-

4.6K 333 30
                                    

Arief Mulhim....

             
             Aku berjalan2 di sekitar kawasan sekolah. Cuma sekadar mahu tenangkan diri. Mengenangkan peristiwa yang berlaku semalam cukup membuatkan aku serabut.

            Kenapa Arumi tak pernah faham yang aku tak suka dia? Kenapa tetap nak anggap perkahwinan mengarut ni akan kekal lama? Kenapa dia tetap nak menang hati aku sedangkan lepas SPM tetap bercerai??? Dan kenapa dia nak kongkong sangat hidup aku??!!!

                  Argghh! Fikir pasal minah ni memang buat aku pening kepala! Sumpah,aku benci dia tahap dewa!

BAMM!

                  Aku kalut memandang ke arah orang yang telah kulanggar tanpa sengaja. Dahlah perempuan!

"Eh,saudari. Maafkan saya. sa...saya tak sengaja!",ucapku gelabah. Dia turut memandangku gelabah.

"Tak.Tak.Sepatutnya saya yang minta maaf kepada awak sebab tak tengok depan.",balasnya cuak.

Dup. Dap. Dup. Dap.

               Aku terpana memandangnya. Seakan tidak percaya dengan pertemuan ini...

"Syasya Afiqa???",tanyaku teruja. Dia memandangku pelik.

"Ya,saya..Saudara kenal saya ke?",tanya dia kembali. Laju aku menganggukkan kepala.

"Saudari ingat tak orang yang tanya siapa pemilik buku yang saya jumpa di pagar Aspura tu?? Sayalah orangnya.",bersungguh2 aku cuba mengingatkannya.

"Oh,saya dah ingat! Awak rupanya orang tu. Btw,syukran ye. Nasib awak yang jumpa. Kalau yang jenis tak bertanggungjawab yang jumpa saya tak tahulah apa yang terjadi.",kata Syasya. Jelas terpancar cahaya kemanisan diwajahnya.

"Hahah,It's okay..",balasku seraya tersenyum.

Suasana jeda seketika.

"Err..saya pergi dulu ye..",pinta Syasya lalu ingin melangkah pergi.

"Eh,tunggu kejap!",Aku menahan. Syasya berpaling dengan muka terpinga2.

"Saya rasa...saya suka awaklah... Okey2,jujur. saya suka awak sejak form 1 lagi. saya sangat terpikat dengan budi bahasa awak. Err...kalau awak sudi....boleh tunggu saya untuk lagi 5 tahun??? Supaya saya boleh dapatkan pekerjaan yang boleh menjamin masa depan awak..",aku bertindak meluahkan perasaan secara drastik. sumpah,aku tak tahu kenapa aku tiba2 berani macam ni!

            Syasya kulihat dia memandangku dengan riak terkejut namun perlahan2 berubah muram. Dia menghela nafas berat seraya berkata,

"Mulhim. Sebenarnya saya dah lama tahu yang awak minat saya.. tapi, maafkan saya.  Saya tak boleh terima awak."

BOOM!

               Jantungku bagaikan meletup mendengar pengakuan Syasya.

"Ta... tapi... ke... kenapa???",tanyaku meminta penjelasan.

"Mulhim, I believe that there's somebody who can accept you for who you are.  But, sorry to say, she's not me.  Saya tahu ada orang yang boleh terima awak seadanya sejak awak tak ada apa2 lagi.  Dan saya yakin sekarang pun dia masih dengan perasaan yang sama terhadap awak walaupun awak sudah mempunyai segala pangkat dan ramai peminat..",jawab Syasya straight to the point. Lagilah rasa seperti dibom berkali2 jantung hati diri ini. Aku rasa aku tahu siapa yang Syasya maksudkan.

"Si...siapa dia yang boleh terima aku seadanya tu???",sengaja aku bertanya Syasya. Syasya menghela nafas.

"Arumilah orangnya,Mulhim. Saya ada nampak awak jumpa dia semalam tapi saya tak tahu atas urusan apa.Tapi nasihat saya...Tolonglah, jangan sia2kan dia. She's the one for you and cannot be replaced."Syasya memberi kata balas. Aku terdiam sediam2nya. speechless.

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now