"Baguslah kalau macam tu. Boleh kamu jumpa dia besok langsung."

"Insya-Allah, ibu. Kalau tak ada apa-apa lagi, Amanda letak dulu boleh? Sebab Amanda belum solat Asar lagi."

"Hah, yelah. Jaga diri kat sana. Assalamualaikum."

"Ya, bu. Waalaikumsalam."

Talian panggilan diputuskan. Amanda duduk termenung di birai katilnya. Sepatutnya dia gembira memandangkan Aariz akan tiba pulang ke Malaysia besok. Ini tidak, malah sebaliknya hatinya seakan gundah gulana. Aariz pulang, tetapi tidak memaklumkan pada dirinya? Adakah sesuatu bakal berlaku?

"Woi, kenapa kau termenung ni? Gaduh dengan Aunty Ida ke?" soal Adilla. Sebungkus coklat masih ditangannya untuk dimakan lagi. Adilla mengambil tempat di sisi Amanda. Amanda menggeleng perlahan lalu menghela nafas keluh sebagai balasan.

"Entahlah, Dilla. Aariz balik besok sebenarnya. Tapi dia tak ada pun beritahu aku. Dia buat aku risau." luah Amanda dengan nada mengeluh. Matanya hanya menatap kosong dinding bilik hote yang putih itu.

"Aariz balik besok? Dia tak beritahu kau?" sampuk Aireen yang daripada tadi curi dengar. Dia seakan tidak percaya pula Aariz sedemikian.

"Ya. Kalau misalnya ibu tak beritahu aku, agaknya aku tak tahulah bila dia balik." jawab Amanda kesal. Adilla mengusap bahu Amanda dan tersenyum cuba 'positif' kan fikiran sahabatnya itu walaupun dia sendiri tertanya-tanya juga.

"Relakslah, Jihan. Cuba think positive sikit. Maybe he wants make a suprise for you. Yelah, takkan dah bertahun tak jumpa tiba-tiba nak balik gitu je. Mesti prepare something." kata Adilla yang ingin menyedapkan hati Amanda sebenarnya.

Bukan dia tidak tahu, semenjak dua tahun kebelakangan ini Aariz jarang berhubung dengan Amanda. Kalau tidak Amanda menelefon Aariz, memang mereputlah Amanda kalau hendak menunggu panggilan daripada Aariz. Cuma dia tidak mahulah dia bersangka buruk dengan Aariz.

Namun, kegusarab hati Amanda sedikit sebanyak telah berkurang selepas diberikan kata-kata semangat oleh Adilla tadi. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan sahabatnya itu. Harap begitulah.

"Harap macam tulah. Dahlah, aku nak mandi dulu. Kan terlepas Asar pula." kata Amanda lalu bangun dari birai katil. Adilla mengangguk kecil. Mana tahu hatinya semakin tenang selepas mengambil wudhuk dan menunaikan solat Asar.

-

"Alhamdulillah, sampai juga kita ke negeri Johor tercinta!" kata Amanda dengan riang sambil jalan beriringan bersama Adilla, Ellyza dan Aireen keluar dari balai ketibaan domestik.

"Hek eleh, tahulah hari ni nak jumpa encik tunang. Bukan happy sebab dah balik Johor." usik Adilla seraya sikunya menyenggol Amanda.

"Ish, mana ada." balas Amanda dengan tersipu malu. Sahabat-sahabatnya yang lain mulai meluat melihat versi 'gedik' Amanda. Mereka tidak terbiasa dengan sisi feminin Amanda. Oleh itu mereka memanggil Amanda 'Jihan', bukan 'Amanda' seperti orang lain.

"Aku nak pergi toilet sekejap lah. Aku tahan je daripada tadi. Tengok si Jihan macam tu, lagilah aku tak tahan. Seorang teman aku jom." kata Aireen tiba-tiba yang mendiamkan diri sejak tadi.

"Kalau macam tu, biar aku teman kau. Aku pun macam nak buang air juga ni." ujar Ellyza. Dia memang sejak tadi tahan dari dalam penerbangan mereka tadi.

"Kalau macam tu, aku dengan Dilla tunggu duduk kat kerusi sana." kata Amanda lalu mengajak Adilla duduk di kerusi yang disediakan khas untuk tempat menunggu.

Ellyza dan Aireen terus mengorak langkah menuju ke tandas. Sebelum mereka masuk ke tandas, sempat Aireen berselisih dengan seorang lelaki yang dikenalinya tetapi dia tidak ingat siapa lelaki itu. Lebih-lebih lagi Aireen seorang yang mudah lupa. Cuma dia hanya pasti dia pernah berjumpa lelaki itu, cuma tidak pasti siapa dan di mana. Malas ingin berfikir panjang, dia terus memasuki tandas memandang tinggal hujung-hujung sahaja.

