#Tahun 2015

10.3K 520 13
                                    

Arumi Syauqina...

        aku menggelengkan kepala pabila teringatkan bagaimana keadaan diriku tahun lepas. semestinya ia meninggalkan sejarah hitam dalam hidupku. manakan tidak??? ponteng,dicaci,dibuli,dipulau... semua itu cukup buat aku rasa tertekan!

       Sesekali aku mengeluh. Keadaan kelas yang bising kerana ketiadaan guru kulihat sekilas. membosankan. Cikgu2 memang confirm tak masuk untuk seminggu ni. Dengar cerita satu majlis bakal diadakan next week. mesti mereka sibuk melakukan persiapan...

"Arumi Syauqina!!!",satu jeritan singgah ke telingaku. laju aku melihat ke arah blok sebelah. "jom lepak weh! geng kita yang lain dah tunggu kat tempat biasa!",jeritnya lagi. aku menganggukkan kepala tanda setuju lalu melangkah keluar dari kelas. oh,lupa nak intro. yang jerit tadi itulah orang first yang tegur aku dan sudi berkawan dengan aku tahun lepas. and yes! she make my life better. Zanjabilla Syuhaira nama diberi. Indah nama seindah akhlaknya. acecehhhh gituw! hahah.

     Langkahku kini hampir sampai ke destinasi yang dituju. Aku tersenyum memandang mereka semua.mereka??? Ya,semua sudah menunggu kedatanganku disitu. Mia si mulut murai,Meen si kaki hipster juga 'tomboy',si pendiam tapi bertukar rupa bila dengan kitorang,si Auda,Bella...hah,yang ni kacuk mat saleh dan malaysia ni! Cassandra Nabella nama mat salehnya...nama Islam??? Insyira Liwani binti Abdul Mubin. cantik orangnya tapi dah beribu lelaki gagal buat dia tersangkut. hahahaha. and lastttt one. Syuha 'twin' aku. alahhh yang namanya Zanjabilla Syuhaira tadi tuuuuu! hah,itu la dia! Syuha tu nama glamor dia. ahaks!

"Woi,minah! Assalamualaikum!",tegur Auda sambil mengangkat tangannya. Kan aku dah cakap,si pendiam ni bertukar rupa bila dengan kitorang. "woi,kau! Waalaikumussalam! hey,aku tanya apa khabar?~ aku tanya apa khabar?~",jawabku sambil bersalaman dengan mereka.

"hey,aku jawab khabar baik~ aku jawab khabar baik~",balas Syuha sambil membuat gaya. terburai tawa kami melihat gayanya yang dah macam tak betul tu.

"so,apakah topik perbincangan kita pada hari ini???", tanya Meen tidak sabar2. semua terfikir2 tajuk yang sesuai.

"hah,aku tahu! kita cakap pasal ciri2 lelaki idaman kita....",Bella bersuara. "erm...boleh la boleh la...sekali sekala bercakap pasal benda yang kita tak suka...",komen Mia. semua disitu menyokong.

"so,siapa nak start dulu?", tanya Auda. semua mata terarah pada Meen sementara Meen memandang pelik ke arah kami. "apekes tengok aku camtu???",tanyanya sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Memandangkan Meen ni jenis tak layan lelaki dan kasar sikit... apa kata kita mulakan dengan cik Yasmeen Najuaa' kita??? mungkin dia ada ciri2 yang unik untuk lelaki idamannya. siapa setuju???",tanyaku. hah,itu diaaa satu geng angkat tangan nahh!!! Meen terdiam seketika.

"ish! aku tak main argh 'prince charming' apa semua nih! Dengan jantan pun aku dah naik meluat tengok! muka diorang tu layak dapat karate dengan pelempang je tau! menggatal! aku tak suka la benda2 macam ni!",kata Meen dengan nada marah. semua disitu mengangguk. memang itulah kebiasaannya reaksi dia bila kami tanya pasal lelaki...

"okey,kita pergi kepada Mia...",ujar Syuha. Mia menarik nafas sedalam2nya lalu berkata,
"Aku tak pilih banyak pun. aku nak lelaki yang boleh buat aku happy dan mampu hilangkan kesedihan aku dengan lawak dia. tu dah cukup.."

"cehhhh!!!",serentak kami bersorak. seorang demi seorang menyatakan ciri2 lelaki yang mereka impikan. majoriti nak yang friendly,setia dan semestinya bab agama tak tinggal! sehinggalah.....

"Last one! cik Arumi kita. hang nak yang lagu mana???",tanya Syuha sambil senyum sinis. hah,sekarang ni aku pulak yang terkacip.

"err....aku tak tau argh nak pilih yang lagu mana.... aku sendiri pun tak pernah cakap dengan budak2 lelaki sekolah ni apatah lagi budak2 luar....",jujur aku membalas. betul apa. aku takda phone kot!!! semua disitu mengangguk faham.

"eh,jom pergi kantin. lapar ni. tak makan pagi pun tadi...",ajak Meen bersungguh2 apabila loceng waktu rehat berbunyi. "jom!!!!!",balas kami serentak lalu bangun dan menuju ke kantin. kami berjalan sambil berborak dan ketawa.

"eh,inilah Arumi yang selalu ponteng tahun lepas tu kan???", satu suara tiba2 menegur kami. berderau darahku apabila melihat sekumpulan lelaki di hadapan kami. ya,lelaki2 inilah yang selalu membuli dan mencaci aku!!!

"ha'ah la!!! wow,dah ada geng ye sekarang! bukan ke dulu kena pulau satu sekolah ke????", balas rakannya lalu mereka ketawa sekuat hati. aku mengetap bibir. geram dengan perangai mereka yang sememangnya sengaja buat aku terimbau kenangan hitam tu!!!

"sudahlah woi!!! kau orang hina dia kau orang dapat apa??? anugerah??? penghargaan??? pujian??? dapat dosa adalah!!! pergi la cari kerja berfaedah sikit!!! baca buku ke Al-Quran ke. dah2,sekarang ni aku lapar! bagi aku laluan atau kau orang akan makan sepakan aku hari ni!!!", kata Meen bengang. semua lelaki tadi hanya menggelakkan Meen sambil mengejek. Syuha yang mulai bengang mengajak kami mencari lain untuk ke kantin. kami mengikuti langkahnya. nak hadap sialan macam mereka tu.. 7 keturunan belum tentu selesai!!!!

      bahuku tiba2 ditepuk lembut oleh Syuha. "semoga kau tabah,kawan...mulut orang memang tak boleh nak tutup...",kata2 semangat diberi. mereka yang lain menyokong kata2 Syuha. aku mengangguk. "terima kasih...",ucapku kepada mereka. Syuha tergelak. "Alah,Arumi! no hal la! kita geng! benda2 macamtu dah menjadi kebiasaan la! aku protect kau,kau protect aku...kita sama2 pergi syurga,okey???",ujar Mia senang diiringi sokongan yang lain. aku tersenyum. Terima kasih,Tuhan....

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now