-

4.2K 334 15
                                    


2 minggu kemudian...

Arumi Syauqina....

    
            Selesai sahaja prep, aku laju menaiki tangga menuju ke dorm.  Penat woo!  Seharian study hari ni.  stop bila waktu solat je.  Waktu makan ada yang skip.  Memang betul2 mencabar keimanan!

            Sampai sahaja di katil, aku mengemas apa yang patut.  Nasib la bilik ni form 5 belaka so takde la nak bising sangat.  Yelah, masing2 dah letih tahap nak tidur mati kot. Setiap hari pergi kelas petang, kelas malam.  Masuk bilik just untuk tukar pakaian dan tidur. Full time  punya jadual tahun ni!

              Sedang elok aku mengemas, seisi bilik dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik yang kuat macam ketua gangster masuk kawasan.  Serentak kami as ahli2 dorm memandang ke arah siapakah gerangan manusia tak ada adab itu. Jeng jeng jeng!!!  Guess what?  Matilda is here!  And yes, she's looking for me. Dah kau tak puas hati ape pulak kali ni???!!!

            Dia melangkah ke arah aku dengan penuh acah gangsternya. Matanya menjeling2 diriku tak sudah2. Eh, kau ingat aku takut??!!!  Piiirahhh!  Budak baru nak up macam ni la guys!!! Roommates aku dah tengok lain macam tapi aku bagi isyarat supaya mereka  bertenang.

"Perempuan sial ni la yang aku cari!!!  Geng, ini dia perempuan desperate tu!!!",jerit Matilda dengan lagak beraninya kepada konco2nya.  Aku perhati di belakangnya.  Oh, ramai lagi geng2 dia! Mereka gelakkan aku bagai aku ni pesalah yang patut dimalukan. 

             Ehem, takpe.  Rileks dulu.  Aku menyuruh yang lain terus bertenang.

"Ermm... Adik datang sini sebab apa ya??",aku acah2 bertanya.  Dia memandangku meluat.

"Tak payah nak beradik2 sangat la!!!  Menyampah aku dengan kau!  Hey, sial!  sedar la sikit kau tu gemuk!  selekeh!  yang kau kejar jugak abang Mulhim tu kenapa erk???  Desperate eh???  kesiannnn!!!",Matilda tak menjawab soalan aku tapi dimaki hamunnya aku di khalayak ramai.

"Oh,macam tu... Adik confirm ke adik dah cukup sempurna untuk perli saya??? Lagi satu, adik dah sah jadi isteri kepada Mulhim ke adik marah2 saya ni???",itu dia soalan pedas aku beri!!!

"Eh,betina ni!!!  At least aku ni cantik! kaya!  bukan macam kau! dah la gemuk!  miskin pulak tu!",dia memberontak. Okey,aku sabar lagi.  sabarrr lagiiii!

 
          Syuha dan yang lain yang baru sampai di pintu bilik dah membukukan penumbuk. Laju mereka berjalan ke arah aku dan bertanya,

"Arumi,kenapa ni???"

        Aku hanya diam. Mata Matilda ditenung tajam.

"Kau buat apa kat sini???  cari pasal???",pertanyaan kini beralih ke arah Matilda, masih dengan nada yang bertenang.

"Eh,kau menyibuk tu kenapa??!!",tengking seorang konconya di belakang.

"Kau diam!!!!  Aku bukan tanya kau!!!  Aku tanya dia!!!",sergah Syuha geram sambil menunjuk ke arah Matilda. Matilda gelak sinis.

"Satu je pesanan aku,Arumi sial.  Jauhkan diri kau dari Mulhim sebab kau memang tak layak untuk dia.  Tolonglah, cermin diri sikit kau tu jenis macam mana. Don't hold your breath okay???",pesannya lalu ingin melangkah pergi. Aku tergelak besar.  Serious, lawak!  Dia kata macam tu without knowing yang aku ni telah sah jadi isteri orang yang dia puja tu??? Kalau dia tahu agaknya dia akan malu sebab pernah kata ayat2 sebegitu kepada aku!

        Matilda memandangku kembali. Jelas terpamer riak bengang dimukanya.

"Kau dah kenapa gelak macam setan???  lawak ke sial???!!!",tengking Matilda.

"Nothing.",balasku ringkas.  Alahai budak2! baru form 2 dik!  jauh lagi perjalanan kau!

"Bodoh punya Arumi!!! Sial betul la ada betina desperate macam kau dalam dunia ni!!!",jerit Matilda macam orang yang dirasuk iblis.

"Pakai tudung labuh tapi mencarut apa guna, dik??? Munafik eh???",perliku sinis.  Rasakan!  dah lama aku nak kata!!! Dia semakin tercabar dengan kata2ku.

