggaman tangan Jimin dieratkan lagi apabila derapan kaki itu kedengaran makin mendekat dan mendekat. Jimin dah nampak macam dia ingin menangis, tak tahan lagi dengan apa yang akan dilalui oleh mereka. Daripada riak wajahnya, dia seakan tidak ada harapan lagi untuk hidup. Tetapi tidak bagi Yoongi. Wajah Yoongi nampak tegang, dan daripada air wajahnya, kelihatan seperti dia cuba bertahan walaupun keadaan mereka pada ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk. Tunggu masa untuk pecah dan hancur.

" The other night dear, as I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms
But when I awoke, dear, I was mistaken
So I hung my head and I cried. "

" what the fuck " Yoongi mencarut perlahan apabila dia mendengar ada sebuah lagu dinyanyikan oleh seseorang. Dia tak dapat lihat siapa orang itu, tetapi apabila mendengar bunyi suara tersebut, dia dapat cam yang ianya adalah suara seorang budak perempuan.

Budak perempuan itu menyanyi dengan nada yang perlahan, dan lambat. Kadang-kadang kedengaran juga seperti dia tersengguk-sengguk menangis di akhir barisan lagunya tetapi buat seketika, suara itu terus ketawa semula. Cukup meremang kan bulu roma kedua lelaki itu.

" I'll always love you and make you happy
If you will only say the same
But if you leave me and love another
You'll regret it all some day "

Kali ini suara nya berubah. Ya, seratus peratus kali berubah. Suaranya kedengaran sengau dan tua. Tetapi ia kerap bertukar dengan suara sedia kala budak itu semula. Pada barisan yang ketiga lagu itu, kedengaran dia menyanyikan nya dengan sinis sekali.

" that definitely not the monsters. " Jimin berbisik dan Yoongi mengangguk kan kepala tanda setuju. Mereka hanya duduk beku pada posisi mereka tanpa bergerak. Derapan kaki itu semakin lama semakin dekat dengan mereka membuatkan mereka makin gusar.

"You told me once, dear, you really loved me
And no one else could come between
But now you've left me and love another
You have shattered all of my dreams"

Dan suara itu kembali seperti asal. Tetapi suaranya kedengaran sedih, kedengaran juga seakan esakkan seorang budak kecil menangis. Makin lama, makin sayu suara itu kedengaran.

Yoongi hanya membatu kan badannya tetapi Jimin tak boleh. Sumpah, Dia tak senang duduk. Macam mana kalau budak itu adalah budak yang sebenar? Terperangkap dalam Hollow itu sama seperti nasib mereka semua? Mereka boleh tolong bawa dia sekali. Mungkin kerana budak itu keseorangan sebab itulah dia menangis, Bukan?

Ya, Jimin cuba untuk berfikiran positif disitu walaupun dah terang-terang ianya tak ada langsung benda yang patut difikir positif apabila terperangkap dalam Hollow kematian itu.

" In all my dreams, dear, you seem to leave me
When I awake my poor heart pains
So when you come back and make me happy
I'll forgive you dear, I'll take all the blame "

" Jimin, what the fuck? " Yoongi menahan lengan Jimin daripada berjalan keluar daripada tempat persembunyian nya. Pandangan lelaki itu tajam memandang wajah Jimin dihadapan nya itu. Dianggap lelaki itu sudah gila sebab dia hampir-hampir sahaja menghancurkan tempat persembunyian mereka. Dia sendiri dapat rasakan yang keadaan akan jadi semakin teruk kalau Jimin melakukan sedemikian.

Jadi dia tak mahu benda tu berlaku.

Derapan kaki makin mendekat. Yoongi mula menelan air liurnya apabila Jimin memandang nya dengan pandangan yang mendesak, cuba berkata sesuatu ataupun meminta Yoongi untuk melepaskan lengan nya.

" mungkin ianya seorang budak yang perlukan pertolongan kita dan mengalami masalah yang sama seperti kita. We must help her, Yoongs. " Jimin berkata dan barulah Yoongi tahu apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh Jimin itu.

" are you fucking insane? Kalau kau tergugat sangat dengan Si Seokjin tu cakap sebab ugutan dia, please don't. Bila kau masuk dalam lubang kematian ni, semua benda yang mustahil boleh terjadi tau tak? Jangan bertindak bodoh please. " kata Yoongi dengan nada yang mendatar. Dia cuba memperlahan kan kata-katanya agar tak didengari oleh benda yang tak sepatutnya.

" but.. she's a girl. A little ones. "

" so what, sial. Kau mana tahu dia sajat ke siapa. Zaman sekarang ni banyak benda boleh berlaku. So don't even think about it. " Yoongi menolak Jimin kebelakang menyebabkan lelaki itu terduduk kebawah. Jimin mengeluarkan keluhan perlahan dan tak bergerak langsung daripada posisinya.

" You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away "

Budak perempuan itu mengakhiri nyanyiannya dengan ketawa yang kuat, dan panjang. Buat ketika apabila mendengarnya, kedengaran seperti dia mengilai dengan lama dan bercampuran ketawa yang nyaring sekali. Itu mengugupkan kedua lelaki yang sedang menyorok di sekitar tempat tersebut.

Mereka tunggu lama lagi sekali, tidak kedengaran langsung derapan kaki mahupun nyanyian. Itu membuatkan Jimin dan Yoongi menghela nafas lega. Mujur yang mereka dapat melepaskan diri daripada budak perempuan yang menyanyi tu. Secara jujurnya, budak tu nyanyi dengan merdu sekali.

" mungkin dah selamat " Kata Yoongi dengan senyuman pada wajahnya. Jimin hanya mampu mendiamkan diri, tetapi dia cuba kurangkan kerisauan yang bertakhta dalam hatinya itu. Ya, ianya lebih baik.

" Mhm.. "

" marilah keluar daripada sini— " dan mereka berdiri dengan serentak, keluar daripada tempat persembunyian itu dengan thriller sekali.

" you are my sunshine, my only sunshine. "

Tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali.

. . .

HOHO 😛

Last update for this year :')

hollow of the low. Where stories live. Discover now