-

4.5K 352 31
                                    

P/S : For my beloved readers. Part ini adalah surprise untuk anda. Enjoy😘💕

3 minggu selepas kejadian...

        Air hujan yang mencurah2 diluar menjadikan bilik tidurku terasa dingin.  Lebih dingin lagi bila aku lihat katil di sebelahku kosong dan kemas. Dan tak akan pernah diduduki tuannya lagi... Sampai bila2....

       Aku memandang teddy bear kesayangan Ariani di tanganku. Ariani.... Maafkan kakak...

Tap. Tap. Tap.

         Air mataku menitis untuk kesekian kalinya. Yani, pasti kau rasa takut sangat waktu tu kan??? Tapi sebab pertahankan maruah aku, kau kuatkan diri kau...

          Yani,aku memang kakak tak guna kan??? Aku biarkan kau kena buli sampai mati. Sepatutnya aku ajak kau pergi farewell party tu sekali! At least kau hidup lagi saat ni!

          Yani,aku memang tak layak jadi kakak kan???  Disebabkan kelalaian aku, kau mati. Aku ni lemah, pengecut! Aku tak mampu lindungi satu2nya adik yang aku ada.. Aku pengecut!

Tok.  Tok. Tok.

          Pintu bilik diketuk perlahan dari luar. Aku tidak menghiraukannya dan terus melayan perasaanku. Air mata membasahi wajahku.

            Sumpah, aku sangat2 terasa akan kehilangan Ariani!  Bayangkan, rumah ini bising kerana suara aku dan Ariani. Tapi, bila Ariani tiada..dengan siapa lagi aku nak bergurau senda???  Tak ada!!!

"Nana... Sudah la tu... Mari keluar makan sayang.. Tak baik terus bersedih..terseksa Yani kat alam sana,sayang...",pesan ibu dari luar bilik. Aku hanya berdiam diri. Tidak mahu memberi respon pada kata2 ibu.

"Nana... Masuk hari ini.. Dah tiga hari kamu minum air masak sahaja.. Perut kamu tu sangat kosong.. Keluarlah.. Kita makan sama2... Jangan bahayakan kesihatan,sayang...",ibu tidak berputus asa memanggilku. Aku mengelap air mata. Ariani, kalau kau ada.. Pasti kau yang pujuk aku sekarang ni...

"Nana.. Kalau Nana sayang ibu.. Nana dengarlah cakap ibu ni.. Tolonglah dengar... Nana seorang je anak ibu yang masih ada... Tolonglah jangan buat ibu macam ni...",rayu ibuku dengan nada ingin menangis.

            Perlahan2 aku bangun dari katil dan menapak ke arah pintu.

"Ibu....",panggilku sambil membuka pintu bilik.

"Ya sayang...",sahut ibuku lalu kami bertentang mata.

"Nana penyebab Yani mati kan?...",tanyaku sebak. Ibu menggelengkan kepala.

"Bukan Nana...Demi Allah, bukan Nana penyebabnya... Ajalnya sudah sampai... Kita kena reda Nana... Janganlah terus bersedih begini...",balas ibuku bersungguh2. Aku mengangguk perlahan.

"sudah.. Mari kita makan ye nak.",ajak ibu lagi. Aku hanya menurut tanpa banyak soal. 

        Sampai sahaja di meja makan, aku lihat ayah turut menunggu disitu. Dia hanya memandang sekilas kepadaku dan kemudiannya menumpukan perhatian kepada surat khabarnya.

           Aku tahu ayah agak risau dengan keadaanku yang semakin kusut dan tidak bersemangat dari hari ke hari.  Ibu meletakkan nasi putih dan lauk sup ayam ke dalam pinggan dan menghulurkannya kepadaku.

"Makanlah...",jemput ibu lalu mereka berdua menjamah makanan yang berada di hadapan mata.

       Aku melihat sup ayam yang berada di dalam pingganku.  Ini.. Makanan kegemaran Ariani....

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now