"Kau tu yang sial!  Dah la gemuk! Tak sedar diri!  Nak jugak kau pikat abang Mulhim!  Eh,betina!  sedarlah kau tu selekeh!!!",balasnya melenting.  Aku hanya membuat riak selamba.

"So what??? problem ke bagi kau???",sengaja aku bertanya.  Maklumlah, bukan selalu layan perangai budak tak matang ni! Kuperhati kawasan bilik yang dah dipenuhi para penghuni.  Argh, rileks je.  Yang merapu tak habis2 ni la yang malu nanti! Lagipun,semua dah maklum. Aku memang tak ganggu kisah hidup orang!

"Kau tu yang setan!  Kau ajak abang Mulhim berzina!  Kau ajak dia buat maksiat! Kau cemarkan nama sekolah ni!!!",balas Matilda sekuat hati menyebabkan semua disitu memandang kami dengan riak terkejut dan seakan tidak percaya.

"Kau cakap apa ni???",tanyaku pelik.

"Kau ingat aku tak tahu ke selang sehari kau akan jumpa dia setiap kali habis waktu sekolah! Dah la kau ajak dia jumpa kau kat tempat sunyi!  tak ada manusia lalu lalang kat kawasan tu!  lepastu kau main sentuh2 tangan dengan dia!  bergurau manja dengan dia!  Apa semua tu???  Bukan ke tu semua permulaan menuju ke arah zina??? Jawab!!!",Matilda mula menebarkan fitnah.  Aku dah mengetap gigi.  Aku isteri dia, dik... Aku isteri dia! 

         Nak je aku kata tapi aku pasti.... manusia mana pernah nak percaya benda2 macam ni kan???

"Kenapa diam??!! Eh, kalau ikutkan hati aku, nak je aku report kat cikgu disiplin kau tahu tak??!!!  Biar kau, biar Mulhim kau tu kena buang sekolah!!!",sambung Matilda lagi. Ya Allah, berilah aku ketenangan.... sabarnya aku dengan budak ni!!!!

"Eh,agak2nya la kan.  Adik kau mati tahun lepas sebab dia perangai desperate macam kau!!!!"

PAAANGGG!!!!!

             Suasana di kawasan dorm dan sekitarnya senyap sebentar.  Semua manusia memandangku terkejut manakala Matilda statik dengan tangannya yang memegang pipi kanannya.

"Kau nak hina aku???  boleh.  Kau nak maki hamun aku???  dipersilakan. Tapi once kau hina kematian adik aku, aku memang tak boleh bersabar...",ujarku sambil menahan geram. Syuha di belakang sudah menyentuh bahuku menyuruh aku bersabar.

"Kau patutnya mati sekali dengan adik kauu!!!!!",jerit Matilda sambil menangis. 

PANG!  PANG! PANG!

               Bertalu2 tamparan singgah ke pipi Matilda sebelum Syuha dan lain menahan aku. Air mataku sudah bercucuran laju.

"Sepatutnya la kan, syaitan bertopengkan manusia dan bermulut puaka macam kau ni yang patutnya mati dulu. Dasar biadap!  Sedar la sikit kau tu junior!!!  Baru form 2 kot!!!  eh, sedarlah kau tu yang desperate sekarang ni!  Dahlah desperate!  buat fitnah pulak tu!!!  Kalau tak tahu cerita sebenar better diam la, 'cerdik'!!!!!",tengking Syuha geram. Aku menarik Syuha agar tidak menghadap junior biadap itu lagi.  Bimbang jika situasi menjadi semakin teruk.

"Kau dengan konco2 jahannam kau ni sila pergi balik ke dorm sekarang. Balik!!!!",arah Meen yang mulai mengamuk. Dia melihat ke arah penonton2 tidak berbayar. Semua lintang pukang lari ke bilik masing2.

           Matilda and the geng perlahan2 beredar dari situ.  Sampai sahaja di luar, mereka memberontak dengan menendang pintu dan merembas barang2 yang ada diluar.

"Hoi,biadap!!!!  Kalau rasa nak menyetan sangat mari jumpa depan2!!! Bukan mogok belakang!!!! Eh,menyampah pulak aku dengan junior2 takde class camni!!!",tengking Meen geram. Langsung bunyi2 merembas dan menyepak itu diam serta merta. Tahu takut!!!

"Sabar, Arumi... sabar....",ucap Syuha sambil menggosok2 belakang badanku.  Aku cuba menahan air mata yang jatuh. Cukup la setakat ni je aku bersabar... cukup!!!!

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now