. . .

Outside of the Hollow
09 : 05 : 15 AM

" apa kau cakap?! Apa?! " Jihoon menggenggam kolar lelaki tersebut dengan matanya terbelalak memandang lelaki itu. Wonwoo dan Woozi sampai terdiam bila lihat Jihoon berkelakuan sebegitu. Even dia nampak macam budak yang mentah, tetapi dia mempunyai tenaga yang kuat.

" Jihoon, berhenti lah " Wonwoo cuba menarik lelaki itu daripada kecaman Jihoon tetapi masalahnya lelaki itu dah terikat dengan Jihoon macam koala. Mustahil untuk pisah kan mereka berdua.

" ya tuhan, kalau aku tahu yang ini akan terjadi aku tak akan benarkan budak ni sertai kita " Wonwoo mengurut dahinya itu, cuba berdrama disitu. Woozi yang melihat hanya terdiam tanpa berkata. Tak tahu macam mana nak react sebenarnya.

" benda dah jadi, nak buat macam mana? Kau pun bodoh sangat pergi bagi dia sertai kita. "

Wonwoo memandang Woozi dengan pandangan yang berkerut. Woozi hanya menunjukkan wajah selambanya.

" hey, hey. Hentikan! " tiba-tiba ada seorang lelaki menghampiri mereka dan menarik Jihoon daripada lelaki tersebut. Jihoon nampak terkejut dengan kewujudan lelaki yang tak diundang tu pun lepaskan lelaki yang dia pegang itu.

" apa yang kau buat ni? Tercedera orang tahu tak? " Air muka Jihoon berubah tatkala melihat lelaki itu. Menakala, Woozi dan Wonwoo tercengang memandang drama tak berbayar dihadapan mereka itu. Apa yang terjadi sebenarnya ni? Adengan apakah yang mereka tengah lihat ni?

" Ohh, Dokyeom! " Jihoon terus merangkul leher lelaki tersebut apabila dia mula mengingati nya. Bertambah kerutan pada wajah Woozi dan Wonwoo melihat nya.

Jihoon kemudian nya menghampiri mereka berdua dengan lelaki di lengan nya. Lelaki itu nampak bersabar saja dengan perangai Jihoon menakala Jihoon langsung tak kesah. Dia bahkan masih tersenyum lebar bila jumpa lelaki yang dia gelarkan Dokyeom itu. Seolah-olah hal yang dia ingin lakukan pada staff syarikat C&J tadi tu lenyap begitu saja.

" aku dah kata, budak ni tak betul " Woozi bisik pada Wonwoo dan Wonwoo hanya mampu tersengih janggal.

" korang, kenalkan ini kawan aku. Dia kawan sekerja aku di kafe siber. Nama dia Dokyeom. Dokyeom, ni adalah orang yang akan sertai kita dalam penyiasatan Tu nanti, Wonwoo dan Woozi. " Jihoon memperkenalkan kawannya pada kedua lelaki dihadapan nya itu. Wonwoo memandang Jihoon dengan pandangan yang pelik sekali.

" dia sertai juga? " soal Wonwoo dan Jihoon mengangguk pantas. Sempat dia membuat aegyo untuk membuatkan Wonwoo membenarkan Dokyeom menyertai mereka semua. Wonwoo makin pening jadinya dengan perangai budak itu.

" ya, ya. Boleh je. " Woozi terus kehadapan dan lalu dia menepuk bahu Wonwoo tanda tak mengapa. Wonwoo mengeluh perlahan. Dia rasa betul-betul menyesal ajak Jihoon sekali tadi.

" eoh? Oh– terima kasih! " Dokyeom menunduk hormat pada Wonwoo dan Woozi membuatkan mereka terkejut. Haih, tak perlulah sampai tunduk hormat sekali. Menakala Jihoon dah tersenyum sumbing.

" ha, kau Jihoon. Sini kau " Wonwoo memanggil Jihoon ke arahnya. Dengan bangga, Jihoon menghampiri lelaki itu. Dia ingatkan dia akan dipuji kerana membawa orang lebih banyak menyertai grup itu tetapi sebalik nya Wonwoo menyiku kepala budak itu. Jihoon mengaduh sakit.

" untuk apa pula tu? " soal Nya dengan cebik kan. Woozi yang melihat hanya menggeleng kan kepalanya. Dokyeom pula hanya tersengih, tak tahu nak buat apa.

" untuk kau lah, lelaki tadi tak sempat nak habiskan apa yang dia nak cakap kau dah belasah dia dah kenapa? Nanti tak pasal-pasal pula kita yang kena halau " marah Wonwoo dan Jihoon masih lagi dengan cebikkan di wajahnya.

" tak, masalah nya dia cakap yang syarikat dia tak ada kena mengena dengan ekspedisi tu. Macam mana aku tak marah? Dah terang lagi ber— "

" tak, tapi mungkin dia betul. Mungkin syarikat ni langsung tak ada kena mengena dengan ekspedisi itu cuma orang yang melakukan ekspedisi ini menyamar. Untuk jadikan mereka sebagai umpan! " Woozi tiba-tiba berkata membuatkan semua terdiam. Wonwoo juga begitu, dia terfikir buat sejenak dengan apa yang Woozi katakan itu.

" ha'ah lah, betul juga apa yang kau katakan. " Dokyeom menyampuk kemudian semua orang memandangnya. Terus saja dia merapatkan kembali bibirnya. Dia tersengih janggal, lalu mengundur kan langkahnya kebelakang sedikit. " maaf kalau aku menganggu. " balasnya serba salah. Woozi tersengih kemudian menepuk bahu lelaki tersebut, sebuah senyuman terukir diwajahnya.

" tak mengapa, kita sebuah grup sekarang jadi tak perlu risau. Cakap je apa yang kau fikirkan. " Woozi cuba memberi semangat pada Dokyeom membuatkan Wonwoo tersenyum. Walaupun dia ada sedikit perangai turun temurun daripada si saudara dia yang youtuber itu, tapi dia lebih baik daripada apa yang Wonwoo sangkakan.

" Mhm, mungkin itu sebab nya pihak polis tak ambil tahu? Mungkin sebab ekspedisi ini dilakukan tanpa kebenaran dan senyap-senyap. Kan? " Jihoon meneka lagi, melengkapkan teka teki tersebut dengan sempurna. Wonwoo terus mengangguk kan kepalanya. " ya, betul "

" tapi mustahil lah kalau ianya dilakukan secara senyap-senyap.. sebab ekspedisi ini dah banyak kali trending dan terkeluar di media massa juga di laman sosial. Mustahil pihak polis tak tahu tentang nya. " Dokyeom bersuara, membuatkan ketiga-tiga lelaki itu senyap kembali. Berfikir.

" kecuali.. kalau ada orang yang menyuruh mereka tak melakukan apa-apa. " Woozi berkata membuatkan semua orang memandang nya.

" mungkin ekspedisi ini dilakukan oleh orang yang ternama, dan sebab itulah pihak polis mahupun atasan tak mengambil tindakan. " Woozi menyambung lagi membuatkan kerutan di dahi mereka semua bertambah.

" tapi.. siapa? "

" UCSC "

.     .     .


kemungkinan beSARRRRRR fy tak dapat update for Three days onwards sebab fy akan balik kampung so jaljayo uhuks :'(

kemungkinan beSARRRRRR fy tak dapat update for Three days onwards sebab fy akan balik kampung so jaljayo uhuks :'(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
hollow of the low. Where stories live. Discover now