-

4.3K 323 23
                                    


'Hujan lebat yang tidak berhenti sejak 3 hari lalu telah menyebabkan banjir besar di negeri Terengganu dan Kelantan. Kesemua mangsa kini selamat berada di pusat pemindahan yang terdekatTiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini."

              Berita di corong radio tentang banjir sedikit pun tidak menarik perhatianku. Aku terus termenung melihat diriku di hadapan cermin. Air mata berlinang laju seperti kebiasaannya.

             Yani,bilik ni sunyi bila kau takde.  Kenapa kau pergi awal sangat? Bukan ke aku dah cakap kat kau... Nanti bila aku dah ada kerja sendiri, aku nak bawa kau pergi jalan2.. Kita shopping sama2... Tengok wayang sama2... Kenapa pergi awal sangat, Yani?... Aku tak sempat nak tunaikan kata2 aku kat kau, Yani.....

               Yani,semalam aku dikahwinkan dengan seseorang yang dah robek hati aku,Yani. Kononnya, supaya aku tak rasa apa yang kau rasa... Sumpah, semua ni menyakitkan aku.... Kalau kau masih hidup sekarang... Aku tak perlu pun kahwin.. Dengan kau je aku boleh rasa bahagia... Sebab kau adik aku... Satu2nya adik aku...

           Gunting jahit di tangan kupandang.  Air mata terus menerus berlinang laju.  Maafkan aku,semua.... Maafkan aku... 

              Perlahan2 aku membawa gunting itu mendekati leherku. Ada suara yang menidakkan perbuatanku di dalam hati.. Tapi ada juga suara yang menyokong aku meneruskan perbuatan ini..

             Aku pejamkan mata serapat yang boleh.  Aku dah bersedia.... Aku memang dah tak boleh fikir apa2.... Gunting itu semakin mendekati leherku dan....

Krekk....

             Aku melihat ke arah pintu.  Dia sedang melihat aku dengan riak terkejut. 

"Arumi, mengucap Arumi.. Mengucap....",tuturnya cemas. Aku tidak menghiraukannya lalu meneruskan perbuatanku.

"Aku cakap mengucap!..",nada suaranya naik seoktaf lalu dia menghampiriku dan menepis gunting tersebut sehingga terpelanting jauh dari kami.  Aku memandangnya tajam.

"Kau gila,Arumi..Kau gila!  Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni???",tanyanya geram.  Aku hanya berdiam diri.

"Kau dah tak tahu nak beza halal haram ke??? Dah tak tahu nak beza pahala dan dosa??? Hah?!",tanyanya lagi sambil mencengkam kuat bahuku.

"Lepaskan aku!",jeritku sambil menepis tangannya.

"Kalau kau tak ikhlas nak jaga aku, kenapa setuju dengan mak ayah kau??? Kenapa tak pertahankan kehendak kau??? Kalau kau tahu perkahwinan ni menyusahkan kau, kenapa tak cakap dekat mak ayah kau??? Kenapa akur je dengan permintaan mak ayah kau??? Sedangkan kau tahu kau akan dikahwinkan dengan perempuan yang kau benci sepenuh hati kau!!!",bertalu2 soalan kuberi. Dia ingin membalas namun pantas sahaja aku memintas,

"Kita terlalu muda untuk benda ni!  Kau,aku! Kenapa tak pertahankan kemahuan kau?!"

"Sebab kau tak pandai jaga diri!",balas Mulhim geram.

"Apa pulak aku tak pandai jaga dirinya?! Eh,kalau setakat kena buli tu aku tak heran la! Aku kuat kot! Kau sendiri tahu aku dah terbiasa macam tu dari dulu! Dulu kau tak kesah pun pasal aku apesal tetiba nak kesah pulak?!",bidasku kasar.

"Oh, okay.  Kalau macam tu kenapa tak boleh terima kenyataan yang adik kau mati dibuli??? Kenapa sampai kemurungan??? Kenapa sampai susahkan mak ayah kau??? Jawab! ",bentaknya sambil menepuk meja solekku. Aku terdiam seketika. Lalu,aku pergi ke arah kerusi yang bersebelahan tingkap dan berpaling menghadap lain.  Malas nak layan jantan tak guna tu!

Suasana dibiarkan jeda...

                  Aku lihat Mulhim sedang perhatikan gambar2 yang digantung pada dinding. 

"Jadi,ini adik kau yang mati hari tu???",tanyanya mendatar.  Aku tidak menjawab.  Soalan bodoh tak perlu dijawab!

"Mak ayah kau suruh bersiap.  Nak cari baju sekolah petang ni..Tadi, diorang keluar dengan mak ayah aku pergi mana entah aku tak tahu.. Adik2 aku ada kat rumah aku.. Sekarang ni kita berdua je yang ada kat rumah ni..",maklum Mulhim lalu ingin melangkah keluar dari bilik.

           Owh, patut la berani tengking aku! Takde orang kat rumah ni rupanya! Sebut pasal baju sekolah... Laju sahaja aku menangkap bayangan diingatanku....

                 Baju sekolah Yani yang berlumuran darah... Dan baju sekolah aku turut terkena darahnya yang mengalir laju... Dan.... Wajah Yani yang longlai di pangkuanku.....

"Arghhhhhhh!!!!",jeritku sekuat hati lalu menangis bagai orang gila. Kenapa??? Kenapa aku terbayang lagi???!!! Kenapa??!!!

     
         Aku dengar Mulhim berlari ke arah aku dan mendapatkan aku.

"Woi! Kau dah kenapa hah?!",tanyanya dengan nada terkejut. Aku hanya diam dan terus menangis. Dia kini berhadapan denganku.  Bahuku digoncang kuat olehnya.

"Kau dah kenapa?!  Jawablah! Jangan diam!",tanya Mulhim tidak henti2. Aku memandangnya. Air mata menitis laju.

"Ariani....baju dia.... Berlumuran darah.... Masa tu.... Baju sekolah dia... Berlumuran darah...",ucapku diselang seli dengan tangisan.  Dia bangun dan terus memerhatikanku.

           Aku dah agak.  Dia tak tahu nak tenangkan aku. Sebab dia... Dia tak rasa apa aku rasa!

            Sebelah tangannya tiba2 menyentuh kepalaku. Tangisanku terhenti mengejut. Dah kau kenapa?....

"Aku janji,Arumi.... Aku janji atas nama Allah... Aku akan jalankan tanggungjawab aku untuk lindungi kau dan jaga kau... walaupun aku tak cintakan kau..."

         Aku terkesima... Seakan2 tidak percaya dengan kata2 Mulhim.... Dia laju menjatuhkan tangannya dan melangkah keluar dari situ.... Meninggalkan aku yang masih terpana....

           

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now