Usai selesai urusan mereka berdua, mereka terus mengorak langkah keluar daripada tandas. Tidak mahu lama-lama, nanti penat pula Amanda dan Adilla menunggu. Namun langkah Aireen terhenti apabila melihat lelaki yang berselisih dengannya tadi sekali lagi bersama seorang wanita yang mendukung bayi yang berumur lebih kurang setahun lebih.

Ellyza yang ralit mengelap tangannya dengan tisu terlanggar belakang tubuh Aireen.

"Kau ni kenapa tak jalan? Buat roadblock pula." bebel Ellyza. Aireen menjuihkan bibirnya ke arah lelaki tadi. Ellyza terus menghalakan pandangannya ke arah lelaki itu.

"Tu, kau nampak tu. Aku macam kenal lelaki tu. Tapi tak ingat siapa. Kau kenal tak?" soal Aireen. Dahinya berkerut untuk mengingati lelaki itu.

Ellyza menyengetkan kepalanya sedikit, matanya dikecilkan cuba untuk mengecam figura itu.

Beberapa saat kemudian...

"Ya Allah! Takkan kau tak kenal!" kata Ellyza tiba-tiba dengan nada separuh menjerit. Beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang pelik ke arah mereka berdua.

"Kan aku cakap tadi, aku macam kenal. Tapi tak tahu siapa dia. Tak ingat." jawab Aireen geram. Ellyza menepuk dahinya.

"Eh, Aireen. Dah terang lagi bersuluh itukan Aariz. Adeeb Aariz, tunang Jihan." jelas Ellyza. Kali ini, Aireen pula menepuk dahi sambil memandang Aariz yang keluar daripada lapangan terbang itu.

Bagaimana dia boleh melupakan rakannya seorang itu. Mungkin wajah Aariz yang sedikit matang dan maskulin itu membuat dirinya tidak mengenali Aariz. Almaklumlah, sudah beberapa tahun tidak berjumpa. Manusiakan mudah lupa.

"Ya Allah, patutlah aku macam pernah tengok. Aku tak cam sebab muka dia macam matang sikit. Habis tu, siapa perempuan yang dengan dia tu? Dengan baby yang dia dukung tu?"

"Ya tak ya. Entahlah. Aku pun tak tahu. Maybe itu saudara dia kot. Balik saing. " kata Ellyza walaupun sebenarnya dia pelik juga. Namun, disedapkan juga perasaannya. Malas ingin bersangka buruk.

"Agaknya lah tu. Dahlah, jom. Lama-lama pula kita kat depan tandas." ajak Aireen lalu melangkah pergi dari situ diiringi Ellyza.

"Hah, pasal Aariz tu. Kita diam je, mana tahu Aariz memang nak buat suprise untuk Jihan." pesan Aireen. Risau kantoi pula yang mereka sudah bertemu dengan Aariz. Ellyza mengangguk setuju. Janji Amanda sudah mengetahui tentang kepulangan Aariz hari ini.

"Lama benar kau ke tandas. Kau pergi ambil upah cuci jamban ke?" seloroh Amanda selamba. Tergelak Adilla yang duduk disebelahnya.

"Mana ada. Jamban rumah aku je aku tak tercuci. Bibik aku yang cuci. Apakan lagi jamban orang lain. " balas Aireen melayan kepala tidak betul Amanda. Diluruskan sahaja loyar buruk Amanda.

"By the way, kita nak sambung bermalam kat airport ni ke? Aku dah letih ni. Katil aku kat rumah tu dah panggil mari." celah Adilla. Matanya sudah kuyu sahaja mengantuk. Badannya pula cukup lenguh setelah penat bercuti di Pulau Langkawi.

"Hm, korang pergi dulu lah. Nanti Kak Aina datang ambil aku." kata Amanda. Adilla bangun daripada tempat duduknya.

"Kalau macam tu, kami pergi dulu. Bye!" kata Adilla sambil melambaikan tangannya. Begitu juga Aireen dan Ellyza.

"Bye!" jawab Amanda sambil membalas lambaian itu. Senyuman manis juga tidak lupa diukirnya.

-

"Katanya Aariz malam ni nak datang rumah. Dia baru je balik hari ni. Katanya ada hal mustahak." beritahu Aina kepada adiknya sambil mengambil angin di beranda rumahnya.

"Malam ni?" tanya Amanda kepada kakaknya. Adakah benar seperti Adilla katakan, Aariz ingin memberi kejutan?

"Ya. Tapi dia minta jangan sibuk masak atau hidangkan apa-apa. Dia nak datang sekejap je. Kakak terasa pelik pula." kata jawab Aina. Amanda menatap cincin tunang yang tersarung pada jari manisnya.

Apakah kejutan yang kau cuba berikan kepada aku, Aariz?




BERSAMBUNG...

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now